*Khutbah Jumaat*
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Cahaya Islam Tidak Boleh Dipadamkan
9 Rabiul Awal 1438 (9/12/2016)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنۡزَلَ عَلَى عَبۡدِهِ الۡكِتَابَ لِيَكُونَ لِلۡعَالَمِينَ نَذِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، أَرۡسَلَهُ ٱللَّهُ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيۡنَ يَدَيِ ٱلسَّاعَةِ، فَأَدَّى ٱلۡأَمَانَةَ، وَبَلَّغَ ٱلرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ ٱلۡأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحۡمَةِ وَشَفِيعِ ٱلۡأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ.
أَمَّا بَعۡدُ:
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.
Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertakwa kepada Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita memahami peringatan daripada Allah SWT :
يُرِيدُونَ لِيُطۡفُِٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ [سورة الـصّـف : ٨]
(Maksudnya) : Marilah sentiasa berusaha hendak memadankan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan demikian).
Kita memperingati bulan kelahiran Rsulullah SAW, Rasul yang diutuskan untuk seluruh manusia, menamatkan kerasulannya, tidak ada lagi Rasul selepas Muhammad SAW, setelah Allah SWT menentukan untuk menamatkan alam dunia bila-bila masa sahaja.
Rasul yang dipilih adalah dipilih daripada zuriat Nabi Ibrahim AS yang diletakkan di Makkah al-Mukarramah yang disebut oleh Allah SWT :
وَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ [سورة إبراهيم : ٣٧]
(Maksudnya) : Lembah (tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya.
Namun Allah SWT memilih Rasul akhir zaman di tempat yang kering begini rupa, tidak dipilih di bumi yang subur, tidak dipilih di negeri-negeri yang bertamadun yang kaya raya dengan harta bendanya. Ini adalah untuk menyatakan permuliaan Rasul akhir zaman itu dengan pembangunan manusia. Dibina jasadnya dengan makanan-makanan yang halal. Dibina rohnya dengan iman dan akhlak yang mulia. Dibina akal fikiirannya dengan ilmu yang memberi manfaat. Diwahyukan Al-Quran Karim.
إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا ٩ [سورة الإسراء : 9 ]
(Maksudnya) : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ [سورة البقرة : ٢]
(Maksudnya): Kitab Al-Quran uuni tidak ada sebarang syak padabya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.
Kekuatan dan kemuliaan manusia itu dengan bertakwa kepada Allah SWT . Firman Allah SWT :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ [سورة الحُـجُـرات : ١٣]
(Maksudnya) : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Allah SWT telah menjanjikan manusia yang telah dibina dengan takwa ini menegakkan negara yang bertakwa.
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ [سورة الأعراف : ٩٦]
(Malsudnya) : dan sekiranyan penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasuk kami), lalu kami timpalan mereka dengan azab seksaan disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Melalui kumpulan pertama yang dibentuk oleh Rasulullah SAW digabungkan mereka yang telah beriman di Makkah al-Mukarramah yang melakukan hijrah dikenali dengan golongan Muhajirin dan orang-orang di Madinah yang beriman yang dinamakna Ansar. Dengan dua kumpulan yang dibentuk diri mereka dengan Islam, mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT.
Allah menyempurnakan manusia dan kerajaan yang didirikan itu dengan Islam yang sempurna. Sebelum diwafatkan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT mengisytiharkan :
ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ [سورة المائدة : ٣]
(Maksudnya) : Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama lamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepafa mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu agama dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhokan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Islam petunjuk Allah SWT diusahakan untuk dipadamkan oleh orang-orang Musyrikin di seluruh semenanjung tanah Arab menyerang negara Islam yang ditegakkan. Serangan berikutnya oleh bala tentera Ahzab yang menggabungkan golongan Musyrikin dan ahli Kitab untuk memadamkan cahaya agama Allah SWT. Semua kumpulan itu dikalahkan. Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan.
Setelah Islam disempurnakan, Allah SWT mewafatkan Nabi Muhammad SAW. Sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Nabi SAW, kabilah-kabilah Arab sebahagian besarnya murtad (keluar daripada agama Islam). Kumpulan yang murtad ini disokong oleh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Mengikut adatnya, padamlah cahaya Islam. Disaat yang mencabar ini, Allah SWT menunaikan janjinya.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٥٤ [سورة المائدة : ٥٤]
(Maksudnya) : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya; kerana Allah Maha luas limpah kurniaanNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
Disaat yang mencabar ini, sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Rasulullah SAW , ketika sebahagian sahabat dalam kesedihan setelah bergembira dengan kemenangan Islam (pembukaan Makkah), tiba-tiba sedih dengan kewafatan Rasulullah SAW. Mereka dikepung dengan golongan yang murtad bersama dengan kuasa besar dunia. Abu Bakar As-Siddiq RA bangkit menyampaikan ucapan:
اَيُّهَا النَّاسُ، فَمَنۡ كَانَ مِنۡكُمۡ يَعۡبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدۡ مَاتَ. وَمَنۡ كَانَ يَعۡبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ. وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن
يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡٔٗاۗ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ.
(Maksudnya) : Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati, Allah itu Maha Hidup, tidak mati sekali-kali. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Juga demikian, lalau dia pula mati atau bertaubat, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) ? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)
Para sahabat RA bangkit menentang golongan murtad. Cahaya Islam bukan sahaja tidak boleh dipadamkan, bahkan cahaya Islam telah berjaya menghapuskan dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom. Begitulah Allah SWT menunaikan janjiNya, cahaya Islam tidak boleh dipadam oleh mulut-mulut manusia dan oleh makhlukNya. Hari ini kita menyaksikan kejatuhan khalifah islamiyyah (pemerintahan Islam yang besar) yang memimpin dunia. Negeri-negeri umat Islam dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa penjajah yang bukan Islam. Mereka membahagikan negeri-negeri umat Islam diseluruh pelusuk dunia. Setelah mereka melancarkan serangan ketenteraan untuk membawa umat Islam habis-habisan, mereka melenyek pemikiran umat Islam. Kita menyaksikan bagaimana cahaya Islam tidak padam juga, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, agama Islam tidak boleh dimatikan, bukan sahaja Islam yang sudah berada di negari-negeri umat Islam, bahkan cahaya Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia negeri-negeri yang bukan Islam di Timur dan di Barat membetulkan apa yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW :
لَيَبۡلُغَنَّ هَذَا الۡأَمۡرُ مَا بَلَغَ اللَّيۡلُ وَالنَّهَارُ. [رواه أحمد]
(Maksudnya) : akan sampai urusan (agama Islam) ini dimana sampainya siang dan malam.
Marilah kita bersama dengan Islam, hidup dan mati, cahaya yang menunjukkan kita ke jalan yang benar dari dunia sehingga hari akhirat.
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٣٣ [سورة التوبة : ٣٣]
(Maksudnya) : Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan ayat segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.
بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.
https://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/10277-khutbah-jumaat-cahaya-islam-tidak-boleh-dipadamkan-2
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej