Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, December 14, 2016

GAGALKAH TARBIYAH PAS ?

Ayob Hussin liked this.
GAGALKAH TARBIYAH PAS?


Setelah berbalas mesej dengan seorang ahli jemaah lain yang menidakkan apa yang kita lakukan, saya telah blok beliau untuk mengelakkan dari terjerumus ke dalam situasi yang tidak harmoni.

Saya pun bertanya kepada diri saya, adakah tarbiyah PAS telah gagal?

Kemudian teringat saya saat ketika menunggu program bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat di PTP petang Sabtu lalu.

Ketika itu beberapa orang ahli kita sedang mengemas tempat untuk program tersebut.

Terdetik di dalam hati saya. Mereka inilah hasil tarbiyah PAS.

Hari Sabtu itu adalah permulaan kepada cuti 4 hari sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Selangor dan Maulidur Rasul.

Ketika orang lain bersama keluarga di dalam perjalanan ke kampung atau sudah berada di kampung, mereka bertungkus lumus membuat persiapan utk menyambut Ketua Dewan Ulamak itu.

Atau ketika orang lain pergi membeli-belah atau berehat-rehat seperti kelaziman pada setiap petang Sabtu, mereka tinggalkan keluarga untuk memastikan program kita berjaya.

Ada seorang pengarah syarikat yang terlibat dengan projek-projek pembangunan beratus juta ringgit sibuk menghidang makanan.

Saya tidak tahu berapa banyak kitab yang mereka telah baca atau berapa ayat Al-Quran yang mereka telah hafal.

Saya juga tidak tahu berapa banyak kuliah, usrah atau tamrin yang mereka telah lalui.

Tetapi inilah hasil tarbiyah PAS.

Melahirkan ahli-ahli yang komited untuk kepentingan jemaah.

Mengorbankan waktu dengan keluarga.

Mengorbankan waktu cuti.

Tanpa mengharapkan bayaran dan pujian.

Untuk memastikan program-program jemaah kita berjaya.

Semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.

Merekalah sebenarnya yang menggerakkan jemaah kita.

Kita mungkin memiliki penceramah-penceramah yang hebat tetapi program tidak akan berjaya tanpa mereka yang menyusun kerusi, menyapu lantai, membentang tikar, menjaga lalulintas atau mencuci pinggan mangkuk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej