Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, December 4, 2016

Org Rohingya Juga Yg Untung nya

Hari ini masuk wad lagi. Duk hospital cemuih tak tau nak wat pa, pi layan FB penuh berita hari ini pasal Perhimpunan Solidariti Rohingya yg dihadiri oleh Presiden UMNO dan Presiden PAS, dua buah parti politik Melayu Islam yg terbesar di Malaysia.
Seperti biasa, sebab FB Fren saya nie macam-macam warna parti duk ada, maka komen/posting/sharing pasal perhimpunan ini pun dia mai dlm versi yg pelbagai.
Di sini saya nak kongsi sebagian drpd posting2 kwn2 saya ini - tak tau nak kata apa sebab masing2 melihatnya drpd perspektif yg berbeda.
Komen saya:
1. Apa-apa pun, lepas solat satgi waktu baca DOA, kot terlintas psl isu Rohingnya ini, marilah sama2 kita pakat berdoa "Mudah-mudahan Allah SWT memberi ketabahan kpd saudara mara kita di Rohingya sana dan mudah-mudahan di atas apa jua Ujian yg melanda mereka ini, mereka akan terus kekal di dalam Akidah".
Hat tu yg penting, ibu/isteri/anak2 pompuan nak kena rogol nak kena rogol dah, dapat tangkap dgn tok sami burma nak kena potong kepala nak kena potong kepala dah, nak kena kelar nak kena kelar dah. Nak kena bakaq nak kena bakaq dah. Nak mati nak mati dah. Alang alang depa mati, doakanlah mereka mati dalam akidah.
2. Di kala kita bertujai sesama kita bab solidariti bab demo, bab mengambil kesempatan politik atas isu Rohingya apakabala ini, saya melihat kita saja yg rugi sebab duk berkelahi tak habis-habis, yg untungnya orang2 Muslim Rohingya - sebab jika mereka kekal dlm Akidah hingga ke akhir nafas, insyaallah mati dibunuh semata-mata sebab agama mereka ini, orang alim kata Syurgalah tempatnya.
Sedangkan kita semua ini, tak kira apa parti, parti yg ada nama Islam ka yg tak ada nama Islam ka, belum tentu syurga lagi.
Sama-samalah berlapang dada.
Saja nak kongsi.
Tkasih.
Like
Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej