Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, December 4, 2017

Azmin bagi amaran jangan serang PAS , PH akan kalah teruk

GELARAN KUMPULAN SUCI

Kenyataan Media Presiden PAS
GELARAN KUMPULAN SUCI

Inilah bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis seperti PAS, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya. Mereka mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihanraya.

Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh PAS (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulama sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak.

Setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar PAS dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada PAS dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakangnya.

Mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan PAS menjadi tangganya, kerana mencari jalan mudah setelah menemui kebuntuan. BN pula tidak ada nafsu selera untuk menerima mereka.
Sebenarnya PAS hendak dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan bagi pemujaan kemahuan nafsu mereka dengan segala cara yang terdahulu dan diusahakan sehingga kini. Daripada gerakan BERSIH pada namanya dan PAS berundur kerana jenamanya yang diragukan, diikuti pula susulannya menggunakan berbagai pendekatan dan jenama.

Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan PAS yang pelahap mahu menyertai BN, bukannya mereka. Sebenarnya perniagaan politik mereka tidak laris, kerana ditolak BN, ditolak PAS dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, Insya Allah.

Apabila mereka merasakan PAS menjadi penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya melalui pintu belakang dan mahu memecahkan pintu hadapan dengan PAS menjadi kapak atau tukulnya, maka PAS tetap menjadi sasaran serangannya melalui lisan dan tulisan, khususnya media sosial di langit terbuka tanpa sempadan yang mudah dipergunakan dan ramai tentera upahannya, walaupun PAS bukan parti kerajaan pusat dan kata mereka PAS sudah lemah, namun dihentam juga habis-habisan.
Apabila peluru fitnah PAS mendapat duit Perdana Menteri sebanyak 90 juta, yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh PAS yang terus mara, Insya Allah. Kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian, tanpa mereka sedari betapa mereka buta Al-Quran yang lebih bahaya daripada buta huruf.

Bahasa Al-Quran menamakan perkataan kumpulan suci terhadap para Anbiya A.S.W. dan pengikutnya yang berbaiah dengan setia. Allah mengisahkan Nabi Lut A.S. dan pengikutnya yang menentang jahiliah aqidah dan keruntuhan akhlak melalui Firman-Nya:

وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوهُم مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٨٢ الأعراف

“Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-Aaraf: 82)
Firman Allah:

۞فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوٓاْ ءَالَ لُوطٖ مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦ النمل

“Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.” (Surah An-Naml: 56)

Kami sangat gembira apabila mereka mengambil perkataan yang dipakai oleh kaum Lut yang terkenal dengan jenis keruntuhan akhlak, sama ada sengaja atau tidak yang terserah kepada Allah.
Kalangan yang memahami Islam yang sebenar tidak meletakkan diri mereka suci, kerana mengetahui bahawa makhluk yang suci ialah para malaikat, para Rasul dan Anbiya A.S.

Adapun yang lain termasuk para sahabat R.A, para ulama, para wali dan orang-orang yang beriman tidak boleh melepaskan diri daripada ujian maksiat dan dosa, lalu mereka sentiasa bermuhasabah, membetulkan aqidah, memperbaiki amalan mengikut syariat dan akhlak yang mulia. Mereka sentiasa melakukan muhasabah diri, bertaubat, mengikuti setiap dosa dengan istighfar dan menambahkan amal yang soleh dengan sentiasa beristiqamah. Bagi menguatkan istiqamah, diadakan bai’ah.

Apabila seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah R.A bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan dengan Islam yang terang dan nyata sehingga tidak keliru dan tidak bertanya lagi orang lain, khususnya setelah ketiadaan Rasulullah S.A.W, maka Baginda bersabda:

قل آمنت بالله ثم استقم

“Katakanlah aku beriman kepada Allah dan terus beristiqamah” (Hadis Sahih)
Terus bersama Islam, dengan beramal apa yang boleh diamalkan dan bercita-cita serta berjuang dengan apa yang tidak boleh diamalkan. Islam yang diambil secara yang sebenar daripada guru yang mursyid, walaupun menghadapi berbagai cabaran dan memakan masa yang panjang dan tidak diketahui penghujungnya.

Percayakan kepada janji Allah di dunia dan di akhirat. Kepercayaan kepada Allah ini tidak cukup dengan pengajian, usrah dan kata-kata, bahkan diikat lagi dengan bai’ah di hadapan Allah, bukannya di hadapan manusia yang menjadi pemimpin, berpandukan firman Allah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi baiah (pengakuan taat setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W. untuk berjuang menegakkan Islam), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).” (Surah Al-Fath: 10)

Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’ah (janji setianya), maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dibaiah (dijanjikannya) kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Mereka yang berbaiah di hadapan Nabi Muhammad S.A.W ada yang mengerjakan maksiat dan dosa, bukannya suci. Lalu mereka bertaubat dan fadilat berbaiah itu diharapkan menghilangkan dosa dengan meneruskan amal yang soleh dan perjuangan. Menyerah kepada Allah dengan harapan disucikan mereka daripada dosa yang menjadi kepunyaan Allah. Ada yang menyelewang menganggap bai’ah hanya cakap manusia yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, maka hiduplah mereka dengan akibat di dunia sebelum menerima akibat di akhirat.

Amalan bai’ah dilakukan oleh para sahabat, tabi’en dan generasi yang menyambung perjuangan Islam yang bertali arus sehingga kini. Mereka yang berbaiah itu sangat takut di hadapan Allah, hanya dibatalkan baiah apabila ternyata pemimpinnya menentang hukum Allah yang nyata nasnya daripada Allah dan Rasul, bukan kerana berlainan pendapat dan pendekatannya sahaja kerana konsep ketaatan kepada berjamaah adalah wajib dengan syarat-syaratnya.

Mereka bersama Islam di sepanjang zaman tidaklah menganggap diri mereka suci murni daripada dosa dan maksiat kerana Allah berfirman:

فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ ٣٢ النجم
“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Najm: 32)

Mungkin mereka itu terpengaruh dengan konsep para sami yang menentukan kesucian kepada manusia. Konsep yang asing daripada Islam.

Kumpulan Islam itu mengikat diri dengan baiah, apabila mereka merasa tidak cukup dengan sekadar bergantung kepada pengetahuan untuk meningkatkan ilmu dan mentarbiyah diri, setia kepada jamaahnya dan bertawadu’ mengadap Allah bagi mencari keredaannya sahaja, tanpa mengikat diri dengan baiah. Bukan tujuan bai’ah untuk mencari keredaan manusia termasuk menipu, jauh sekali mencari keredaan sesiapa sahaja termasuk yang tidak beriman dan bertujuan semata-mata meramaikan pengikut dan memancing undi kerana mahu menang pilihanraya sahaja.
Sabda Rasulullah S.A.W.
من التمس رضا الله بسخط الناس رضي الله عنه وأرضاه الناس ومن التمس رضا الناس بسخط الله سخط الله عليه وأسخط عنه الناس
“Sesiapa yang mencari keredaan Allah walaupun dimarahi manusia tetap mendapat reda Allah dan Allah jadikan manusia meredainya dan barangsiapa yang mencari keredaan manusia dengan menempah murka Allah, nescaya dimurkai Allah dan Allah jadikan manusia memarahinya pada akhirnya” (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Hibban)

PAS tidak peduli sama ada menang atau kalah pilihanraya, walaupun hatinya sangat mahukan melihat kemenangan di dunia sebelum kemenangan di akhirat. Namun keyakinannya tetap kepada kemenangan adalah kurniaan Allah apabila memenuhi syarat mencapai keredaan dan hidayah-Nya kepada manusia yang meredai perjuangan Islam ini.

Maka PAS mencari sesiapa yang menerima Islam dan menganutnya atau yang menerima pemerintahan Islam tanpa menganutnya, dengan cara terbuka bukannya bersembunyi tanpa kenyataan yang didegar dan dilihat.

Kita mengharapkan kelebihan yang diberi kepada Nabi Lut A.S dan pengikutnya yang diperlikan dengan jenama kaum yang mendakwa dirinya suci. Maka alangkah gembiranya ahli PAS yang membaca cerita perjuangan Nabi Lut A.S bersama kaumnya yang beriman yang diberi nama oleh musuhnya dengan kaum yang menganggap diri mereka suci murni.
Golongan Al-Sabiqun yang awal menyertai PAS lebih yakin, apabila melihat sendiri nasib mereka yang melanggar baiah dan sumpah menjadi calon dan pemimpin, telah menerima akibat di dunia. Adapun akibatnya di akhirat terserah kepada Allah yang menentukannya.
“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Rabiul Awal 1439 / 2 Disember 2017

TUDUHAN: PAS sekarang dah cenderung dgn pemimpin zalim

TUDUHAN: PAS sekarang dah cenderung dgn pemimpin zalim..sedangkan dlm Quran jelas kata, jgn kamu cenderung dgn org yg zalim nanti kamu disambar api neraka...al ayat....nak letak kat mana ayat ni..dulu ceramah ckp duduk bersama org yg zalim pun tal boleh....ke sekarang dah tak zalim lg??
JAWAPAN
1. Kamu faham maksud zalim ? Tolong jgn sempitkan takrif zalim...orang yg perlekeh/tolak syariat dan syiar Islam jugak adalah 'zalim'...DAP dan gerombolan yg menentang perlaksanaan syariat jugak adalah zalim! Atau kamu nak letak mereka dikelompok yg adil (tidak zalim)??
2. PAS ambik sikap brkerjasama dlm hal makruf n kebajikan...isu RUU355, pembangunan di Kelantan, isu Rohingya & Palestin dll adalah contoh isu ummah yg bersifat sejagat...so, salahkah? ATGNA & arwah Ustaz Fadil Noor bersama dlm program pemimpin kerajaan kira berdosa besar?
3. Maksud 'duduk' tu maknanya sokong, puji, bodek pemimpin yg zalim, dlm masa yg sama tak tegur/lawan kerosakan pemimpin zalim tadi...bukan duduk bersebelah...berlambak gambar ATGNA sebelum ni bahkan pembangkang lain yg duduk bersebelah dgn pemimpin Umno/BN..salah ke? nak gambar??
4. Dan yg paling penting, PAS ada ke putuskan nak bergabung dgn Umno/BN? ada PAS kata tak nak lawan UBN dlm PRU?
Ada PAS tarik diri nk lawan UBN?
Kira putus tahaluf dgn DAP terus dicop xnk lawan UBN? Kira pemimpin PAS bergambar senyum dgn pemimpin UBN terus dicop nk sokong UBN?
gitu?

Sunday, December 3, 2017

Asiah Jalil : Kisah Sedih Seorang yg Mendambakan Kasih Sayang

Asiah Jalil : Kisah Sedih Seorang yg Mendambakan Kasih Sayang!
Kes Asiah Jalil ni tidak perlu dia diperdebat dengan mana-mana tokoh atau ilmuan. Membuang masa kerana mindanya sudah berkecamuk dengan pelbagai persepsi buruk terhadap isu yang diangkat. Apa yang saya dapati, komentar ranjau beliau yang terbabas kesana sini yang sengaja menjentik apa sahaja 'peluang mentafsir' makna hadis adalah berpunca daripada kekecewaan (baca hilang kasih sayang) dalam plot plot kehidupan peribadinya.
Saya dapat rasakan yg dia telah mula sedar pelbagai kegagalan yg berpunca daripada sikapnya sedari muda yang keras kepala dan pandai tidak boleh ditumpang atau bodoh yang sukar disekolahkan. Lalu dia angkuh atau malu utk mengakui kegelinciran sikap terdahulu. Saya yakin, perkara ini mesti pernah dihadapi oleh suami beliau dgn tabah tetapi terpaksa mendiamkan keburukan itu utk jaga nama baik keluarga...
Luahan dan lalakan beliau bukan untuk mencari kebenaran, membetulkan salahfahamnya atau merawat kekalutan psikologinya yg terluka. Yang dia perlukan ialah pakar psikologi muslimah yg dapat merawat kedukaan dan penyesalan yg terpaksa dia jadikan Islam sebagai kambing hitam.
Pada waktu ini, yang perlu mendepani spesis Asiah Jalil ialah ustazah da'iyah power yang selalu muncul dalam publik seperti Ustazah Isfadiyah, Ustzah Norhafizah Musa, Ustzah Siti Fatahiyah Sfm, Ustzh Dr Syarifah Hayati, Prof Muhaya, Ustzh Fatimah Syarha, ustzh Asmak Husin, Daiah Hamidah, Ustzh Asni Mansor dan ustazah2 yg boleh mengekalkan gaya feminin sprt yg Asiah mahukan.
Beliau tidak mahu pendebat lelaki lalu diberikan pelbagai alasan seperti dominasi maskulin, partriarki, tidak binding jika di luar mahkamah dan mcm-mcm. Seperti saya katakan, dia bukan mahukan kebenaran... Dia cuma mahukan perhatian.. Utk menarik perhatian dan 'kasih sayang', dia terpaksa mengambing-hitamkan Islam dan sunnah dengan imaginasi seksual yg keterlaluan dipalitkannya pada hadis (tidak pelik kerana beliau beranak 9 orang) .
Apa yang saya dapat katakan tentang beliau, Asiah merupakan produk yang boleh terhasil daripada praktik kekeluargaan yg berpecah belah, pendidikan awal agama yang diabaikan, kasih sayang yang tidak sampai sepenuhnya dan derhaka ibubapa. Inilah babak menyedihkan yg terpaksa dilalui oleh Asiah sejak kecil. Saya amat simpati. Wahai ibu bapa sekalian, sedarlah bahawa kesilapan kita menguruskan rumahtangga bakal menghasilkan anak, bakal isteri dan bakal menantu yg failure. Kesian nanti pada menantu dan cucu-cucu kita. Uruskanlah keluarga kita dengan sunnah Rasulullah SAW.
Adalah bagus jika kita berikan peluang kpd Zainah Anwar, Siti Kasim dan Asiah Jalil utk meluahkan seikhlas hati apa-apa lagi ketidakpuasan mereka tntg hukum Islam samada dalam media terbuka atau tertutup dan kita akan mendengar semuanya... Tapi dengan syarat, mereka mesti mendengar balik komentar balas pihak kita jika mereka ingin menjadi muslimah yg betul, bukan faasiqah yang perasan suci...
Dahulu, Saidina Ali menghantar Abdullah bin Abbas utk menghujahkan golongan khawarij dgn nas-nas al-Quran krn mereka menolak hadis. Separuh golongan itu kembali kpd kebenaran. Maka hari ini, kita perlu menghantar pendakwah wanita yg 'feminis' utk sedarkan spesis-spesis seperti mereka. Inilah KPI dakwah kalian... Bukan lagi menghadapi kes-kes poligami atau tips menambat hati suami, resepi masak dgn kasih sayang atau petua berbaik dengan mertua...

Friday, December 1, 2017

Kita bukan nak bersaing dengan org gila

mat sabu cakap jangan ikut dia kalau dia keluar dari PAS, sebab masu tu dia dah gila !
Arwah Tuan Guru Nik Aziz kata sapa keluar dari PAS org tu tak siuman
" Kita bukan nak bersaing dengan org gila !!! "
ada faham ????

Najib kata dia masih ingat lakonan arwah seniwati mariani dlm cerita labu labi....
Aku kata aku masih ingat lakonan najib dlm parlimen kata nak turun kan tol secara berperingkat habok pun tarak naik lagi ada ...
Aku juga kata masih ingat lakonan anwar ibrahim kata nak bersara lepas kalah pru13 nak jadi pensyarah ...banyak dia punya lakonan tak larat nak senarai dah aih.....
Aku masih ingat juga lakonan kak wan kata taknak berpolitik dah nak jaga cucu .....lani kajang utk dia pmtg pauh utk dia dan ktua pmbangkang utk dia ....
Aku juga masih ingat lakonan guan eng kata nak hapuskan tol sg nyiur kalu pr berjaya perentah penang....habok pun tarak naik lagi ada....
Aku masih ingat juga lakonan mat sabu yg menasihat ahli pas jgn ikut dia jika dia keluar pas sbb pada ketika dia keluar pas itu dia adalah gila .....lani dia berckp pun dah byk merapu macam org gila....
Aku masih ingat lakonan salahudin ayub yg menasihat ahli agar terus istiqomah dgn pas , jgn khianat dan main2 dgn pas sbb tuhan tahu apa yg ada dlm hati kita ....
Aduh.....lenguh tangan dah aih nak taip punya banyak nya lakonan org politik yg pandai berlakon depan rakyat ....aku dah bagi sikit sorang tu ....ini lah nama nya adil ....
Situ dudok

khuatir para pengikutnya tertarik kepada Islam

kredit : Jefri Chua
KUALA KANGSAR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa penentangan DAP terhadap usaha PAS memperundang Kanun Jenayah Syariah dan menaik taraf Akta Mahkamah Syariah adalah kerana khuatir para pengikutnya tertarik kepada Islam.
Beliau dengan tenang mengemukakan hujah serta fakta sejarah, cabaran dan tatacara berkaitan kedua perundangan tersebut secara kronologi dalam ceramahnya di Kampung Ketior, di sini semalam.
“Inilah yang menyebabkan ada kalangan bukan Islam, saya tahu, khususnya kalangan Kristianisasi yang ada di belakang DAP, mereka takut kalau Syariat Islam dilaksanakan, pengikut-pengikut mereka masuk Islam. Kita tak paksa mereka masuk Islam. Ini hak kita, itu hal mereka.
“Mereka akan saksikan keadilan Mahkamah Islam, keadilan Undang-Undang Islam, ini sebenarnya. Tetapi mereka bermain kata-kata, bermain ucapan. Hukum Islam mengikut apa yang saya terangkan tadi, terpulang kepada saudara-saudara nak belajar agama dengan saya ke, nak belajar agama dengan Lim Kit Siang? Terserah kepada saudara.
“Ini yang saya terang ini mengikut ilmu Islam. Tetapi Lim Kit Siang kata saya tak reti Islam. Saudara hukum sendirilah. Tun Mahathir pun kata, saya tak reti Islam juga. Saya mengaji bab Islam, Tun Mahathir dia mengaji bab perubatan, bukan saya nak hina dia.
“Tetapi malangnya dia tak baca hal-hal Islam ini, dia tak baca. Kita maafkan dia kerana dia tak baca. Sepatutnya dia bacalah. Kalau tak baca ini jadi bahaya. Kalau kita orang Islam tak baca Islam, nanti umur 90 tahun tak baligh lagi,” katanya dalam ceramah sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar itu.
Terdahulu dalam ucapannya itu, beliau menerang susur galur perbezaan perjuangan antara PAS dan Umno serta usaha PAS menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun berdepan gugatan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.
Oleh itu, beliau menyeru agar memilih calon PAS pada PRK ini di mana akan berpegang kepada dasar untuk bersama dalam perkara baik dan menentang perkara munkar.
Sebaliknya jika memilih Umno ujar beliau, parti itu bersikap menyokong perkara baik dan yang tidak baik, manakala PAN bersikap membangkang semua perkara sama ada baik atau tidak baik kerana parti itu mengikut DAP.
Kerana itulah katanya, PAS berbaik dengan semua sama ada Umno mahupun DAP kerana mahu menarik undi ahli-ahli parti itu tetapi menentang mereka dalam perkara salah.

GELARAN KUMPULAN SUCI

GELARAN KUMPULAN SUCI
Inilah bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis seperti PAS, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya. Mereka mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihanraya.
Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh PAS (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulama sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak.
Setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar PAS dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada PAS dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakangnya.
Mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan PAS menjadi tangganya, kerana mencari jalan mudah setelah menemui kebuntuan. BN pula tidak ada nafsu selera untuk menerima mereka.
Sebenarnya PAS hendak dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan bagi pemujaan kemahuan nafsu mereka dengan segala cara yang terdahulu dan diusahakan sehingga kini. Daripada gerakan BERSIH pada namanya dan PAS berundur kerana jenamanya yang diragukan, diikuti pula susulannya menggunakan berbagai pendekatan dan jenama.
Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan PAS yang pelahap mahu menyertai BN, bukannya mereka. Sebenarnya perniagaan politik mereka tidak laris, kerana ditolak BN, ditolak PAS dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, Insya Allah.
Apabila mereka merasakan PAS menjadi penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya melalui pintu belakang dan mahu memecahkan pintu hadapan dengan PAS menjadi kapak atau tukulnya, maka PAS tetap menjadi sasaran serangannya melalui lisan dan tulisan, khususnya media sosial di langit terbuka tanpa sempadan yang mudah dipergunakan dan ramai tentera upahannya, walaupun PAS bukan parti kerajaan pusat dan kata mereka PAS sudah lemah, namun dihentam juga habis-habisan.
Apabila peluru fitnah PAS mendapat duit Perdana Menteri sebanyak 90 juta, yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh PAS yang terus mara, Insya Allah. Kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian, tanpa mereka sedari betapa mereka buta Al-Quran yang lebih bahaya daripada buta huruf.
Bahasa Al-Quran menamakan perkataan kumpulan suci terhadap para Anbiya A.S.W. dan pengikutnya yang berbaiah dengan setia. Allah mengisahkan Nabi Lut A.S. dan pengikutnya yang menentang jahiliah aqidah dan keruntuhan akhlak melalui Firman-Nya:
وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوهُم مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٨٢ الأعراف
“Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-Aaraf: 82)
Firman Allah:
۞فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوٓاْ ءَالَ لُوطٖ مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦ النمل
“Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.” (Surah An-Naml: 56)
Kami sangat gembira apabila mereka mengambil perkataan yang dipakai oleh kaum Lut yang terkenal dengan jenis keruntuhan akhlak, sama ada sengaja atau tidak yang terserah kepada Allah.
Kalangan yang memahami Islam yang sebenar tidak meletakkan diri mereka suci, kerana mengetahui bahawa makhluk yang suci ialah para malaikat, para Rasul dan Anbiya A.S.
Adapun yang lain termasuk para sahabat R.A, para ulama, para wali dan orang-orang yang beriman tidak boleh melepaskan diri daripada ujian maksiat dan dosa, lalu mereka sentiasa bermuhasabah, membetulkan aqidah, memperbaiki amalan mengikut syariat dan akhlak yang mulia. Mereka sentiasa melakukan muhasabah diri, bertaubat, mengikuti setiap dosa dengan istighfar dan menambahkan amal yang soleh dengan sentiasa beristiqamah. Bagi menguatkan istiqamah, diadakan bai’ah.
Apabila seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah R.A bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan dengan Islam yang terang dan nyata sehingga tidak keliru dan tidak bertanya lagi orang lain, khususnya setelah ketiadaan Rasulullah S.A.W, maka Baginda bersabda:
قل آمنت بالله ثم استقم
“Katakanlah aku beriman kepada Allah dan terus beristiqamah” (Hadis Sahih)
Terus bersama Islam, dengan beramal apa yang boleh diamalkan dan bercita-cita serta berjuang dengan apa yang tidak boleh diamalkan. Islam yang diambil secara yang sebenar daripada guru yang mursyid, walaupun menghadapi berbagai cabaran dan memakan masa yang panjang dan tidak diketahui penghujungnya.
Percayakan kepada janji Allah di dunia dan di akhirat. Kepercayaan kepada Allah ini tidak cukup dengan pengajian, usrah dan kata-kata, bahkan diikat lagi dengan bai’ah di hadapan Allah, bukannya di hadapan manusia yang menjadi pemimpin, berpandukan firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi baiah (pengakuan taat setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W. untuk berjuang menegakkan Islam), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).” (Surah Al-Fath: 10)
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’ah (janji setianya), maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dibaiah (dijanjikannya) kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
Mereka yang berbaiah di hadapan Nabi Muhammad S.A.W ada yang mengerjakan maksiat dan dosa, bukannya suci. Lalu mereka bertaubat dan fadilat berbaiah itu diharapkan menghilangkan dosa dengan meneruskan amal yang soleh dan perjuangan. Menyerah kepada Allah dengan harapan disucikan mereka daripada dosa yang menjadi kepunyaan Allah.
Ada yang menyelewang menganggap bai’ah hanya cakap manusia yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, maka hiduplah mereka dengan akibat di dunia sebelum menerima akibat di akhirat.