Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, April 30, 2018

Amanah penerus gerakan Islam ?


penerus gerakan Islam ?
biar betui ...
Ulama PH pun X tercalon !
Setakat jadi simpanan utk baca doa saja. 
Sebagai serai dlm tomyam sja
Setakat ambik bau saja
kalau begitu, kenapa majority alim ulama dan ustas yg komited dengan islam tidak menyertainya ???
penerus gerakan Islam ?
Perlembagaan pun tak jelas !
Apa cerita ?
setiap gerakan samada gerakan sekular mahu pun gerakan Islam, perlembagaan adalah kunci kpd perjuangan !!
kerana apa ?
kerana perjuangan sesuatu pertubuhan adalah berdasarkan kpd perlembagaan. Pengikut berjuang berlandaskan dasar dan perlembagaan.
cakap untuk menarik hari org islam boleh laaa.... sapa pun boleh cakap..... hatta parti DAP pun cakap ... dah terang terang parti kafir sekular pun ngaku nak Islam ....
jangan perbodohkan org ramai.
Serigala memakai bulu ayam di tengah kumpulan ayam, berlagak mcm ayam, berkokok mcm ayam,,, tapi perilaku akhirnya boleh dicium juga..
gerakan islam tapi menyokong gerakan lgbt, pesta arak, sekular, liberal ....

SETIAP SESUATU UMAT MASUK KEDALAM NERAKA, DIA AKAN MENGUTUK PARA PEMIMPINNYA YG TELAH MENYESATKANNYA

AyobHussin Pulau Keramat shared a post.
8 mins ·




Abdul Halim Pit Din is with Alif Baa Taa Neal and 41 others.
April 21 at 9:33pm ·


SETIAP SESUATU UMAT MASUK KEDALAM NERAKA, DIA AKAN
MENGUTUK PARA PEMIMPINNYA YG TELAH MENYESATKANNYA.

Allah Berfirman Maksudnya:
“Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk ke dalam neraka, dia mengutuk pemimpinnya yang menyesatkannya; sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu: “Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka.” Allah berfirman: “Masing-masing mendapat siksaan yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui.” (Al A’raaf: 38)


AMAT MALANG SEKALI. KAMU MASUK NERAKA KERANA MENTAATI PEMIMPIN YANG MENYESATKAN KAMU DARI JALAN YANG BENAR.

Allah Berfirman maksudnya:
"Pada hari wajah mereka dibolak balikkan dalam neraka, mereka berkata: Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah, taat kepada Rasul. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar" (Surah Al Ahzab: 66)

Imam Ibnu Katsir menerangkan bahwa, “Mereka diseret ke dalam neraka di atas wajah mereka, kemudian wajah mereka meliuk-liuk dalam jahannam. Lalu pada saat seperti itu mereka berangan-angan kalau seandainya dulu mereka di dunia taat kepada Allah dan Rasul Nya. Sebab, mereka (lebih) mengikuti (taat) kepada As-Saadah yakni pemimpin-pemimpin, dan Kubaraa’ yakni para ulama atau pembesar kaum. Sedang mereka menyelisihi Rasul-Rasul Allah.”

Jangan sampai tahap ini kerana penyesalan paling besarpun tidak akan bermakna. Semuga kita adalah umat yang terbaik dengan pemimpin yang soleh dan muslih. Bukan umat yang dipimpin oleh para pemerintah yang zalim dan batil. Harap pemimpin kita tidak seperti pepatah "Tongkat yang membawa rebah".

LEBIH MALANG LAGI PEMIMPINMU SENDIRI MENGHERET KAMU BERSAMA-SAMA KELEMBAH KESESATAN DIAKHIRAT KELAK.

Allah Berfirman Maksudnya:
"Dan Allah jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang mengajak (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong." (Al-Qasas: 41)

Pengikut akan dikumpulkan bersama pemimpinnya di akhirat kelak. Apa jawapan kalian-kalian di akhirat nanti tatkala manusia dipanggil bersama pemimpinnya? Dan barang siapa yang buta hatinya didunia, nescaya diakhirat nanti ia akan jadi buta!!.

Jangan sampai terjadi pemimpin berlepaskan diri dari pengikutnya (iaitu kamu) di akhirat kelak !! Lebih malang apabila pemimpinmu sendiri yang mengajak dan mengheret kamu bersama-sama kelembah kesesatan diakhirat kelak.

Sunday, April 29, 2018

SURAT TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN AYAH


SURAT TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN AYAH
Kamu juga seperti anak-anak saya,
Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.
Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.
Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga PH.
Apa yang menarik bahtera PH mengumpulkan kumpulan DAP yang anti Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas Al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.
Bersama PH juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya.
Kajian politiknya mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci.
Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa Al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya.
Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza. Tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa yang berbeza. Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan.
Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini. Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya.
Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang.
Saya bacakan untuk semua firman Allah:
قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ ۖ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ (46)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain yang akrab), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di Akhirat).” (Surah As-Saba’: 46)
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
“Pengajaran yang diambil daripada sesuatu ayat adalah berdasarkan maknanya yang umum bukan semata-mata bergantung kepada sebab penurunannya yang khusus.”
Beberapa orang yang berusia yang bersama Hasan Al-Banna dan Al-Maududi, masih hidup panjang usianya hanya mengeluh kepada saya. “Apa nak dibuat?”. Jawab saya: “Selamatkan sekadar yang dapat”.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Syaaban 1439 / 30 April 2018

Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang

Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...
Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...
Datang amoi China, suami-suami hilang...
Datang ahlil politik, wanita Mongolia hilang...
Datang polis, dadah hilang...
Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...
Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...
Keluarkan laporan sebenar, doktor hilang...
Cakap benar, keluarga hilang...
Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...
*Berniaga 1MDB, berbillion duit hilang* ..
Datang investors China, tanah semakin hilang...
*Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang* ...
Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...

Pertanyaan Sesat Ini Hampir Gak Dijawab Karena Terlalu Sulit



Pertanyaan Sesat Ini Hampir Gak Dijawab Karena Terlalu Sulit

Tuan Guru Nik Aziz ada 10 orang anak. Yang konar ke lain tu sorang je

Rosmawati Zainal Abidin
Yesterday at 8:00am · Kajang ·

Tuan Guru Yusof Rawa ada 11 orang anak. Yang pening lalat tu sorang je.

Tuan Guru Nik Aziz ada 10 orang anak. Yang konar ke lain tu sorang je.

Ustaz Fadzil Nor ada 8 orang anak. Yang balik arah tu sorang je. 🤔🤔🤔

JADI BETOL LA OWG TUA2 KATA DULU,,DALAM SETANDAN PISANG PASTI ADA SEBUTIR YG BUSUK...Depa mainkan isu UNA "anak derhaka" hanya berdasarkan sumber audio yang belum disahkan ketulenannya.

Hari ni Allah bayar cash, siapa yang "ANAK DERHAKA"..demi kuasa bersama DAP, sanggup ketepikan restu ibu sendiri???..Allahurabbi...

Mahadir Maki Hamun Nik Aziz



Mahadir Maki Hamun Nik Aziz