Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020
koleksi kitab
Thursday, October 10, 2019
Serangan Masjid Kattankudy, 3 Ogos 1990
Serangan Masjid Kattankudy, 3 Ogos 1990.
Antara Dosa LTTE (Liberation Tigers Of Tamil Eelam) terhadap Umat Islam di Sri Lanka.
Kira-kira 30 orang militan LTTE lengkap bersenjata telah menyerang 4 buah masjid di Kattankudy ketika jemaah sedang menunaikan Solat Isyak.
Tidak kurang dari 147 orang telah terkorban dari lebih 300 orang jemaah yang hadir ke rumah Allah pada malam berdarah itu. Sejarah tidak akan pernah bisu!
Jadi, layakkah LTTE disamakan dengan perjuangan rakyat Palestin?
Nak tanya lagi, DAP sebagai parti paling BERINTEGRITI di Malaysia tak saring dulu ke calon-calon PRU? Kepala-kepala pengganas pula yang jadi pilihan.
Wednesday, October 9, 2019
MENTERI DAP, M Kulasegaran didakwa mengamalkan dasar perkauman apabila mengutamakan kaum India dalam kementeriannya
MENTERI DAP, M Kulasegaran didakwa mengamalkan dasar perkauman apabila mengutamakan kaum India dalam kementeriannya.
Menurut laporan portal Sabahkini2, agensi kerajaan di bawah kementeriannya, Human Resource Developenmt Fund (HRDF) kini dimonopoli oleh kaum India manakala ramai staf Melayu dibuang.
Portal itu menyebut, Menteri Sumber Manusia itu mengamalkan dasar ‘Indian First’ (Dahulukan India) di kementeriannya.
Antara contoh dasar itu adalah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HDRF, Elanjelian Venugopal yang dibuat tanpa temuduga.
Malah rakannya, Poobalan Murugesa juga dilantik sebagai Pengurus Kanan tanpa melalui proses yang sewajarnya, kata portal itu.
Selain itu, Dhamodharan Munusamy, 64, yang merupakan Pengerusi Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Association, dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).
Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Wan Mohd Nazarudin Wan Chik yang didakwa dipaksa berhenti 24 jam dengan ugutan siasatan dalaman.
“Staff kanan bukan India samada ditekan sehingga berhenti atau tidak disambung kontrak untuk beri laluan kepada kroni-kroni. Staff India walaupun terpalit isu rasuah dikekal.
“Nadeswaran Munusamy (63 tahun, bekas wartawan) dilantik sebagai penasihat.
“Radhakrishnan Nadarajah, (55 tahun, akauntan yang dibatalkan sijil oleh New Zealand Chartered Institute of Accountants (NZCIA) kerana melanggar etika pada 2013) dilantik sebagai penasihat dengan bayaran RM40 ribu sebulan.
“Kenalan CEO Elanjelian, Tamil Selvam Thirumilai, seorang penyelia pengeluaran dan aktivis sekolah Tamil dilantik sebagai pengurus, walaupun gagal dalam proses temuduga,” kata portal itu.
Bagaimanapun tiada penjelasan daripada Kulasegaran berhubung isu pelantikan itu. – 8 Oktober 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)






