MENTERI DAP, M Kulasegaran didakwa mengamalkan dasar perkauman apabila mengutamakan kaum India dalam kementeriannya.
Menurut laporan portal Sabahkini2, agensi kerajaan di bawah kementeriannya, Human Resource Developenmt Fund (HRDF) kini dimonopoli oleh kaum India manakala ramai staf Melayu dibuang.
Portal itu menyebut, Menteri Sumber Manusia itu mengamalkan dasar ‘Indian First’ (Dahulukan India) di kementeriannya.
Antara contoh dasar itu adalah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HDRF, Elanjelian Venugopal yang dibuat tanpa temuduga.
Malah rakannya, Poobalan Murugesa juga dilantik sebagai Pengurus Kanan tanpa melalui proses yang sewajarnya, kata portal itu.
Selain itu, Dhamodharan Munusamy, 64, yang merupakan Pengerusi Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Association, dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).
Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Wan Mohd Nazarudin Wan Chik yang didakwa dipaksa berhenti 24 jam dengan ugutan siasatan dalaman.
“Staff kanan bukan India samada ditekan sehingga berhenti atau tidak disambung kontrak untuk beri laluan kepada kroni-kroni. Staff India walaupun terpalit isu rasuah dikekal.
“Nadeswaran Munusamy (63 tahun, bekas wartawan) dilantik sebagai penasihat.
“Radhakrishnan Nadarajah, (55 tahun, akauntan yang dibatalkan sijil oleh New Zealand Chartered Institute of Accountants (NZCIA) kerana melanggar etika pada 2013) dilantik sebagai penasihat dengan bayaran RM40 ribu sebulan.
“Kenalan CEO Elanjelian, Tamil Selvam Thirumilai, seorang penyelia pengeluaran dan aktivis sekolah Tamil dilantik sebagai pengurus, walaupun gagal dalam proses temuduga,” kata portal itu.
Bagaimanapun tiada penjelasan daripada Kulasegaran berhubung isu pelantikan itu. – 8 Oktober 2019
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej