Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 2, 2019

RANTAU PANJANG VS PAYA JARAS

RANTAU PANJANG VS PAYA JARAS
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Nak suruh kita kata isu penebangan pokok getah di Rantau Panjang oleh kerajaan negeri sebagai "Kerajaan PAS umpama Yahudi", sama macam kita kata kerajaan PH Selangor sebagai Yahudi dalam isu Paya Jaras.
2) Walaupon kedua-dua isu ini adalah isu tanah kerajaan, tapi isu Paya Jaras tu tebang rumah orang. Isu Rantau Panjang tebang pokok getah. Ada beza di situ.
3) Isu Paya Jaras, kalau penduduk heret masuk mahkamah pun penduduk Paya Jaras yang diroboh rumah mereka itu pasti akan kalah, kemudian buat rayuan juga - akan kalah.
4) Sama sahaja isu peserta Felcra di rantau Panjang, yang sudah kalah di mahkamah dan juga kalah dalam rayuan. Sebabnya, ia adalah tanah kerajaan. Memang kita tak blame pun isu milik kerajaan.
5) Nak kata tak bagi tawaran lain sebagai pampasan, peserta Felcra sudah diberi tawaran 3 ekar untuk setiap perserta yang terlibat, dan tanah yang diambil balik oleh kerajaan itu untuk dimanfaatkan pula oleh hampir 500 orang lain yang miskin dan memerlukan.
6) Tapi peserta tolak tawaran 3 ekar, dan bawa fight di mahkamah. Kalah. Buat rayuan, juga kalah. Memang kalah laa dah terang-terang hak kerajaan. Kalau nak saman, kau kena saman Felcra, bukan saman kerajaan negeri.
7) Samalah dengan isu Paya Jaras. Penduduk sudah diberi tawaran Rumah Selangorku. Diberi tempoh, Diberi notis. Taknak juga pindah. Kerajaan berhak merobohkan rumah mereka.
8 ) Tapi isunya timbul sedikit pada janji ADUN Paya Jaras, dan perobohan tidak mengikut notis dan janji. Tiba-tiba roboh. Sudah lah roboh, mangsa roboh terpinga-pinga rumah sudah hilang.
9) Di mana nak bermalam, anak-anak kecil, orang tua uzur, batas-batas aurat, makan minum, nak berlindung dari sejuk panas, masalah jerebu teruk dan sebagainya. Nak cari rumah baru dalam masa sehari dua memang sukar untuk 90 keluarga.
10) Ini sahaja isunya untuk Paya Jaras. Inilah punca dikatakan Yahudi, bukan pasal kerajaan berhak atau tak berhak. Isu belas kasihan dan ihsan. At least ADUN turun padang. Memang tak perlu turun jumpa penduduk, sebab giler hape jumpa orang tengah marah. Mau remuk muka kena tinju maut Pendekar Laut. Just conduct apa-apa yang patut untuk ringankan kesusahan orang yang hilang rumah secara sekelip mata. Tunjukkan belas ihsan.
11) Isu tebang pokok, tak melibatkan tempat tinggal dan tempat berteduh. Ia hanya melibatkan hal pendapatan peserta. Tak kacau pun tempat tinggal, makan minum, nak berlindung panas sejuk dan sebagainya. Yang kerajaan negeri nak kena tunjuk belas ihsannya adalah bagaimana caranya nak ganti sumber pendapatan mereka yang hilang.
12) Kalau nak kata kerajaan Kelantan Zalim jugak, silakanlah. Tapi tak boleh samakan dengan Yahudi sebab isu Paya Jaras dah sama dengan Yahudi. Cari laa contoh lain. Kelantan ni macam Turki la kut duk tindas Kurdistan. Zalim betul Kerajaan PAS Turki ni.
Sekian
p/s: Sapa laa yang jadi peguam untuk peserta Felcra tu. Lemah betoi hujah sampai boleh kalah..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej