Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, October 25, 2019

DRAMA DEMI TUHAN AKU BERSAKSI TERBITAN PROKUYA STUDIOS MENGHINA INSTITUSI TAHFIZ

DRAMA "DEMI TUHAN AKU BERSAKSI" TERBITAN PROKUYA STUDIOS MENGHINA
INSTITUSI TAHFIZ.........
Hati saya "hancur" bila membaca tulisan Dr Kamilin Jamilin tentang drama tahfiz maknyah yang teruk dikecam".
Hancur kerana tulisan Dr Kamilin Jamilin seolah-olah sangat positif - satu approval (penerimaan) - tanpa sebarang nada teguran kepada media mahupun penerbit yang mencetuskan kontrovesi. Yang disalahkan hanya pihak yang tidak tabayyun, tapi pihak yang menghasilkan bahan "sensitif" ini dibela seolah-olah mereka hanya mangsa keadaan.
Tiada penjelasan daripada Dr Kamilin Jamilin kenapa nak guna pusat tahfiz sebagai gelanggang cerita drama ni.....bukan dia seorang je ada pengalaman ...berlambak lagi golongan huffaz kat Malaysia ini yang kaya dengan pengalaman..
Dr Kamilin Jamilin..Tuan yang bijaksana boleh tengok sendiri komen negatif dan hinaan terhadap pusat tahfiz sekarang ni. Netizen menghentam habis habisan pusat tahfiz seolah olah pusat tahfiz ini sarang mak nyah..seolah olah budak budak tahfiz ni kaki gay dan kaki mak nyah....Itu la sebabnya saya menentang drama drama seperti ini...
Dr Kamilin Jamilin, hujah anda drama ini memberikan banyak pengajaran....saya berpendapat, walaupun memang untuk pengajaran, tapi sedikit sebanyak kita sedang menanam dalam fikiran masyarakat kita tentang keburukan pusat tahfiz tempat melahirkan huffaz. Jalan cerita yang baik semata mata sangat tidak memadai..
Hal ini kerana kuasa visual atau 'bercakap sendiri'..Maksudnya, imej negatif para pelajar tahfiz berpakaian jubah, yang selalu bersama dengan Al Quran serta berserban akan dipandang oleh penonton sebagai watak yang jahat, jijik, memualkan, kotor, sampah, gay, mak nyah, kaki liwat dan kaki kunyit....
Watak pelajar tahfiz yang serba negatif ini akan diingati oleh penonton berbanding keseluruhan drama yang ditayangkan....Saya tetap menentang keras drama yang mengaitkan pusat tahfiz dengan perkara negatif dan tidak bermoral seperti ini..
Pihak produksi dan pihak penerbit tidak perlu buat drama sebegini yg memfokuskan institusi tahfiz...Ia menimbulkan polemik dan tanggapan buruk kepada tahfiz. Bagi yang berilmu dan faham isu sebenar, tak apa. Masalahnya, drama ini akan ditayangkan kepada umum yang masing masing tiada ilmu...
Adakah pihak produksi akan merasa gembira dan berpuas hati apabila mendapat kelulusan untuk menayangkan drama ini???Hati anda merasa tenang ke dengan cara mendapat keuntungan melalui rating tinggi dengan membawakan drama budak tahfiz maknyah ini??? Isu sensitif dibawakan bagi menimbulkan kontroversi untuk meningkatkan lagi jumlah penonton dan rating drama tersebut...
Apabila didesak supaya ditonton terlebih dahulu, alasan selamat oleh pihak produksi ialah jika sudah ditayangkan, isi drama sudah 'basi' dan sudah terlambat untuk dinilai dan ditonton oleh para penonton...
Dr Kamilin Jamilin menukilkan dalam laman facebooknya "saya percaya kalau betul betul cerita tu mengguris tahfiz, kami 3 orang termasuk presiden tahfiz kebangsaan dan selangor yg patut terasa dan marah..Tapi semua kami yang tengok sepakat tak rasa pun apa yang ramai sangka..yang belum tengok yang bermacam macam andaian..Its a normal cerita...".
Dr Kamilin Jamilin, anda berpendapat drama ini tidak menghina pelajar tahfiz...jika terdapat penghinaan anda dan team pratonton anda akan melenting, marah, terguris dan terasa... Tuan, apa yang tuan harapkan sebenarnya?
Anda mahu membiarkan pemikiran budak budak di luar tahfiz takut masuk tahfiz.. Anda semua mahu lihat ustaz-ustaz tahfiz dihina dan dicemuh kononnya tak pandai didik budak budak tahfiz? Anda mahu persepsi tahfiz ini sarang mak nyah dan lubuk geng lembut bermain main di dalam fikiran setiap ahli masyarakat?????
Pihak penerbit meng'highlight' tema drama bahawa budak tahfiz macam 'jahat' dan takleh terima maknyah atau pondan nak berubah...ini semua seolah olah menampakkan semua budak tahfiz ni jahat. Sebab budak tahfiz ni bagus. Ada la segelintir yang nakal, nama lagi budak, tapi perlu ke highlight sehingga mencemarkan nama baik institusi tahfiz?
Perkara ini akan membuatkan ahli masyarakat merasa alergik serta takut dengan tahfiz dan beranggapan semua institusi tahfiz bermasalah....Last sekali, masyarakat akan fikir, tahfiz pun sama je dengan sekolah biasa, bukan tempat yang bagus untuk pendidikan anak anak dan perubahan anak anak....
Anda mahu satu doktrin baru menular dalam pemikiran masyarakat bahawa institusi tahfiz ini sarang maksiat dan lubuk geng mak nyah serta geng lembut..Dah berlambak berita kes liwat, geng derma scam, tak ikut keselamatan dan isu tak daftar tahfiz...semuanya yang berkait dengan institusi tahfiz di dada akhbar..jika kisah ini benar sekalipun, biarlah setakat terpampang di dalam akhbar dan diheret ke mahkamah...
Sepatutnya, kita sama-sama membantu institusi tahfiz...caranya dengan menjaga kelestarian tahfiz, imej tahfiz, tingkatkan mutu pendidikannya tahfiz, dan dengan cara menyerap guru tahfiz berkualiti tinggi yang mengajarkan akhlak mulia...
Anda semua ingat senang ke mahu menaikkan institusi tahfiz ni..makan puluhan tahun dan usaha yang gigih..tapi anda berusaha sedaya upaya meruntuhkannya dalam sekelip mata saja dengan fitnah jahat tanpa bukti yang nyata dan tepat..kasihanilah para guru yg terlibat di dalam membangunkan institusi tahfiz ini..berikanlah imej yg baik kepada mereka semua..
Akhirnya golongan ini suka memandang negatif institusi tahfiz secara umumnya bahkan akan lebih mencemuh institusi tahfiz..
Banyak lagi tempat yang memerlukan perhatian alim ulama seperti dalam drama tersebut. Seperti kolej kolej, universiti universiti awam & swasta yang secara terang terangan menjadi sarang kepada wabak golongan maknyah dan LGBT ini berleluasa..walhal sejak zaman saya bersekolah lagi, isu pelajar mak nyah, lembut dan berkunyit ini heboh diperkatakan..
Alasan pihak produksi dan para netizen penyokong drama ini ialah golongan LGBT, kunyit, sotong, mak nyah dan geng lembut ini juga wujud dan wabak ini terlalu berleluasa di sesebuah institusi Tahfiz..
Jadi mereka berpendapat ia perlu dikaji dan dibuat drama bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat...alasannya mahu menyebarkan kepada masyarakat tentang gejala buruk ini memang terdapat di institusi tahfiz...supaya masyarakat beringat ingat dan berhati hati.....
Anda semua pembaca yang budiman tidak keliru ke????adilkah kepada pusat Tahfiz??bagaimana dengan sekolah berasrama yang lain??kadang kadang alasan tersebut terlalu dangkal!!!!!!
Alasan pihak netizen dan penyokong drama ini ialah orang yang menghentam membabi buta drama tahfiz maknyah ini ialah orang yang jenis tidak tabayyun... Hanya tahu menghentam tanpa membaca sinopsis dan tanpa tengok dulu drama yang akan ditayangkan ini..
Masalahnya penerbit drama dan team Prokuya Studios sudah menghebahkan ke 'seluruh dunia' sinopsis drama tahfiz maknyah ini..Kenapa nak kena tengok dulu dramanya baru komen walhal sinopsis tersebut sudah menunjukkan bahawa pelajar tahfiz ini jahat dan menghina maknyah..sebenarnya ada seorang maknyah insaf pastu masuk tahfiz (tua tua gitu tahfiz mana nak terima? Mungkin pondok akan terima..) Dan bila konflik berlaku disebabkan pelajar pelajar tahfiz tu ugut bekas maknyah tu supaya keluar daripada pusat tahfiz berkenaan...
Sekarang korang nampak tak mainan busuk mereka ni???
Mereka buat seolah olah watak pelajar tahfiz ini jahat... tak boleh terima orang yang nak berubah..
Kalau niat mereka baik...kenapa tidak mereka buat cerita tentang jalan penghijrahan maknyah ni yang mana pelajar tahfiz kesemuanya pakat pakat bantu...
Kenapa pihak penerbit nak kena buat watak pelajar tahfiz yg jahat? kenapa mesti setiap cerita akan selit watak orang yg tahu agama dan alim tapi jahat...kenapa??????!!!!
Cuba terangkan statistik berapa orang dah budak tahfiz yang kamu jumpa yang sangat negatif mahupun sangat jahat bila seseorang itu mahu berubah....
Alasan pihak produksi dan netizen penyokong drama ini yang seterusnya ialah tema drama ini tentang golongan kunyit, sotong dan mak nyah ini wujud di pusat tahfiz wajar diberikan pengajaran kerana ia terlalu berleluasa..
Saya mahu menimbulkan persoalan??apakah ada statistik tepat bahawa golongan ini wujud di dalam Tahfiz?dan seterusnya berapakah bilangan golongan ini yang mahu bertaubat apabila berada di sesebuah Tahfiz?boleh anda semua berikan jumlah yang tepat mereka yang masuk ke institusi tahfiz dalam keadaan mereka sudah terpalit dengan kes seperti ini??atau pihak anda semua hanya sekadar menimbulkan isu dan kontroversi bagi melariskan drama.......
Netizen yang menyokong drama ini sering menyatakan budak budak tahfiz, ustaz tahfiz dan institusi ini menunggang agama untuk kepentingan diri sendiri...walhal pihak penerbit 'menunggang' mufti dan team agamawan untuk melariskan drama mereka. Sahibuh Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dijemput, Dr Kamilin Jamilin dan lain lain lagi dijemput menonton drama mereka..
Mengapa mereka selalu buat dulu drama.. Dah kena kecam baru nak panggil mufti, ustaz dan para agamawan.. Kenapa mereka tidak dirujuk sebelum drama dan jalan cerita drama mahupun tema drama dibuat lagi..
Rasanya eloklah para penerbit dan pihak produksi yang lain mendekati agamawan dan merujuk mereka jika nak buat sesuatu yang berkaitan dengan drama..
Bagi saya, isu sensitif seperti agama islam atau ulama atau tahfiz perlu ada tapisan dari segi iklan, poster, tajuk dan setiap elemen yang ditonjolkan sewaktu "pemasaran" sesuatu drama..
Hal ini kerana tidak semua orang mampu bertabayyun dan menonton dahulu isi cerita sesuatu drama sedangkan persepsi boleh berlegar di kalangan masyarakat..saya berharap usaha usaha menapis drama diperkasakan..
Saya risau semakin banyak usaha meletakkan persepsi dalam pemasaran sesuatu drama, makin banyak persepsi tanpa jawapan.. Sasarannya ialah penonton drama termakan umpan mempercayai sesuatu persepsi yang tidak benar..kerana akhirnya tak semua penonton sempat bertabayyun dan berjaya bersangka baik..
Isu ini bermula dengan gambar atau 'caption' aksi 'panas'. Apa yang menghairankan ialah ia bukan daripada produksi. Sedangkan hanya individu tertentu sahaja yg dapat akses kepada tayangan terhad..........
Jangan kita salahkan masyarakat tidak bertabayyun. Sedangkan provokasi bermula daripada pihak mereka sendiri. Siapa pun yg ada iman dalam diri akan terkesan dan terasa hati dgn 'caption' tersebut seolah olah pelakon tersebut sedang beraksi 'panas' kemudian dikaitkan pula dengan institusi tahfiz. Apatah lagi komen komen yang mempertahankan pula lebih kepada 'ini realiti'!!!!! 'ini realiti'!!!!? 'ini realiti'!!!!! Realiti apa? iaitu wujudnya perlakuan sumbang pelajar tahfiz....sedih.......
Kononnya nak bagi pengajaran kepada satu pesalah dalam beberapa ribu pesalah di tahfiz..
Tapi yang satu dalam seribu ni la yang akan tersemat dalam minda masyarakat. Ditambah pula dengan adanya poster yang menampakkan gambaran agamawan sehina sebegitu rupa..
Kemungkinan 'caption' itu 'direlease' demi publisiti. Jika tidak, ambil tindakan terhadap individu disyaki yang memang boleh diketahui pihak produksi kerana dengan sengaja mengundang keresahan awam.
Kenapa nak salahkan masyarakat marah kepada poster yg mengandungi fitnah...sedangkan baca Qiraat yg mutawatirah di depan masyarakat yg tidak tahu pasal qiraat itupun fitnah...apatah lagi poster yg memang mengundang fitnah?...
kenapa nak tuduh org yg mengkritik cerita ini adalah golongan yang tidak memikirkan masalah golongan mak nyah?ada bukti?dh tabayyun ke belum?ke tibayyun jugak?
Saya risau kalau-kalau trend ini berterusan. Ulama dijadikan benteng mhalalkan "racun halus media" dlm usaha terancang menghentam Islam bertopengkan "drama kesedaran dan dakwah".
Hasilkan bahan kontroversi untuk tular dan "promosi percuma" - drama yang mengguris sensitiviti umat Islam contohnya, kemudian cari mufti untuk pertahankan tindakan d "sucikan" kesalahan...
Modalnya cuma "pratonton" kepada team mufti, maka yg "haram" dgn mudahnya mjadi halal jika mufti approve...
Saya harap selepas ni ada garis panduan dari mufti atau pihak berkuasa agama supaya isu "memperlecehkan" agama sendiri tidak lagi dijadikan "bahan" dalam drama, atau filem Malaysia.. banyak lagi cara untuk dakwah kepada mak nyah atau seangkatan dengannya, tanpa perlu "mengguris hati" umat Islam yg sayangkan agamanya.
Mudah-mudahan dengan adanya garis panduan ini nanti dapat menyekat ruang lebih ramai penerbit menggunakan "modus operandi" / kaedah promosi sebegini di masa akan datang. Jangan dibiarkan mufti bertukar fungsi kepada "badan penapis filem dan drama".
Kalau orang media benar benar ikhlas mahu membantu mengembangkan dakwah, ambil siap siap penasihat agama dari kalangan ustaz yang diyakini adil dan berilmu sebelum terbitkan apa-apa drama atau filem.....
Tempatkan ilmuan Islam yang baik dan amanah dalam badan penapis filem FINAS.... tidak perlu melibatkan mufti dalam kontroversi drama atau filem. Kerap melibatkan mufti dalam "membela drama" dikhuatiri menghilangkan rasa hormat dan wibawa mufti di mata orang awam dan "agamawan bukan mufti".
Mengapa Intitusi tahfiz dipilih? Mak nyah tetap ada berlaku di peringkat universiti, sektor pekerjaan...... Dan ia bukan hanya berlaku di tahfiz.. Lihat sahaja kes pembulian sehingga berlaku kematian arwah Zulfarhan di Universiti Pertahanan Malaysia... adakah ia berlaku di sekolah tahfiz??....... Tetapi kenapa segelintir kes di sekolah tahfiz, dijaja dan dijadikan modal utk berkarya???
Apakah adil untuk isu yang di mana mana pun berlaku tapi akhirnya institusi tahfiz juga yang dipilih untuk disandarkan... tahukah anda semua berapa ramai insan insan yang terlibat dengan tahfiz akan berlinangan air mata melihat drama ini diketengahkan....
Tahukah kalian, disiplin untuk pelajar tahfiz tidak sama dengan sekolah arus perdana negara ini. Seawal pagi pelajar tahfiz di maahad tahfiz berteleku di sejadah, mereka melazimi puasa sunat isnin dan khamis. Sebahagian masa mereka dalam sehari digunakan untuk belajar al Quran serta mendalami ilmu-ilmu Islam, tanpa gajet dan TV sebagaimana remaja yang lain.
Anak-anak tahfiz dilatih menjaga pemakanan, mengawal penglihatan bahkan solat mereka dipastikan dengan takbir yang pertama!... Mereka diasingkan tilam untuk tidur malam dan tak dibenarkan tidur berkongsi selimut..
Anak anak tahfiz dan guru guru tahfiz yang bersusah payah mewujudkan biah solehah dan bertungkus lumus pula untuk menjaga biah solehah tersebut kekal di tahfiz...
Sejak dahulu, imej pelajar tahfiz adalah baik dan dihormati. Mereka sering menjadi ikon ummah. Kata-kata mereka didengari. Arahan mereka dipatuhi..Tingkah laku mereka diteladani. Pakaian mereka sering diperhati. Batuk berdehem mereka pun ditakuti........Keberadaan mereka dalam majlis dibanggakan penganjur. Malah, mereka adalah hujah..
Kepengikutan masyarakat kepada pelajar tahfiz datang secara fitrah bukan melalui kempen, promosi dan ramai likers. Ia terjadi tanpa adanya admin fb atau agen propaganda bajet bagus. Malah orang terpilih itu tidak tahu pun Allah memberikannya anugerah itu...
Teladan para pelajar tahfiz semestinya tok guru-tok guru yang memgajar dengan penuh tawaduk dan rasa rendah diri..Hal ini amat sukar dilakukan tanpa niat yang betul dan wujudnya keikhlasan hati yang tinggi dalam diri para tok guru...
Sebab itu tok guru-tok guru dahulu bukannya petah sangat bercakap, bermadah dan bermain kata kata menyentuh emosi. Tetapi kalam mereka meresap ke jiwa pendengar walaupun cakap perlahan, tersekat-sekat dan "membosankan".
Namun ia bisa meruntuhkan keegoan, melunakkan keangkuhan, mendamaikan jiwa kacau dan melunturkan perbalahan....
Tidak pernah kita dengar, tok guru-tok guru merungut tentang bayaran kurang, 'demand' harga, banyak kerek dan lain lain lagi. Sebab apa? Sebab bukan mereka yg "mencari", tetapi "dicari".
Imej tahfiz yang dibina bertahun tahun ingin dirosakkan dengan kewujudan drama tahfiz mak nyah seperti ini seolah olah merosakkan reputasi pelajar tahfiz dan imej institusi tahfiz dengan sekelip mata...............
Yang menyedihkan saya lagi ialah apabila Dr Kamilin Jamilin menukilkan dalam laman facebooknya "Pn. Yana Samsudin adalah sebahagian dari penerbit telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang hangat dikritik dan mangsa sikap melatah serta tergesa-gesa menghukum oleh sebahagian masyarakat.
Semasa menonton semalam pun, beliau kelihatan sebak, mungkin mengenangkan tohmahan yang menimpanya."
Pn. Yana merasa sedih, tertekan dan sebak??Anda sebagai penerbit tidak terfikirkah impak menyebarkan drama tahfiz mak nyah ini ke seluruh Malaysia akan membuatkan golongan huffaz dan seluruh institusi tahfiz sedih dan terhina!!!!anda mungkin sebak seminggu tetapi pelajar tahfiz dan institusi tahfiz menanggung kesan bertahun tahun lamanya...
Golongan huffaz akan merasa sedih yang amat sangat mendengar berita ini (tahfiz menjadi maknyah atau LGBT) apatah lagi watak tahfiz mak nyah ini akan di "dramakan"..walhal ia dilakukan oleh segelintir budak tahfiz yang jahil...Para huffaz yang ramai yang sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan membaca kalam Allah adalah daripada hati hati yg bertakwa tidak akan terjebak dengan gejala ini...di mana mereka mahu sembunyikan kesedihan mereka daripada penghinaan ini....
Tetapi dengan kewujudan drama seperti ini.. Ditambah dengan pihak produksi yang tidak sabar sabar mahu menyiapkan drama ini...Mereka bersusah payah siang malam mereka reka dan memikirkan idea drama penghinaan kepada golongan huffaz ini...adakah niat mereka dengan sengaja nak palitkan ke dalam minda masyarakat dengan persepsi buruk terhadap institusi tahfiz ini...agaknya bagaimana ya balasannya di sisi Allah????....
Kita sendiri membuka ruang utk agama dicemuh, kalau dikatakan cetek agama mulalah melenting, tapi itulah hakikatnya....pihak penerbit mahu meraih penonton sempena dengan isu yg tengah meletup sekarang....kes hubungan songsang si dok..dok...anda semua siap bagi bukti pelbagai keratan akhbar tentang guru tahfiz liwat budak tahfiz..warden tahfiz liwat budak tahfiz..golongan gay dan mak nyah wujud di pusat Tahfiz....
Adakah dengan wujudnya bukti sedemikian, ia menghalalkan drama tahfiz gay atau tahfiz maknyah ini dibuat dan ditonton oleh masyarakat umum???? Kononnya nak bagi pengajaran dan teladan....aduhai...bahkan mereka mengatakan keseluruhan guru tahfiz dan budak tahfiz terpalit dgn benda terkutuk ini...terlalu jauh sangkaan anda....
Saya sarankan penerbit drama.... Duduklah dan hayatilah kehidupan anak anak tahfiz...tidak lama sebulan pun dah lebih dari cukup...bertapa...melihat disiplin dan jadual harian mereka di pusat tahfiz yang penuh keilmuannya serta padat dengan ilmu..ini semua cukup untuk membuatkan kita insaf.....
Tahfiz Gay...!!!!!???! Tahfiz maknyah...!!!???
Tahun lepas kita diusik dengan imej pengganas berserban dalam Polis Evo yang secara sengaja telah mencalarkan imej berserban dan berjubah sebagai ganas dan teroris. Kali ini, sebuah drama yang akan ditayangkan di RTM pula mengaitkan pusat Tahfiz dengan gejala LGBT.
Bagaimana RTM boleh meluluskan tema seperti ini? Ini persoalan yang bermain di fikiran saya dan netizen lain. Tetapi lebih mengejutkan, menurut penerbit drama ini, tema ini dicadangkan oleh RTM!
Penerbit drama ini nampaknya terlalu teruja apabila pihak RTM mencadangkan penghasilan drama bertemakan mak nyah yang insaf ini, sampai terlupa nak buat kajian mendalam terlebih dahulu. Golongan transgender/mak nyah/pondan/lembut ni kalau nak bertaubat kembali ke jalan yang benar, mana mungkin mereka masuk maahad tahfiz......
JAKIM atau jabatan agama Islam negeri ada program khas untuk membantu golongan ini. Siap ada peruntukan zakat asnaf arriqab untuk membantu mereka membina kehidupan sekaligus membebaskan diri daripada cengkaman kehidupan mak nyah...
Saya memikirkan impaknya kepada golongan tertentu. Kalau kita tengok drama sebelum ni pun memang ada banyak pengajarannya... Persoalannya, adakah masyarakat umum menerima dan mengambil iktibar daripada pengajaran tu?
Dr Kamilin Jamilin, kalau kita menonton drama budak tahfiz maknyah ini dari kaca mata sebagai orang dewasa mungkin tiada masalah. Sebab orang dewasa sudah matang dan pandai menilai baik buruknya. Tapi yang jadi masalahnya apabila kanak-kanak yang menonton. Banyak buruk daripada baiknya yang akan diambil oleh kanak-kanak.
Walaupun sudah diklasifikasikan mengikut aras untuk tontonan, ini zaman teknologi tuan.. zaman di mana semuanya boleh diakses....bukan mcm zaman kita dulu tuan..zaman kita dulu, video lucah pun kita tak kenal..hanya dengar-dengar sahaja.. tapi zaman sekarang, budak budak boleh cari dlm telefon je...semudah ABC..jadi adakah tuan rasa budak-budak tidak boleh cari drama ini dan tonton walaupun sudah diklasifikasikan sebagai 18 tahun ke atas?
Mereka ni masih muda. Masih tidak dapat membezakan baik dan buruk. Masih berjiwa remaja yang sangat suka mencuba benda baru. Ibu bapa memang tak ajar benda negatif di rumah sebab semua ibu bapa nak ajar yang baik baik pada anak mereka. Saya sangat yakin dgn perkara ni. Tapi bila mereka lihat adegan negatif dalam drama, mereka anggap itu perkara baru dan mungkin mereka akan cuba melakukan seperti dalam adegan drama tersebut.
Apa yang saya nampak masyarakat terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak lebih cenderung mengambil unsur negatif dalam filem tersebut berbanding pengajaran dari filem yang ditonton..
Contohnya, filem aksi ganas dan berunsur negatif terhadap permikiran kanak-kanak dan remaja.. Sangat menakutkan..
Masihkah anda semua ingat filem aksi ganas muncul dan berunsur negatif diterbitkan seperti cerita KL gengster, ada beberapa perkataan "biadap" yang diambil dari filem itu dan dituturkan oleh pelajar.
Saya sendiri pernah dijerkah oleh pelajar dengan perkataan "cikgu jangan langsi dgn gua!".. agak agak dari mana mereka belajar ayat sebegitu? Sudah semestinya dari filem aksi ganas dan berunsur negatif..
Saya mohon jangan dirosakkan lagi minda kanak-kanak dengan filem yang berunsur ganas dan negatif sebegini..
Media sejak sekian lama, dilihat amat memusuhi apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, tahfiz dan pondok antara sasaran yang paling digemari. Saya tidak akan pernah lupa bagaimana media arus perdana mengecam dan menjatuhkan kreadibiliti sekolah pondok selepas kebakaran Pondok Pak Ya di Kedah.
Demikian apabila terdapat kes dakwaan dera dan liwat di sekolah agama, media tidak tunggu lama untuk menyalak menyalahkan pengusaha dan guru-guru sekolah agama. Seolah semua guru tahfiz adalah peliwat...
Memang patut pun jika ada pihak yang cemburu melihat sambutan ibubapa terhadap tahfiz dan pondok. Bukan hanya tahfiz tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, tetapi kebanyakan tahfiz menerima kemasukan yang melimpah setiap tahun hingga terpaksa menolak. Boleh bayangkan, bagi tahfiz yang terkenal, kekosongan pelajar hanya 100 tempat, tetapi yang datang temuduga mencecah seribu!
Malah ibu bapa yang menghantar anak-anak ke institusi tahfiz pula adalah dalam kalangan terpelajar, pensyarah, ahli perniagaan, dan malah guru-guru sekolah kebangsaan sendiri..
Benar institusi tahfiz tidak sempurna. Tiada orang pernah mengatakan ia sempurna. Tetapi men-downgrade-kan institusi tahfiz sampai ke tahap ini apa manfaatnya?
Tahfiz bukan tempat orang rosak akhlak. Tahfiz sekarang sudah ada temuduga. Ada struktur khas. Ada silibus yang jelas. Sebuah tahfiz yang diusahakan oleh rakan saya di Kuala Terengganu mempunyai silibus yang didatangkan khas daripada Turki. Dan membolehkan pelajarnya melanjutkan pelajaran ke negara asal Uthmaniyyah itu. Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah namanya. Berdekatan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Datanglah.
Mana ada tahfiz terima orang umur 20an nak belajar saudara? Orang dewasa kalau nak berubah mereka pergi pusat pemulihan akhlak, bukan pusat tahfiz.
Institusi tahfiz bukan tempat kitar semula. Bukan tempat pembuangan remaja-remaja bermasalah. Dihantar remaja bermasalah dengan tujuan bila keluar mereka akan jadi orang baik. Bukan ini maksud dibangunkan sesebuah institusi tahfiz. Bukan, bukan dan bukan!
Pemikiran begini perlu dikikiskan dalam mentaliti masyarakat kita. Perlu! Jika pemikiran begini masih menebal dalam masyarakat, sampai bila-bila pun institusi tahfiz tidak dimuliakan dan akan terus diperlecehkan.
Untuk memasuki maahad tahfiz adanya saringan, adanya ujian, adanya temuduga . Temuduga pula, ditanya betul-betul kepada anak tersebut, masuk kerana dipaksa atau dengan rela hati. Jika dipaksa, tidak akan diterima. Ini amat penting. Sebab itu saya amat tidak setuju andai ada maahad tahfiz terima sahaja kemasukan tanpa temuduga. Setakat ini, rasanya kebanyakan tahfiz telah mengetatkan syarat kemasukan. Ini bagus.
Sebagaimana sekolah berasrama penuh, MRSM dan kolej ada piawaian tertentu untuk memasukinya, begitu juga dengan maahad tahfiz ada piawaiannya yang tersendiri. Untuk menjadi tahfiz bukan mudah dan bukan semua orang mampu.
Bukannya maknyah bertaubat, mat rempit bertaubat, penagih dadah bertaubat umur pun dah melebihi 15 tahun dihantar ke tahfiz untuk jadikan mereka orang yang baik. Tak perlu! Tak perlu jadikan mereka hafiz atau hafizah. Jadikan sahaja mereka peniaga, mekanik, atau apa sahaja bidang asal mereka boleh taat perintah Allah. Golongan tahfiz ini kita lahirkan dari anak-anak yang memang telah terpelihara dari anasir buruk.
Habis tu, jika ketat sangat untuk memasuki tahfiz, bekas maknyah, bekas mat rempit, bekas penagih yang telah bertaubat ni nak letakkan mereka di mana supaya mereka tidak kembali kepada aktiviti lama? Jika yang kritikal, kita hantar ke pusat pemulihan akhlak.
Kalau bukan kita yang bersuara menjaga institusi pengajian agama Islam ini, siapa lagi?
Kegilaan apakah ini? Sudah keringkah idea dan kreativiti kalian sehingga sanggup menjadikan satu institusi mulia sebagai mangsa kebodohan kalian? Mana hilangnya sensitiviti kalian terhadap dosa penghinaan terhadap Ahlul Quran?
Maaf saya katakan... Ruang perfileman atau hiburan bukan utk pelajar tahfiz explore.....Biarlah mereka dikatakan seperti katak bawah tempurung tapi hakikatnya mereka lebih matang dan mengenali mana baik atau buruknya..
Tak perlulah ada watak dlm kehidupan mak nyah yang nak bertaubat..Mana mana tahfiz pun memberi ruang dan memahami situasi anak anak yang ingin kembali ke pangkal jalan..Semua orang tahu tahfiz adalah tempat penghijrahan, penjernihan rohani dan memantapkan iman..
Siapa pun mereka yang datang ke tahfiz dengan niat yang tidak ikhlas pastinya akan pulang dgn kehampaan.. Itu saja..Tak perlu mencari kelemahan dan keburukan pada pelajar tahfiz atau ustaz ustaz di tahfiz..
Apa yang diceritakan tentang kejadian aib di tahfiz itu cuma segelintir insan yg bergelar syaitan bertopeng manusia...Di mana mana tempat pun ada masalah sedemikian..
Manusia biasa seperti kita memang perlukan bimbingan bukan menghukum, kerana kes terpencil diperbesarkan untuk dijadikan jalan cerita sensasi tentang kehidupan mak nyah di tahfiz..
Saya juga berasal dari sekolah tahfiz, dan juga pernah mengajar di sekolah tahfiz, saya tahu hakikat sebenar sekolah tahfiz macam mana..
Sememangnya, semua orang melakukan dosa dan tak terlepas dari melakukan dosa, tapi bagaimana kita bermujahadah untuk meninggalkan dosa itu yang penting..
Dan isu seperti ini bukannya isu yang utama dan terlalu besar di institusi tahfiz..isu paling besar di institusi tahfiz adalah bagaimana nak kekalkan hafazan Quran selepas keluar daripada sesebuah institusi tahfiz..
Sepatutnya para penerbit membina tema drama positif...seperti karya yang cuba menggambarkan bagaimana seorang pelajar tahfiz bermujahadah untuk menghafaz Quran, perit jerih dan masa yang dikorbankan untuk menghafal..bukan senang ye..
Dan bagaimana seorang pelajar tahfiz bermujahadah untuk mengekalkan hafazan mereka selepas masuk dalam bidang pekerjaan masing masing....
Terutama bagi mereka yang bukan masuk dalam bidang pengkhususan Al-Quran dan seumpamanya seperti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sebagainya..
Filem seperti ini yang sepatutnya dipaparkan... untuk membangkitkan lagi semangat masyarakat untuk menghafal Quran..... bagaimana dengan Al-Quran boleh mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik..
Bukan hanya dimomokkan dengan perkara negatif setiap hari, yang hanya menyebabkan fikiran kita fikir perkara perkara negatif sahaja dan seterusnya menghasilkan masyarakat yang kacau bilau dan hidup dalam tekanan setiap hari..
Sedih.......
Cukuplah pengorbanan ikhlas guru guru tahfiz dan anak anak tahfiz yg bersengkang mata untuk mengkhatamkan 30 juzuk dan berjihad menjaga mata, hati, bicara, makan, minum dan sanggup mengenepikan hiburan hiburan demi menjaga kalimah mulia di dada dada mereka....
Pihak produser dengan mudah mengambil jalan pintas dengan babak babak yang jarang sangat berlaku digembar gemburkan... Biarlah perjalanan hidup sebagai mak nyah dirahsiakan....Nak bertaubat atau sebaliknya.. di mana mana sahaja pun boleh.....bumi Allah luas...
Ramai je golongan mak nyah yang tidak ke institusi tahfiz tetapi mereka berjinak jinak mengikut dakwah cara tabligh.. dari masjid ke masjid 3 hari, 40 hari, 4 bulan.....Di mana mana boleh bertaubat....Jadi jangan mainkan isu negatif yang terlalu jarang sangat sangat berlaku di tahfiz seperti yang dihebahkan seperti sekarang ini...
Buat mereka yg terlibat! Jika anda semua tidak dapat nak membantu tahfiz, anda jangan jadi pemusnah institusi tahfiz... Fakta atau tidak fakta bukan tiket anda boleh suka suka memburukkan tahfiz dengan buat drama tahfiz mak nyah seperti ini... Mungkin sekarang, akibat cuba mengaibkan institusi tahfiz, aib pelakon sendiri tersebar. Walau belum tentu benar atau tidak, sekurang kurangnya ia dah membuat nama pelakon terbabit busuk.
Tidak mustahil orang orang di belakang tabir juga aibnya akan terbuka satu hari nanti....Anda nak buat cerita, tolong fikirkan kesannya......jangan semborono mengikut perasaan..
Masyarakat akan takut untuk menghantar anak anak ke pusat tahfiz, walhal benda yg berlaku bukan di semua tahfiz. Jika anda tidak dapat nak menjaga Al Quran di dada anda, tolong jangan halang jalan orang lain untuk menjaga Al Quran di dada mereka!!..
Kalau kita berkarya, apa tujuan karya kita? Apa hasil drama kita? Nak tunjuk kebobrokan sesetengah tahfiz sahaja? Kemudian apa? Apa matlamat dan manfaat karya kita untuk umat dan negara?
Kalau semakin merosakkan, maka tak kisahlah pelakon tu tabligh khuruj 40 hari sebulan atau penerbit pergi haji tiap2 tahun pun. Tetap tiada faedah pada masyarakat...
Kita berkarya ni biar ada manfaat. Bukan manfaatnya sekadar harta dan kontroversi semata...
اللهم انصرنا على من عادانا....وحسبنا الله ونعم الوكيل

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej