Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 1, 2019

LOGIK YANG TAK SAMA, GADUH TAK KE SUDAH

LOGIK YANG TAK SAMA, GADUH TAK KE SUDAH

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kenapa orang PAS tak kisah diperli berkawan dengan UMNO? Saya rasa sebab depa dulu lawan UMNO bukan kerana nama dia UMNO.

2) Yang duk lawan UMNO kerana nama dia UMNO adalah PKR, DAP dan AMANAH. Dah tukar nama jadi PPBM, elok je pakat berkawan dalam PH.

3) Sebab itu juga saya rasa, orang-orang PH tak kisah diperli berkawan dengan Mahafiraun, bapak pelingkup negara, orang yang terlibat dengan skandal-skandal besar negara selama memerintah 22 tahun. Kerana dia bukan lagi UMNO. Dia PPBM.

4) Logik orang PAS dan logik orang PH berbeza. Tapi masing-masing pakat troll dan sindir dengan logik syok sendiri. PAS tak terasa pun disindir berkawan dengan UMNO. PH pun tak terasa ditroll berkawan dengan PPBM dan Tun Mahathir.

5) Orang PH perli PAS duk sanjung perasuah, penyamun, penyangak. Berpuluh tahun lawan UMNO, kini berkawan dengan UMNO.

7) PAS pun perli PH duk angkat bapak pelingkup negara jadi PM. Berpuluh tahun melawan Tun M, hari ini angkat Mahafiraun itu jadi PM balik.

8 ) Saya nak bagi idea kepada PH untuk kasi PAS sokong DS Anwar jadi PM. Lepas Tun M letak jawatan nanti, DAP boleh buat propaganda supaya Lim Kit Siang jadi PM8. Kemudian team PKR marah.

9) Bikin drama jadi panjang sikit seolah-olah Lim Kit Siang dapat sokongan majoriti. Buat kempen seolah-olah ada dua pilihan kritikal untuk PM8. InshaAllah, PAS akan ke depan menyatakan sokongan kepada DS Anwar atas nama mudarat yang lebih kechil. Logik PAS.

10) Tapi kalau dah dekat sangat dengan pilihanraya, saya rasa PAS akan biar Lim Kit Siang jadi PM8. Bwahahaha...

Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej