Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, May 25, 2016

Rentetan kisah wanita pertama yang menyumbang kepada kejatuhan suami mereka dan kerajaan yang didokongnya

Rentetan kisah wanita pertama yang menyumbang kepada kejatuhan suami mereka dan kerajaan yang didokongnya .

Presiden Tunisia, Zine el-Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat.  Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri keluar negeri.  Gaya hidup dia yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya Presiden trsbut.

Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.  Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, dia juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).  Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?

Dia sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli-belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. Setiap kritikan rakyat terhadap tingkahlakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.  Selepas kejatuhannya, dia menjadi bualan dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.

Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri dictator Rumania Nikolai Ceausescu. Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. Pada Jun 1973 dia muncul sebagai orang kedua terpenting dalam hairaki parti selepas suaminya, menjadi penasihat utama partinya dalam isu-isu antarabangsa.

Pada tahun 1980, dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu saminya menjadi Presiden Romania. Gandingan Nikolai dan Elena menjadi sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat. Senarionya sama dalam pemerintahan mana-mana diktator, di mana presiden dan kroni adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.

Revolusi rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai. Elena dan suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman mati. Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di sisi bangunan selepas ditembak. Dia semasa hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran suaminya.

Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi mana-mana diktator, dia muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negara. Majlis penabalannya sebagai Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar, angka yang cukup besar pada masa itu.

Dia seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai pekerja yang ramai untuk menjayakan apa-apa program yang selaras dengan kehendaknya. Kehidupan diraja mereka sangat mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik Savak.

Akhirnya Revolusi Iran berjaya mengusir Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.

Laila, Emelda, Elena, & Farah Diva adalah antara nama-nama besar di sisi suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.

Tuesday, May 24, 2016

Mohon baca dan fahami TULISAN di bawah ini. Kerana kebanyakan diantara kita memisah POLITIK dan DAKWAH

Mohon baca dan fahami TULISAN di bawah ini. Kerana kebanyakan diantara kita memisah POLITIK dan DAKWAH.

رسائل  :      273

بدعة الفصل بين الدعوي والسياسي  !!

تنتشر بين الإسلاميين وأفراد الحركات الإسلامية في هذه الأيام أفكار خاطئة ..وتعلو أصوات تدعو دعوات مردودة ..لا تتفق مع منهج الدعوة الإسلامية !!

من هذه الدعوات الخاطئة الدعوة إلى فصل الدعوي عن السياسي!!

يعتبرون الداعية داعية فقط .. ويمنعون عليه التكلم في الأمور السياسية..لأنه لا علم له بالسياسة ..ولافهم لمدخلاتها..وإن تكلم بالسياسة أنكر بعض إخوانه عليه ..وقالوا له : " إيش عرفك بالسياسة ! خليك للدعوة ! وميدانك المسجد! وكلامك بالتربية والتزكية والروحية فقط " !!

أن يدعو الرسميون إلى فصل السياسة عن الدين والدعوة أمر مفهوم ،لأنهم لا يحبون الدعوة ولا الدعاة ..أما أن يدعو إلى ذلك بعض أفراد الحركة الإسلامية فهذه مصيبة !!

هذه الدعوة الخاطئة دعوة إلى تفريغ الدعوة من معناها وعمومها ..وهي كالدعوة إلى فصل الدين عن الدولة عند الرسميين والعلمانية ! وهي : "علمانية دعوية " مردودة!!

الحركة الإسلامية تدعو إلى الإسلام بعمومه وشموله.. ومعلوم أن الإسلم منهاج حياة شامل ..ويتدخل في كل شيء في المجتمع..وعلى الداعية أن يتكلم في كل أمور الأمة ، من وجهة نظر الإسلام..

على الداعية الرباني أن يتكلم في التربية ..والتزكية ..والأخلاق .. والاقتصاد .. والاجتماع .. والسياسة ..والحكم .. والجهاد ..والإعلام ..وغير ذلك ...فهذه هي طبيعة الإسلام .. وهذا هو منهج الدعوة..فلا يجوزالفصل بين السياسي والدعوي عند الداعية الرباني !!....

(الدكتور عبد الفتاح الخالدي)

Syeikh Dr Salah Abdul Fattah Khalidi : Bid'ah memisahkan dakwah dengan politik.

Pada hari ini telah tersebar dikalangan islamis dan anggota-anggota gerakan Islam fikrah yang salah dan semakian kuat seruan yang mesti ditolak yang bersalahan dengan manhaj dakwah Islam.

Antara seruan yang salah ini ialah menyeru kepada pemisahan antara dakwah dan politik.
Mereka menganggap pendakwah itu hanyalah pendakwah semata-mata dan mereka menghalang pendakwah dari berkcakap hal-hal politik kerana dia dianggap tiada ilmu berkenaan politik dan tidak memahami selok beloknya dan jika dia bercakap juga berkenaan politik kawan-kawannya akan membantahnya dengan berkata : "Apa yang kamu tahu berkenaan politik, kamu berdakwah saja sudahlah, tempat kamu di masjid, kamu bercakap berkenaan tarbiyah, tazkiyah dan kerohanian sajalah".

Orang-orang kerajaan menyeru kepada pemisahan politik dengan agama dan dakwah adalah perkara yang boleh difahami kerana mereka memang tidak suka dengan dakwah dan pendakwah, akan tetapi jika ianya diseru oleh anggota gerakan Islam maka ianya merupakan musibah yang besar.

Seruan yang salah ini ialah seruan supaya mengosongkan dakwah dari maknanya dan keluasannya...ianya sama seperti seruan pihak-pihak kerajaan dan puak sekular supaya memisahlan agama dari pemerintahan negara. Ianya adalah "pensekularan dakwah" yang mesti ditolak.

Gerakan Islam mestilah menyeru kepada Islam secara menyeluruh...dan sudah diketahui Islam adalah sistem kehidupan yang menyeluruh..dan ia berkait dengan semua urusan masyarakat...dan pendakwah mestilah bercakap berkenaan semua urusan umat dari sudut pandangan Islam.

Pendakwah yang rabbani mestilah bercakap berkenaan tarbiyah, tazkiah, akhlak, ekonomi, sosial, politik, pemerintahan, jihad, media dan lain-lain.

Inilah hakikat sebenar Islam dan inilah sistem dakwah.Tidak boleh sekali-kali dipisahkan antara politik dan dakwah di sisi pendakwah yang rabbani.

Tiada parti di Malaysia yg paling konsisten dengan dasar Islamnya selain PAS - mokhtar senik

Tiada parti di Malaysia yg paling konsisten dengan dasar Islamnya selain PAS. Yg lain sekadar mengaku sahaja. Tapi nak letak Islam sebagai dasar parti pun takut. Asyik2 ketuanan Melayu. Asyik2 ketuanan Rakyat. Pas sejak dulu mempertahankan ketuanan Islam. Bila Islam sebagai payung semua org boleh berteduh dibawahnya. Melayu ke, cina ke, atau apa bangsa dan agama sekalipun. Berada dlm Pas, menerusi Islam  bermakna anda turut memperjuangkan apa yg diperjuangkan oleh umno, apa yg diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAN. Tapi jika berada dlm DAP atau UMNO anda tidak dapat perjuangkan apa yg diperjuangkan oleh Pas iaitu Islam. Ada nak komen?..sila kan tapi jgn sentap yea, sbb ni cerita perkara yg paling basic dlm memahami arah perjuangan Islam.

Membenci Kerana Tidak Faham

- Membenci Kerana Tidak Faham -

Semalam secara tidak sengaja , aku terserempak dengan seorang kawan yang memang tegar PAN ( Kuali hangit ) yang suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan nya mengenai politik semasa PAS-PAN . Dia memang penyokong Pas sebelum berubah angin kepada Parti PAN ( Kuali ).

Dalam perbualan yang dahulu , ternyata benci benar dia pada Tuan Guru Abdul Hadi Awang .

Kata beliau , " Haji Hadi tu bukan maksum , dia dah tua , dengan apa yang dia buat menunjukkan dia dah tak mampu nak jaga Parti , letak lah jawatan ! , tak larat bagi peluang orang lain ! "

" PAS bawah tok guru hadi awang ni dah jumud !!! BN dah nazak , pegi pecahkan PAKATAN RAKYAT ! PAS gila kuasa nak rebut kuasa gabung dengan UMNO , sambung nyawa UMNO ! Mana ada parti boleh menang lawan BN kalau gerak sendirian ?? "

" kita nak tawan putra jaya perlu kan undi cina , perlu gabung dengan DAP , tapi kerana pemikiran pimpinan baru ustaz2 muda ni lah yang rosak kan PAS , fikiran lebai otak jumud dan terkebelakang , orang2 ini lah yang rosak kan PAS , Tok Guru Hadi jadi pak turut penasihat2 ni "

Segala cercaan beliau selama ini tak pernah salah kan DAP dalam isu runtuhnya PAKATAN RAKYAT, yang salah hanya PAS . Hanya PAS punca segala nya , segala sakit hati dari runtuhnya PAKATAN RAKYAT dituju pada PAS .
PAS lah yang jumud .

- Namun segalanya kembali berubah -

Kali ini aku terserempak dengan sahabat aku ini kali ke dua , beliau menyapa aku dan tersenyum dan cepat-cepat panggil aku datang dekat .

Semacam ada sesuatu yang ingin dikatakan , selepas order air teh o , aku pasang telinga untuk dengar celoteh mamat ni .

Dia start membuka mulut , " Faisal , kali ini aku betul- betul hormat kat Tok Guru Hadi Awang , berdosa nya aku selama ni , aku maki dia teruk- teruk Sal padahal aku yang buta "

Aku agak terkejut , " Aik ?? Tiba2 je kau kata camni ? Kau sindir aku ke apa? Jawab aku .

Sambung nya lagi ,

" Begini Sal , selepas aku lihat apa yang dah berlaku hari ni , baru aku faham . Aku rakyat , bodoh2 aku pun , aku memerhati apa yang berlaku  Sal ..

Satu demi satu Allah tunjuk kan kat aku kebenaran yang Tok Guru Hadi Awang buat selama ni . Segala keputusan yang dah Tok Guru buat itu lah yang aku maki , aku hina dia macam2 .

Petunjuk pertama yang Allah tunjuk kat aku Sal ,  bermula dari PRN Sarawak baru2 ni kat situ lah aku nampak betapa goyah nya PAKATAN HARAPAN yang aku agung kan sangat selama ni ...

betapa bongkak nya DAP yang aku bela sangat selama ni .. aku muliakan DAP , aku maki dan hina kan Tok Guru Hadi Awang ...

Bayangkan Sal , masa PH bertanding PAS tak ada . Tapi betapa hancur nya pengurusan Pakatan Harapan yang berebut sesama sendiri buat aku kecewa , buat aku kenal siapa DAP .. sanggup rebut kerusi PKR .. sanggup ketepikan kawan sebab nak kuasa ..

Akhirnya semua tak dapat baiii !! Semua BN sapu !! Dulu PR goyah aku salah kan PAS , sekarang PAS tak de brooo ... jadi sape BERMASALAH ???  segala dalang selama ni semua timbul .. ! Yang bermasalah  keangkuhan DAP .. dengan PKR pun degil ????

Pasal isu nak turunkan NAJIB RAZAK , kau tau kan semua pemimpin pembangkang bising tak sabar2 nak turunkan Najib kan ?? Masa tu apa Tok Guru jawab ? Tok Guru kata kekalkan Najib , biar Najib selesaikan masalah . Time tu aku juga aku maki Tok guru dasar penjilat Najib kata aku .

Tupp2 keluar statement Anwar Ibrahim , pun setuju kekal kan Najib jadi PM .. Terpinga2 aku pemimpin idola aku jawab senada dngan Tok Guru Hadi . Kaji punya kaji baru aku paham Sal , sekarang nama Najib busuk .. kalau Najib turun sekarang , jawabnya PRU14  UMNO selamat !!

Baru aku cam , betapa jauh nya pandangan politik Tok Guru Hadi Awang ni .. ! Aku respect dia Sal !!!

Memang hanya bergabung je boleh kuat dan tawan Malaysia , tapi kalau bergabung dengan kawan yang degil dan sombong macam DAP , sanggup bertanding sama sendiri makin kuat ke makin lemah ??? Apa jadi kat Sarawak ? Rakyat makin tolak, 5 kubu kuat pun jatuh !

Dari tingkah laku terbaru DAP , baru aku terasa ... memang tepat sangat2 keputusan Majlis Syura Ulama Pas selama ni ...

Sekarang baru aku faham ,

Memang susah untuk tawan Malaysia jika sendirian ,

Tapi lebih susah tawan Malaysia tapi jatuhkan sesama sendiri !

PAS je jsangat berprinsip skang Sal !  Istiqomah lah !! , respect Tok Guru Hadi Awang  " 

Aku angguk khusyuk mendengar luahan panjang lebar mamat ni dengan nada bersemangat , tak dapat dia sorok mata nya yang berkaca .

Perhh dengan aku sekali jadi sebak , teringatkan TG Hadi Awang ..banyaknya cercaan dan fitnah terhadapnya , hanya kerana sudi memimpin kita semua . K bai :'/

Psstt :

DAP , PAN dan PKR semua dibelakang Tun Mahathir sekarang ??  PAS je tak mau ?? Tiba2 sampai surat dari penjara , ANWAR IBRAHIM pun tak setuju bhaii , pe cite ?? Buat orang Anwar masuk PAS aje laaaa abes cite !

Sudah beberapa kali PAS Pusat mesyuarat, payah betul nak dapat maklumat bocor

Sudah beberapa kali PAS Pusat mesyuarat, payah betul nak dapat maklumat bocor. Dulu, mesyuarat belum selesai, dah boleh dapat maklumat dalam blog. Bocor memanjang.

Awat la ni payah bocor? Sebab dulu roket banyak tajam, dalam juga dia duduk.

Sekarang ni roket sudah tumpul. Luar juga dia duduk. Tak boleh membocorkan lagi.

Kwang.kwang..kwang..

Masing masing tafser quran hadis ikut kepentingan

Saya pesan kepada diri saya, Hassan Basri Hashim dan Tapih Lului jauhi fitnah akhir zaman. Golongan agamawan antara penyumbangnya.

Ulama kumpulan A membaca quran dan hadith membela kumpulan A.

Ulama kumpulan B menghuraikan quran dan hadith menyokong kumpulan B.

Dan begitu juga ulama C, D, E, F...masing2 guna agama untuk kepentingan kumpulan.

Oleh itu, mengambil langkah selamat adalah menghuraikan hadith dan quran yang telah digariskan oleh ulama muktabar terdahulu.

Contoh nak menghuraikan hadith diatas rujuk syarah kepada hadith tersebut. Pandangan muhadtih (ahli hadith) terhadap hadith. Siapa yang sahih mungkin ada yg daifkan. Contoh jika kitab Sahih Bukhari boleh rujuk syarah lengkap hadith tersebut melalui Fathul Bari karangan Ibnu Hajar Asqalani.

Begitu juga dalam menghuraikan ayat at taubah 31, boleh rujuk huraikan ulama mufassirin seperti kitab Tafsir Al azhar karangan Hamka, tasfir Ibu Kathir dan sbgnya.

Percayalah setiap usaha (kajian, bacaan, bertanya) kita mencari KEBENARAN pasti dikurniakan PAHALA.

Ulama menghukum HARAM kita berpegang sesuatu secara IKUT-IKUTAN.

- Najmi Rajli

PRESIDEN PAS JAWAB ISU BABI DAP

PRESIDEN PAS JAWAB ISU BABI DAP

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

JASIN: Konsep pemerintahan yang akan dilaksanakan oleh PAS adalah mengikut Islam dengan memberi kesejahteraan dan menjamin hak kepada semua rakyat tanpa ada sebarang unsur paksaan mahupun penindasan, demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, ia sebagaimana model pernah dilaksanakan Rasulullah SAW di Madinah yakni berbeza dari pemerintahan agama lain yang menggunakan kuasa untuk bertindak atau menindas penganut ajaran selainnya seperti pernah berlaku dalam sejarah.

Jelasnya, pemerintahan Yahudi menindas dan membunuh penganut Kristian, manakala pemerintah Kristian bertindak ke atas penganut Yahudi dan sebagaimana juga pemimpin Musyrikin Quraisy yang berkuasa zalim kepada kalangan manusia lain.

Sedangkan Islam menurut beliau, mewajibkan umatnya berdakwah kepada manusia lain dan tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam sekiranya mereka enggan, sebaliknya mereka dinaungi di bawah pemerintahan Islam agar menerima prinsip dan konsep negara.

“Agama mereka, itu masing-masing. Malangnya takut pada Islam dan ditakut-takutkan. Yang terkini dijaja pula pasal kenyataan kononnya saya menghina orang Cina, jangan jadi gembala babi DAP. Apa makna? Kena faham, bila Islam memerintah, Islam tak halang orang Cina pelihara babi. DAP nak buat ladang babi untuk Cawangannya, silakan, tak halang.

“Tapi jangan sampai bawa penyakit pada orang lain. Jangan jadikan orang Melayu gembala babi, tak boleh dan ini kena faham. Ini maknanya yang mesti kita faham. Jangan jadikan ini isu untuk menajamkan hubungan antara satu sama lain. Tetapi sengaja nak diapi-apikan,” jelasnya ketika menyampaikan ceramah umum di Simpang Kemendor, di sini 21 Mei lalu.

Sambung Tuan Guru lagi, Allah SWT meletakkan acuan negara dengan kalimah “aqamussolah” menunjukkan pemimpin negara itu mereka mempunyai hubungan dengan Tuhan, mendirikan solah, tahu dosa pahala yakni bukan ketika solat sahaja, tetapi juga dalam berpolitik, berekonomi dan dalam semua urusan.

Tegasnya, PAS akan membawa pemerintahan yang mengikat manusia serta urusan dunia dan akhiratnya dengan Allah SWT tanpa terpisah antaranya kerana Islam adalah ‘ad-deen’ yakni cara hidup meliputi segala perkara.

“Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku, semata-mata untuk Allah. Jangan anggap solat hubungan kita dengan Tuhan, (tetapi) masa berpolitik memerintah negara boleh rasuah, masa meniaga menipu, dapat duit banyak pergi haji buat umrah (selesai masalah). Bukan begitu,” ujarnya membetul kefahaman.

Beliau juga menerangkan mengenai ayat Quran berkaitan zakat di dalam pemerintahan di mana ia merujuk kepada pelaksanaan konsep ekonomi dalam Islam antaranya mengambil lebihan pendapatan dari mereka yang mampu lalu diagih kepada golongan tidak berkemampuan.

Jelasnya, apabila pemerintahan Islam kian berkembang, barulah muncul cukai jizyah dan kharaj tetapi dilaksanakan dengan prinsip zakat, di mana berbeza sama sekali dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kini.

Tuan Guru turut mengungkap keruntuhan dan kegagalan idealogi pemerintahan lain di dunia serta berubahnya mereka kepada dasar dan sistem lain dalam berkerajaan termasuk oleh kuasa besar.

Malangnya, negara ini menganut idealogi dan sistem yang gagal itu peninggalan penjajah itu menyebabkan berlakunya pelbagai masalah dan gejala, kerana tidak mengikut petunjuk Allah iaitu melaksanakan pemerintahan Islam, sedangkan negara ini kaya dengan pelbagai hasil dan sumber tenaga manusia.

Sebaliknya kesali beliau, apabila PAS melaksanakan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu dengan membawa kepentingan Islam Melayu, telah dikepung dan disekat serta dirampas hasil, sedangkan kepada Sabah dan Sarawak tidak dibuat sedemikian.

“Kerana, (ikut) guru mereka Barat tidak benar Islam untuk dilaksanakan. Parti Islam menang di Algeria dibatalkan, di Mesir dibatalkan. Hasadnya mereka pada Islam. Termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat takut kalau Islam dilaksanakan. Ini merupakan sempadan yang tidak boleh kita tolak ansur.

“Kita ikhlas hendak tegakkan Islam. Kerjasama kita dengan semua pihak dalam perkara fleksibel, tidak sentuh akidah dan dasar perjuangan, kita tidak paksa orang lain ikut kita, tetapi beri kita peluang laksanakan pendekatan kita,” pohonnya.

Beliau mengimbas pelbagai usaha dilakukan PAS semasa memerintah Terengganu dan Kelantan untuk kebaikan negeri dan rakyat, namun dilakukan pelbagai tindakan bersifat halangan dan permusuhan.

Menurut Tuan Guru, walaupun PAS menerima konsep federalisma, tetapi selepas pilihan raya PAS tetap juga dijadikan sasaran berlawan, menyebabkan perlu rakyat melakukan perubahan melalui konsep demokrasi.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1073477799384165&id=100001658660557