Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, February 22, 2017

CUMA BEBERAPA BULAN TANGGUH, KINI RAKYAT MENDOKONG PINDAAN AKTA 355.

Kenapa mereka meroyan Tghh tangguhkan pembentangan ?
Kerana lagi lama tangguh makin ramai orang faham sokong !
Mereka takut rakyat sokong !

CUMA BEBERAPA BULAN TANGGUH, KINI RAKYAT MENDOKONG PINDAAN AKTA 355.

Masih lagi duk main isu tangguh...

Selalu tengok bola sepak?  Bola ada dikaki tapi pertahanan lawan dah berkumpul depan gol, mustahil boleh lepas,  kalau terus sepak juga ke pintu gol nanti satu stadium sorak boo, kata bangang.

Jadi berundur dan ambil sedikit masa, bagi kacau bilau pertahanan,  bagi sikit kelegaan biar ada ruang menyerang,  baru sumbat gol.

Dalam beberapa bulan penangguhan,  usul pindaan Akta 355 telah menjadi topik yg paling hangat diperkatakan,  sesi penerangan seluruh negara,  pandangan mufti mufti dari seluruh negara,  pandangan profesional dari persatuan2 peguam muslim dan yg terlibat dalam kehakiman syariah.

Rakyat yg asalnya memandang serong ruu355 kini majoriti sudah faham dan menyokong.

300 ribu orang berhimpun di Kuala Lumpur menyokong. Bukan di Kelantan atau Terengganu.

Sekitar 100 (seratus)  orang sahaja berkumpul menyatakan penentangan kepada RUU355 walaupun byk media maya pro PH memberi publisiti positif dan berulang ulang kpd gerakan anti syariah ini.

Parti komponen BN, MCA yg dulu lantang anti RUU355, kini mengambil pendirian RUU355 urusan orang Islam sahaja,  tak patut campur tangan. Begitu juga parti komponen BN dari Sarawak.

Tinggal DAP sahaja lagi melampau lampau menjadi 'ketua' dalam menentang RUU355. PKR dan PAN serta Tun Mahathir seperti dijangka tunduk kepada kemahuan DAP.

Sekalipun pemimpin PPBM, TS Muhyiddin Yassin,  Mukhriz terus cuba memujuk PAS.

Pemimpin muda dalam PPBM, Syed Sadiq,  yg panik dgn kegagalan memancing PAS bersama PH,  menyeru dalam sidang meja bulat PH agar pemimpin pemimpin PH segera buat kunjungan ke rumah DS TGHH,  Presiden PAS di Rusila. Rumah itu rumah kampung yg tiada tembok besi atau batu setinggi 10-20 kaki,  atau ada kawalan keselamatan. Sesiapapun boleh rapat ke tangga dan panggil,  beri salam.

Ini ditambah kenyataan 'pakar strategy' Rafizi Ramli disidang itu bahawa PH kurang beri tumpuan kepada orang melayu. 

Semua ini berlaku dalam tempoh beberapa bulan sahaja bila DS TGHH meminta tangguh perbahasan di Parlimen ekoran waktu yg sangat terhad yg mustahil dapat merubah mood ahli ahli parlimen ketika itu yg nampak jelas mahu menggagalkan RUU355.

Ada pihak yg mahu mematikan segera usul ini.  Bahas dan tekan speaker supaya undian segera.  Atas alasan banyak lagi 'perkara lain yg lebih penting', jangan buang masa Parlimen!  Seperti kata Nazri Aziz,  'orang bodoh sahaja bincang syariah/hudud'!!!.

Tujuan usul ini supaya diluluskan.  Bukan untuk buat gimik 'nah kami sudah bentang,  tapi mereka yg tolak.. '. Sekadar mempolitikkan.

Maka jika perlu diberi masa agar dapat diusahakan perubahan sikap dan pendirian,  maka ruang itu perlu diambil.

Sekarang ahli parlimen berhak mengundi menolak RUU355.

Tetapi rakyat yg menjadi pengundi kini memerhati dan fokus kepada peel perangai ahli ahli parlimen mereka.

Kita buat carta pemimpin pemimpin yang menentang usaha RUU355. Kita beritahu semua rakyat.

Mereka undi tolak syariah, Pilihanraya Umum PRU14 kita beramai ramai tolak mereka pula.

Penentang syariah haram dipilih menjadi pemimpin kita.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
22 Februari 2017

Tuesday, February 21, 2017

PAS SAMBUT BAIK HASRAT MCA MENGENAI AKTA 355

*KENYATAAN MEDIA PENERANGAN. 122*
22 Feb 2017 : 25 Jamadil Awwal 1438H

*PAS SAMBUT BAIK HASRAT MCA MENGENAI AKTA 355*

1. PAS menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.

2. Perbincangan mengenai  pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. *Salah faham itu lah akhirnya menimbulkan ketakutan dikalangan bukan Islam* justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.

3. Maka, ruang perbincangan dua hala adalah penting bagi merungkaikan segala salah faham tersebut. Saya memandang ia sebagai suatu cadangan yang positif dan bagi pihak PAS, *kami sentiasa terbuka malah mengalu-alukan mana-mana parti politik mahupun NGO untuk duduk berbincang mengenai pindaan Akta 355.*

4. Perlu ditegaskan bahawa Akta 355 itu sendiri hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja, justeru itu dakwaan bahawa ia menyebabkan perpecahan kaum atau ketegangan agama hanyalah suatu alasan bagi mencetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap usaha PAS serta melahirkan sikap penentangan terhadap Islam dan penganutnya seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

5. Sekiranya MCA memahami hak orang  Islam dan agamanya, saya percaya bahawa MCA akan lebih mudah memahami serta menghormati usaha yang PAS laksanakan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini. *PAS mengharapkan agar MCA tidak menjadi seperti DAP yang berterusan menzahirkan penentangan terhadap usaha memartabatkan Islam di Malaysia.*

6. PAS dengan pendekatan *'Budaya Politik  Matang dan Sejahtera'* (BPMS) akan sentiasa konsisten memberikan penerangan mengenai isu ini. Malah, PAS juga tidak pernah mengkesampingkan isu-isu nasional yang lain dan pendirian PAS dinyatakan dengan jelas melalui kenyataan dan ucapan para pemimpinnya.

7. Saya berharap agar segala persepsi negatif dan rasa takut terhadap PAS dan perjuangan Islam dibuang terutamanya oleh bukan Islam. Anda perlu lihat dengan teliti bahawa di sana terdapat ramai dikalangan bukan Islam yang menyokong PAS. Malah, mereka juga dengan jelas turut menyokong pindaan Akta 355. Justeru, ketakutan segelintir bukan Islam itu hanyalah ibarat takutkan bayang-bayang sendiri.

8. PAS turut menyambut baik keterbukaan MCA untuk berkerjasama dalam isu pendidikan dan ekonomi serta yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai di negara ini.

9. Sikap ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan peluang bagi menghasilkan inisiatif yang positif dan berdaya saing ke arah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.

Inilah Penyelesaian Kita.

Sekian.

*NASRUDIN BIN HASSAN*
(KETUA PENERANGAN PAS PUSAT)

Jika kaum kuffar & munafiq begitu tegar menyerang islam


PAN sila jiwa-i dan renung baik baik.

Ruu355 ada bincang potong tangan ke ?


Ruu355 ada bincang potong tangan ke ?

itu dulu, masa dap setuju dengan tahalluf siasi.


itu dulu, masa dap setuju dengan tahalluf siasi...
mcam contoh.....
masa mu sesat dalm hutan takda apa nak makan.... cuma ada babi saja... maka DIHARUSKAN makan, BUKAN HALAL MAKAN !
Mu kena faham molek !
bila dah keluar ke pekan hukum harus tuu dah tak boleh pakai !
Like · Reply · Just now
LikeShow more reactions
Comment

Akhirnya Anwar Ibrahim membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa tujuan Langkah Kajang...

Akhirnya Anwar Ibrahim membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa tujuan Langkah Kajang ialah bagi membolehkan dirinya menjadi MB Selangor.

Lu sudah kantoi Anwar Ibrahim  ... dulu mati-mati cakap tiada niat langsung walaupun rakyat sudah tahu hari pertama diumumkan Langkah Kajang.

Kebenaran lambat laun terungkai, terserlah dan terburai juga.

Harap para pentaksub Anwar Ibrahim kena terima hakikat ini betapa mereka selama ini sudah diperdayakan tujuan sebenar Langkah Kajang diadakan.

HIDUP HIDUP!!!   HIDUP ANWAR!!!   BEBAS BEBAS!!!   BEBAS ANWAR!!!

REFORMASI!!!    REFORMASI!!!    REFORMASI!!!

TENKIU

Anwar: Langkah Kajang macam penyingkiran Mukhriz

Hari ini, 5:15 petang Hari ini, 5:18 petang

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan “Langkah Kajang” pada 2014.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau menteri besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, keputusan dibuat bahawa seseorang pemimpin kanan patut menggantikan Khalid dan langkah itu termasuk menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lim Chin Cheh.

Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kamu sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?

Anwar: Ya, tidak berlaku.

Shafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?

Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lim), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.

Shafee: Kamu setuju dalam Langkah Kajang, Khalid buat kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?

Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.

Shafee juga bertanya sama ada Khalid tersinggung kerana merasakan dikhianati oleh partinya.,

“Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

“Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).

"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno,” katanya.

Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapa beliau Mahathir Mohamad melancarkan serangan keras dan bertubi-tubi terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Monday, February 20, 2017

RUU 355: IKTIBAR DARIPADA IBLIS

RUU 355: IKTIBAR DARIPADA IBLIS

Para ulama tafsir meriwayatkan makhluk yang bergelar Iblis pada asalnya sangat dihormati oleh para malaikat yang sangat taat kepada Allah, kerana iblis itu kuat beribadat, berada di dalam syurga, pernah melihat neraka dengan seksaannya dan diberi kelebihan berdialog di hadapan Allah.   

Para malaikat hanya melihat sifat zahirnya sahaja tanpa mengetahui sifat buruk yang tersirat di dalam hati iblis, iaitu perangai takabur yang merasa dirinya mengetahui segala-galanya dan dirinya melebihi daripada yang lain. Maka terserlah kebodohan iblis kerana mengangkat diri sendiri yang dimuatkan dalam bakul sendiri. 

Sifat buruk ini dizahirkan apabila Allah SWT yang mencipta makhluk manusia bermula dengan Adam A.S.  Allah SWT berfirman:

﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٣٠﴾ [البقرة: 30]

(Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi Khalifah di atas muka bumi”. Para malaikat berkata: “Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memujaMu (wahai Tuhan kami)”. Allah menjawab: “Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu”). (Surah al-Baqarah: 30)

Manusia yang dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain. 

Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-Din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman: 

﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا٧٠﴾ [الإسراء: 70]

(Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistemewaannya). (Surah al-Isra’: 70)

Allah SWT telah menamatkan syariatNya dengan diwahyukan Al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad S.A.W berkonsepkan penerimaan untuk beriman secara anjal (fleksibel) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:

﴿وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ هُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِعِبَادِهِۦ لَخَبِيرُۢ بَصِيرٞ٣١ ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]

(Dan ajaran yang telah kami wahyukan (Al Quran) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W) ialah yang benar, lagi membenarkan kitab lain yang sebelumnya yang ada dihadapanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui (berkenaan kamu) lagi Maha Melihat. Kemudian kami warisi kitab yang kami pilih kepada orang-orang yang kami pilih dikalangan hamba-hamba kami (mereka ialah umat Islam). Maka kalangan mereka ada orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri (kerana mengerjakan maksiat), ada kalangan yang sederhana (amalannya) dan ada yang sangat maju mengerjakan kebajikan dengan izin Allah. Demikian itulah kelebihan yang sangat besar fadilatnya). (Surah Fatir: 31-32)

Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan konsep beriman kepada kitab-kitab Allah secara umum sama ada golongan yang beramal atau tidak beramal dengan kitab-kitabNya atau golongan yang tenggelam di dalam maksiat, mereka semua telah dijanjikan oleh Allah akan mendapat kelebihan sehingga selepas kematiannya. Namun, mereka yang menolak ajaran kitab-kitab Allah secara ingkar tidak termasuk di dalam orang-orang yang mendapat kelebihan ini.  

Iblis yang ingkar kerana sifat takabur yang ada di dalam dirinya tidak mengikut perintah Allah supaya hanya sujud menghormati ciptaan Allah iaitu Adam A.S.  (makhluk manusia). Perintah yang lebih mudah daripada RUU 355.  Oleh kerana sifat takabur dalam diri iblis itu, dia merasa dirinya melebihi daripada semua orang lain, seolah-olah tahu semuanya sehingga mencabar ilmu Allah. Firman Allah:

﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ٣٤﴾ [البقرة: 34]

(Dan ingatlah apabila Tuhan Mu berkata kepada para malikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”. Lalu mereka semua sujud melainkan iblis. Dia enggan dan takabur, lalu dia termasuk dikalangan mereka yang ingkar). (Surah al-Baqarah: 34)

Allah menyebut pula dalam surah yang lain:

﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ١٢﴾ [الأعراف: 12]

(Allah bekata: “Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?”. Dia (iblis) berkata: “Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah “). (Surah al-A’araf: 12)

Iblis telah menggunakan kaedah Qias dan Maqasid Syariatnya sendiri menyebabkan pertimbangan yang salah kerana perbezaan unsur api dan tanah.  Adapun para malaikat yang mulia menunjukkan sifat tawaduknya di hadapan Allah:

﴿قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ٣٢﴾ [البقرة: 32]

(Mereka berkata: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Kami tidak ada ilmu melainkan sekadar yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahaja sebenarnya Tuhan kami Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Baqarah: 32)

Perbincangan sifat tawaduk dan takabur dibahaskan dalam lapangan ilmu akhlak yang dinamakan juga ilmu tasawuf. Dalam kitab,إيقاظ الهمم  disebut kata-kata Imam Malik R.A.:

من تصوف ولم يتفقه فقد تزندق. ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق.

(Sesiapa yang bertasawuf sahaja tanpa feqahnya, dia menjadi zandiq dan sesiapa yang berfeqah sahaja tanpa taswufnya dia menjadi fasiq).

Ilmu Islam itu mencakupi tiga bahagian mengikut soalan Malaikat Jibril kepada Rasulullah S.A.W. dihadapan para sahabat R.A. iaitu Islam (rukun syariat), Iman (rukun aqidah) dan Ihsan (rukun sifat mulia daripada hati) terhadap Allah, sifat yang menggerakkan hati dan yang memerintah kepada akhlak mulia kepada akal dan jasad.

Sesiapa yang memisahkan ketiga-tiga perkara ini atau mana-mana yang kecil sahaja sudah cukup akan menjadi pengikut syaitan.

Firman Allah SWT yang menegaskan tentang konsep beriman kepada ajaran Islam secara menyeluruh:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ٢٠٨﴾ [البقرة: 208]

(Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu). (Surah al-Baqarah: 208)

Konsep beriman kepada semua ajaran Islam dan bercita-cita menegakkannya wajib berada dalam diri setiap muslim. Walaupun kemampuan adalah ukuran pelaksanaan, namun tidak harus menafikan beriman kepada hukum Islam dalam perkara yang tidak menjadi kemampuannya dari segi pelaksanaan.

Contohnya seseorang yang tidak ada kemampuan untuk menunaikan haji menjadikan haji tidak diwajibkan ke atas dirinya pada masa ini, tetapi haram dia menegaskan hukum haji tidak wajib secara dasarnya.

Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya.

Inilah yang diamalkan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab R.A. yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang miskin yang mencuri kerana kedudukan ekonomi di zaman kemelesetan, namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.

RUU 355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya, walaupun ianya dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis. Para ulama Usul Fiqh menetapkan kaedah:

مالا يتم الواجب إلا به فهو واجب

(Apa-apa yang tidak disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib).

Sebagai contoh di zaman terkini yang menetapkan pasport haji dan visa, maka pasport dan visa menjadi syarat wajib yang berikutnya walaupun tidak disebut dalam nas kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Beginilah betapa syariat Allah dapat menjadi hidayah di sepanjang zaman dan semua tempat.

Sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang dipenjarakan oleh penjajah dahulu. Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.

Orang bukan Islam tidak boleh menentang, kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar. Manakala orang yang tahu tetapi menentang juga, bacalah firman Allah SWT:

﴿وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَالَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ١٧٧ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِيۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ١٧٨﴾ [الأعراف: 175-178]

(Bacalah kepada mereka (kumpulan ahli kitab) cerita orang yang kami kurniakan kepadanya ilmu berkenaan ayat-ayat kami, tiba-tiba dia melapahkan dirinya daripada kitab itu, lalu syaitan menggoda dibelakangnya (berlagak laksana pengikut), maka jadilah dia dikalangan orang-orang yang sesat. Kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan kedudukannya, tetapi dia mahu kekal di dunia ini, lalu dia mengikut hawa nafsunya. Maka bandingannya seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya sama ada engkau membawa sesuatu kepadanya atau tidak. Begitulah bandingan puak yang mendustakan ayat-ayat Kami. Bacalah kepada mereka cerita-cerita (yang menjadi pengajaran) supaya mereka berfikir. Alangkah buruknya contoh mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya nescaya dia mendapat petunjuk (ke jalan yang benar) dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat, maka mereka menjadi orang-orang yang rugi). (Surah al-A’araf: 175-178)

Di antara sifat yang tidak layak mendapat hidayah itu adalah takabur. Sifat inilah yang ada pada iblis yang sangat berilmu, mampu menyaksikan kebesaran Allah dan melihat syurga dan neraka. Sifat inilah yang meletakkan diri sendiri sangat bijak, seolah-olah orang lain semuanya bodoh.

Peristiwa memperjuangkan RUU 355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuan, para mahasisiwa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan. Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran. 

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

24 Jamadil Awal 1438H / 21 Februari 2017M