Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 2, 2017

Isu Rakyat Yang Disuarakan Oleh Ahli Parlimen PAS


Catatan Parlimen: Isu Rakyat Yang Disuarakan Oleh Ahli Parlimen PAS
1. Penyokong PH sering membuat tohmahan fitnah di alam maya ini kononnya Ahli Parlimen PAS hanya diam membisu di dalam Dewan Parlimen, hanya pandai berbicara bab agama dan tidak memperjuangkan isu rakyat.
Adakah benar tuduhan itu.?
2. Sebenarnya, mereka yang menuduh itu hanya pandai menipu orang lain ataupun tertipu dengan diri sendiri. Hal ini kerana mereka tidak pun hadir ke Dewan ini dan tidak juga menyaksikan siaran langsung sidang Dewan yang bermula daripada pagi sehingga ke petang, ada masa sampai ke malam.
3. Dewan bermula pada jam 10.00 pagi setiap hari. Tempoh masa 1 jam 30 minit diperuntukkan untuk sesi pertanyaan jawab lisan. Dalam tempoh itu, para Menteri akan menjawab soalan yang tersenarai dalam lingkungan no 1 hingga 10 teratas.
Ahli Parlimen yang soalannya tersenarai untuk dijawab secara lisan juga boleh mengemukakan soalan tambahan secara spontan.
4. Pelbagai soalan telah dihantar oleh Ahli Parlimen PAS untuk dijawab oleh pihak Kerajaan. Antara isu yang ditanya ialah bantuan kebajikan JKM, import makanan asasi, produk halal, suntikan vaksin, bantuan pertanian, infrastruktur awam, Felda dan banyak lagi. Isu 1 MDB juga ada ditanya oleh Ahli Parlimen PAS. 7 soalan berkenaan 1 MDB yang dikemukakan PAS telah ditolak oleh Dewan atas pelbagai helah dan alasan pihak Kerajaan.
Jadi, benarkah dakwaan PAS membisu hal 1 MDB.?
5. Selepas sesi soal jawab lisan, agenda Dewan ialah perbahasan Rang Undang-Undang (RUU). Para Ahli Parlimen PAS turut mengambil bahagian dalam perbahasan RUU yang pelbagai nama itu.
Contohnya;
a) YB Bukit Gantang bahas RUU Keganasan Rumah Tangga
b) YB Hulu Langat bahas RUU Agensi Pekerjaan Swasta
c) YB Pengkalan Chepa bahas RUU Akses Kepada Sumber Biologi & Perkongsian Faedah
d) YB Rantau Panjang bahas RUU Pengangkutan Awam Darat
e) YB Temerloh bahas RUU Kawalan Harga & Anti Pencatutan
Kesemua perbahasan mereka ini ada dirakam dan disiarkan melalui channel youtube TV PAS untuk tontonan umum.
6. Pada hari ini, giliran soalan ke 4 YB Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkenaan hakisan teruk yang berlaku di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus. Projek penambakan yang menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) dan tidak menggunakan pasir menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.
7. Dalam soalan no 8 pula, YB Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff bertanya kepada Menteri Pendidikan berkenaan jumlah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditutup di seluruh negara dan penyelesaiannya serta kesan jangka pendek dan jangka panjang. Beliau menzahirkan dukacita atas penutupan IPG lama Kampus Kota Bharu yang menyebabkan apakah nasib para pensyarah di situ.?
Walaupun Kerajaan menafikan ia ditutup dengan menggunakan istilah 'penukaran status' IPG kepada Kolej Vokasional dan Politeknik, tetapi pada hakikatnya fungsi asal IPG iaitu bagi melahirkan guru sudah tiada lagi.
8. Dalam perbahasan RUU Kawalan Harga & Anti Pencatutan pula, YB Kuala Nerus turut mengambil bahagian dalam perbahasan manakala YB Kota Bharu, YB Pengkalan Chepa dan YB Pasir Puteh turut membuat pencelahan.
Mereka membangkitkan berkenaan peri-pentingnya penguatkuasaan dan pemantuan terhadap perniagaan agar tidak menindas pengguna.
PAS tidak ada masalah untuk menyokong RUU ini bagi melindungi hak pengguna agar tidak tertipu dan terkeliru dengan harga yang dipamerkan pada produk.
9. RUU Kawalan Harga & Anti Pencatutan ini adalah berkenaan pelaksanaan dasar harga terangkum yang mana pengiklanan, pempameranan dan paparan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna untuk memperoleh sesuatu barangan atau perkhidmatan hendaklah merangkumi semua harga termasuk cukai duti atau caj kerajaan serta semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Hal ini bermakna para penjual perlulah meletakkan harga sebenar yang perlu dibayar oleh pembeli, bukannya hanya mempamer harga yang tidak termasuk cukai agar ianya kelihatannya rendah untuk memikat hati pembeli.
10. Semoga catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu menjernihkan kesamaran dan mencerahkan kegelapan penipuan oleh pihak yang bermusuh dengan PAS.
Mereka serang dengan fitnah, kita jawab dengan hujjah, moga akhirnya terserlah kebenaran yang sebenar.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
02 Ogos 2017

Tuesday, August 1, 2017

Honest boy

Honest boy ....
huhu ..... guilty or not guilty ....
guilty
-2:18
147 Views

ISLAM BUKAN POLITIK CATUR DAN JUAL UBAT


`ISLAM BUKAN POLITIK CATUR DAN JUAL UBAT
Politik dalam Bahasa Arab disebut ‘Siyasah’, ‘Khilafah’ atau ‘Imamah’ adalah menjadi sebahagian daripada tujuan manusia diciptakan oleh Allah, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah SWT:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ البقرة
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: 30)
Para ulama’ menafsirkan Khilafah itu bermaksud Siyasah (politik) atau Imamah (kepimpinan negara) yang berkait dengan urusan mentadbir negara dengan segala komponennya, memerintah dan mengurus dengan Islam.
Ayat ini ditafsirkan oleh sabda Rasulullah SAW:
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِىٌّ خَلَفَهُ نَبِىٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِىَّ بَعْدِى، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ
صحيح البخاري - مكنز (12/ 168، بترقيم الشاملة آليا)
“Bani Israel di zaman dahulu dipimpin siyasahnya (politik) oleh para Anbiya. Apabila wafatnya seseorang Nabi, Allah menggantikannya dengan nabi yang dilantik (Allah) selepasnya. Akan ada (kalangan kamu) para khalifah (pemimpin) yang ramai”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah suruhan Rasulullah kepada kami?”. Sabdanya: “Tunaikan baiah (janji setia) kamu kepada yang terawal kemudian yang berikutnya. Berilah hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah akan bertanyakan mereka (di Hari Kiamat nanti) berkenaan urusan mereka”.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. meletakkan pemimpin yang adil di tempat pertama daripada senarai mendapat fadilat pada Hari Kiamat dan senarai ahli Neraka terhadap pemimpin yang khianat dan menipu rakyat.
Al-Quran juga melaporkan semua para Rasul A.S. berdakwah menghadapi kerajaan yang menolak Islam di zaman masing-masing, bukan sahaja menyelamatkan aqidah rakyat. Ada kalangan Rasul A.S. yang sempat menegakkan negara dan memimpinnya seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S. termasuk Rasulullah S.A.W. walaupun ramai yang wafat dalam perjuangan tanpa menyaksikan kemenangan perjuangan mereka.
Adapun teori pemisahan politik daripada agama bukan daripada Islam. Teori pemisahan ini dibawa oleh penjajah yang menganut agama Kristian yang diselewengkan daripada Kitab Injil yang telah diubah daripada yang sebenarnya dibawa oleh Nabi Isa A.S.
Allah menegaskan betapa Nabi Isa A.S. berkait rapat dengan Kitab Allah yang diturunkan sebelumnya (Kitab Taurat) dan Rasul Akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W, ini dinyatakan dalam firman Allah SWT:
وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ إِنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٖ يَأۡتِي مِنۢ بَعۡدِي ٱسۡمُهُۥٓ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ قَالُواْ هَٰذَا سِحۡرٞ مُّبِينٞ ٦ الصف
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah (Rasul) kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad (Muhammad S.A.W).” Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!” (Surah As-Saff: 6)
Pada asalnya ilmu politik Islam dimasukkan dalam pengajian Feqah, namun di zaman mutaakhir dikaji secara khusus. Imam Al-Ghazali meletakkannya dalam Kitab Aqidah (الاقتصاد فى الاعتقاد), Bab Imamah (Kepimpinan negara).
Ramai kalangan ulama menulis secara berselerak dalam Kitab Tafsir, Hadis dan Feqah, namun ada yang menulis kitab secara khusus, di antaranya para ulama Mazhab Syafi’e seperti Al-Mawardi (wafat pada tahun 450H) mengarang kitab Al-Ahkam As-Sultaniyyah, Imam Al-Haramain Al-Juwaini (wafat pada tahun 476H) mengarang kitab Ghiyats Al-Umam dan para ulama daripada semua mazhab juga menulis kitab panduan politik pemerintahan di zaman dan negeri masing-masing, termasuk Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fatoni meletakkan perkara politik di dalam Kitab Munyatul Musalli dalam Bahasa Melayu Klasik yang terkenal.
Maka mereka yang terlibat dalam politik Islam mestilah mempelajari ilmunya, bukan laksana politik penjual ubat, sekadar mahu melariskan ubat atau sekadar mengumpulkan pelanggan seramai-ramainya berwawasan dunia untuk mendapat kuasa sementara waktu sahaja.
Politik Islam juga tidak boleh dimain catur untuk mencapai matlamat menghalalkan segala cara dan meletakkan Islam sekadar menjadi alat sahaja. Politik Islam bertunjangkan ubudiah kepada Allah, memikul amanah dengan melaksanakan syariat dan berwawasan akhirat, menyelamatkan seberapa ramai manusia dengan petunjuk Allah dan berpaksikan hidayah bukan jibayah.
Hidayah bermaksud meletakkan petunjuk Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan, beristiqamah dalam perkara dasar dan matlamat, di samping anjal dalam menangani masalah dan isu semasa yang sentiasa berubah. Jibayah bermaksud matlamatnya kebendaan dan dunia sahaja sehingga tidak beristiqamah dengan petunjuk Allah atau mempermainkannya demi mencapai matlamat itu.
Allah mewahyukan di dalam Al-Quran tentang cerita-cerita iktibar daripada para Rasul A.S. dan penentangnya serta dihuraikan pula dalam Peristiwa Isra’ dan Mikraj apabila ditemukan dengan para Rasul A.S.
Ada kalangan Rasul A.S yang ramai pengikutnya, ada yang bersama pengikut yang sedikit dan ada yang berseorangan tanpa pengikut. Maka Rasulullah S.A.W. menunjukkan ketegasannya kepada Abu Talib (bapa saudara kesayangannya yang sangat berbudi) apabila ditawarkan kerajaan dan harta secara percuma:
"يا عم والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على ان أترك هذا الأمر حتى يظهره الله أو أهلك فيه ما تركته ".) السيرة النبوية لابن هشام 2/ 101(
“Wahai bapa saudara yang dikasihi! Kalaulah mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam) atau aku mati kerana perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini”
Dalam masa yang sama, Rasulullah S.A.W. menunjukkan cara politik matang dan sejahtera terhadap kawan dan lawan. Beristiqamah menghadapi rebah dan bangun, pasang dan surut walaupun memakan masa untuk kejayaan yang dijanjikan oleh Allah, sehingga menguasai dunia yang luas selepas kewafatan baginda, bukan di masa hayatnya.
Maka generasi PAS kini yang melangsungkan perjuangan ini, jangan melupai generasi terdahulu yang pernah bergayut dengan hanya satu kerusi Parlimen pada tahun 1951 dan kembali satu pula pada tahun 1986 setelah banyak kerusinya dan memerintah negeri yang dijatuhkan pula, pernah bersama Kerajaan Pusat dan beberapa siri tahaluf dengan parti-parti lain.
Masih banyak pendekatan Politik Islam yang ditulis oleh para ulama’ di dalam kitab mereka dan masih banyak pendekatan yang tersirat di dalam mukjizat ilmu Al-Quran dan kebijaksanaan Sunnah Nabawiyyah. Namun kita mesti teguh dan beritiqamah bersama hidayah dan tidak jumud dengan pendekatan usang tanpa bijaksana dalam menangani perubahan.
Percayalah bahawa PAS tidak mati selagi bersama Islam. Bahkan parti serpihan yang cuba diwujudkan sama ada sudah ditimbus ke liang lahad atau ikan bernyawa yang kekeringan air. PAS bersama Islam yang tidak disembunyikan, tetap teguh dan tidak mungkin dicatur oleh pencatur politik dan dijaja oleh ahli politik penjual ubat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Zulkaedah 1438H / 2 Ogos 2017

Ini jamuan pakai duit rakyat, lepas itu rakyat cium tangan ucap 'terima kasih YB


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan parti itu bukan sahaja tidak mengamalkan rasuah malah tidak mengambil perkara yang 'halal' mengikut undang-undang.
Menjelaskan perkara itu, Tuan Ibrahim berkata sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga disambung oleh Datuk Ahmad Yakob, mereka tidak pernah mengambil sebarang elaun seperti tuntutan elaun perumahan dan jamuan hari raya.
"Jamuan hari raya ini, Menteri Besar boleh ambil peruntukan negeri buat jamuan hari raya. Nik Aziz bagitahu saya kalau kita nak jamu rakyat, kita ambil duit rakyat, itu tak betul. Nak jamu, jamu duit kita lah.
"Ini jamuan pakai duit rakyat, lepas itu rakyat cium tangan ucap 'terima kasih YB', padahal itu duit dia (rakyat) ," kata Tuan Ibrahim disambut gelak tawa hadirin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sembang Santai di Dataran Ilmu, Perak pada Ahad lalu.


Antara Asas Alasan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan anak tak sah taraf dibintikan kpd bapa biologi walaupun lahir kurang 6 bulan qamariah

Antara Asas Alasan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan anak tak sah taraf dibintikan kpd bapa biologi walaupun lahir kurang 6 bulan qamariah -
"Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.
Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah.
Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.
Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga.
Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan."
Drp hadith ini :
1. Tiada huraian jelas samada anak yg menjadi pertikaian/tuntutan lahir sebelum atau selepas 6 bulan qamariah drp tarikh nikah Zam'ah dgn ibu anak tersebut.
2. Lelaki yg mendakwa anak itu anaknya adalah lelaki yg lain/berbeza drp lelaki yg menikahi ibu anak itu.
3. Nabi saw memutuskan anak tersebut adalah anak kpd Zam'ah iaitu lelaki yg mengahwini/menyetubuhi.
Cuma apa yang saya nak tela kan, justifikasi PENTING drp hadith ini bahawa kes dibawa ke hadapan Qadhi. Rasulullah saw adalah Qadhi pada masa itu & baginda yg memutuskan.
Maksudnya anak Tak sah taraf hanya boleh dinasabkan jika diputuskan Oleh Qadhi berdasarkan ktrgn pihak2, pengakuan si bapa & qarinah rupa anak.
Bukan simply pegi JPN & ngaku itu anak dia pastu srh JPN masukkan binti dia. Wajib ada perintah dr Qadhi/Hakim mahkamah syariah.
Pandangan peribadi saya.
MUSA AWANG
Presiden PGSM

Hebatkan kerjasama antara kumpulan liberal, sekular dan wahabi dari bermulanya zina hingga terlahirnya anak luar nikah


Selepas kumpulan G25 menggesa supaya hukuman khalwat di mansuhkan, tampil Dr Mujahid (tmbln presiden Pan) keluarkan kenyataan supaya penguatkuasa agama tidak menceroboh ruang peribadi (merujuk kpd isu khalwat).
. Setelah itu Dr Mariah (ketua wanita Pan) mahu pasangan bersekedudukan di berikan hak perlindungan dan di sokong oleh Hanipa Maidin (ajk Pan) yg berpendapat pandangan agama perlu di ketepikan dlm isu beri hak perlindungan kpd pasangan yg bersekedudukan..
Apabila terlahirnya anak luar nikah di sebabkan khalwat dan bersekedudukan, hakim Mahkamah Rayuan pula putuskan supaya anak luar nikah boleh di bin kan dgn nama bapa sepertimana yg di putuskan Fatwa negeri Perlis, bukan bin Abdullah seperti yg di tetapkan Muzakarah Fatwa Kebangsaan..
Hebatkan kerjasama antara kumpulan liberal, sekular dan wahabi dari bermulanya zina hingga terlahirnya anak luar nikah..

PAN SETAN!! PAN LAKNATULLAH!!!

LikeShow more reactions
Reply
1
Yesterday at 9:13amEdited
Manage
Dahlea Al-Saadi PAN SETAN!! PAN LAKNATULLAH!!!

Betul sangkaan kita selama ni yang Pan sanggup GADAI AGAMA JUAL BANGSA hanya untuk menjayakan misi Munafiq mereka menjadi ejen menghancurkan gerakan Islam rantau Timur terutama di Malaysia.

Kita mula terpanggil untuk bertanya dari mana DAP ambil duit untuk taja Puak G18 PAN rampas kuasa dalam Pas. Dakwaan Razali yang DAP dapat sumber yahudi 1.2Bilion amat memeranjatkan.
Modus operandi pertama adalah mencipta persepsi MEMBUNUH KAREKTER TGHA pada mata ahli Pas melalui kalimat UG. Ulama Pas difitnah seperti biasa perangai kafir pada gerakan Islam yakni SEKS. RIZIEQ FPI INDONESIA yang jatuhkan AHOK juga sekarang hadapi isu seks.
RPK dakwa Husam terima duit dari tokey judi John Soh. Husam diam hingga kini. Juga didakwa menerima duit John Soh ialah Rafizi, Shaifuddin, DSAI, AZIZAH & NURUL IZZAH.

Terbaharu bukan lagi sembunyi tapi terang terang terima dana dari gerakan kristian dari Koon Yew Yin. SEORANG PADERI YANG DERMAWAN. Mana dia korek duit pun kita musykil.
Patutpun Pan Mujahit dan Salahudin bermatian pertahan buku Rahib Kristian Evangelis Becoming Hannah. Ada udang di sebalik batu rupanya.
Teringat juga kita DAKWAAN PEMIMPIN PAS TERIMA 90 JUTA dari SRC tahun 2011 sedangkan PERJAWATAN TERTINGGI DALAM PAS WAKTU ITU dipegang sebahagian besar pemimpin Pan sekarang. Apalagi perjawatan Pan kini TAK PERNAH RESPON PADA ISU 90 JUTA DAN SENYAP TUPAH. Kamukah yang terima tanpa pengetahuan Presiden TGHA? Bila TGHA tahu lalu TGHA kuar perkataan BARUA.
Sekarang PAN PUSAT dan PAN KELANTAN perlu jawab isu dana kristian dari Paderi koon yew yin kepada Pan Kelantan atas dakwaan AKAN DIGUNA UNTUK JATUHKAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN yang diperintah Pas.
Lahanat sungguh kamu. Udahlah kamu hina Allah swt dengan langgar janji bersaksikan Allah swt. Kamu hina Allah swt setaraf SEBUNGKUS NASIK BRIANI. Kamu hina apa yang dibuat oleh ATGNA untuk jaga Pas dari dikhianati Wakil Rakyatnya melalui Baiah. APAKAH ATGNA dah tahu siapa kamu lalu ikat dengan baiah? Tu pun puak munafiq ni senang2 langgar.

Duhai Melayu Islam yang cintakan agama Suci dari Allah swt!!!
Duhai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian!!!
Tak terdetik kah di hati kamu untuk menilai siapa PAN? Tak nampak kah oleh kamu ARUS KEJAHATAN yang melanda parti politik Malaysia bawaan pakatun haramjaddah?
Jika aku ahli Pan dan penyokong pakatan harapan haramjaddah tu, AKU KOYAK BORANG KEAHLIAN PAN SEKARANG JUGA. TAK SANGGUP AKU SEKONGKOL DENGAN PUAK MUNAFIQ YANG NAK HANCURKAN AGAMA DAN BANGSA SENDIRI.
AR RAHMAN!!! AL LAMAL QURAN!!! KHALAQAL INSAN!!! AL LAMA UL BAYAN!!!
NIKMAT ALLAH SWT BAGAIMANAKAH LAGI YANG KAMU INGIN DUSTAKAN?