Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, August 1, 2017

Ini jamuan pakai duit rakyat, lepas itu rakyat cium tangan ucap 'terima kasih YB


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan parti itu bukan sahaja tidak mengamalkan rasuah malah tidak mengambil perkara yang 'halal' mengikut undang-undang.
Menjelaskan perkara itu, Tuan Ibrahim berkata sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga disambung oleh Datuk Ahmad Yakob, mereka tidak pernah mengambil sebarang elaun seperti tuntutan elaun perumahan dan jamuan hari raya.
"Jamuan hari raya ini, Menteri Besar boleh ambil peruntukan negeri buat jamuan hari raya. Nik Aziz bagitahu saya kalau kita nak jamu rakyat, kita ambil duit rakyat, itu tak betul. Nak jamu, jamu duit kita lah.
"Ini jamuan pakai duit rakyat, lepas itu rakyat cium tangan ucap 'terima kasih YB', padahal itu duit dia (rakyat) ," kata Tuan Ibrahim disambut gelak tawa hadirin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sembang Santai di Dataran Ilmu, Perak pada Ahad lalu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej