Ketika sesi soal jawab semasa program Syarahan Khas bersama Tun Ahmad Fairuz iaitu Bekas Ketua Hakim Negara yg diadakan pada bulan Mac 2017 yg lalu....Naib Yang Dipertua 2 PERKIM iaitu Dato Dr Hj Mustafa Ma telah membangkitkan kebimbangan mengenai pindaan Akta 164 yang menyentuh hak-hak seorang muslim berstatus muallaf....
antara lain beliau menyebutkan bahawa sejak 2 tahun kebelakangan ini, isu pindaan Akta 164 telah menjadi perhatian khusus sebahagian warga PERKIM kerana ia bakal menghilangkan hak mereka utk dibicarakan di bawah undang-undang Syariah....
Inilah isu utama mengenai pindaan Akta 164 tersebut sebagaimana yg aku bahasakan sebagai menggadai hak Mahkamah Syariah kepada undang-undang sivil...jika sekadar keputusan membubarkan sebuah perkahwinan yg asalnya dijalankan di bawah undang-undang sivil, ia tidak perlu sampai kepada meminda suatu yg berkait dgn hak seorang muallaf tersebut utk tertakluk di bawah undang-undang sivil kerana undang-undang syariah lebih mempertahankan hak seorang muslim (muallaf) tersebut....
Dengan kata lain, selepas ini apa2 keputusan mahkamah syariah berkait dgn apa yg menjadi pertikaian tersebut sudah tidak lagi valid utk dipatuhi, malah undang-undang sivil berhak utk menentukan.... soalnya apakah undang-undang sivil sedia ada dapat memenuhi hak seorang muslim???...
Dalam syarahan tersebut, Tun Ahmad Fairuz telah menyatakan bahawa "Disebabkan Islam ialah agama persekutuan, sudah tentu prinsip asas undang-undang ini perlu berasaskan bukan sahaja kepada English Common Law, tetapi (juga) undang-undang syariah. Saya mahu menekankan aspek kehakiman dalam takrif Islam di mana al-Quran dan Sunnah adalah sumber utama undang-undang Islam. Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan undang-undang bertentangan Perlembagaan Persekutuan tidak sah, dari segi peruntukan bercanggah. Dengan itu, undang-undang bertentangan al-Quran dan Sunnah juga menjadi tidak sah" - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
Justeru, pindaan Akta 164 yg menafikan peranan syariah dalam menentukan hak dan menjaga kepentingan sorang muslim dalam hal ini adalah tidak memenuhi semangat Perlembagaan yg meletakkan Islam sebagai agama persekutuan....sebagaimana disebutkan oleh Tun Ahmad Fairuz juga bahawa nilai-nilai yang diamalkan di Barat tidak sesuai diaplikasi di Malaysia secara membuta tuli tanpa mengambil kira sentimen tempatan....
Seterusnya pindaan Akta 164 ini tidak melalui Majlis Raja-raja, tidak juga terlebih dahulu mendapat pandangan para Mufti, Majlis Fatwa dan badan2 berkaitan spt PERKIM dll. .. Lulus Akta 164, tetapi tidak selesai masalah sebenar.
PAS menegaskan walaupun Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) diluluskan, namun ia tidak akan menyelesaikan masalah sebenar.
Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, RUU 164 ini tidak sepatutnya dibahaskan dan diluluskan kerana banyak percanggahan yang ditimbulkan.
Antaranya, menurut beliau RUU ini sepatutnya dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri kerana Jabatan Pendaftaran dibawah mereka sebaliknya ianya dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sedangkan di dalam pindaan Akta 164 ini, katanya, seksyen 51 menegaskan pembubaran perkahwinan bukan Islam di mana salah seorangnya masuk Islam mesti dibuat di Mahkamah Sivil.
Dalam pada itu, PAS turut menyifatkan Akta 164 juga bercanggah dengan Perkara 121 (1)a yang menyatakan bidang kuasa perkara yang berkaitan dengan perkahwinan orang Islam iaitu penceraian harus diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
"Apabila masuk Islam orang itu adalah muslim tetapi dengan pindaan ini seolah-olah memaksa orang Islam pergi ke mahkamah sivil untuk membubarkan perkahwinan mereka.
"Bercanggah dengan dengan jadual ke-9 di dalam item 1 yang mana penentuan perkara hukum, doktrin, syarak dan adat melayu dalam bidang kuasa negeri bercanggah dengan enakmen negeri-negeri. Iaitu ketua-ketua agama negeri, jadi pindaan ini tidak dirujuk kepada Ketua Agama Negeri," jelasnya.
PAS juga beranggapan Akta ini bercanggah dengan perkara 11 (1) berkaitan dengan kebebasan beragama iaitu orang bukan Islam masuk Islam tetapi dia dipaksa ke mahkamah sivil untuk selesaikan masalah agama sendiri sepatutnya melalui Mahkamah Syariah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej