Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 5, 2020

Coronavirus dan Keruntuhan Tatacara Dunia

Coronavirus dan Keruntuhan Tatacara Dunia

Setelah tamatnya Perang Dunia Pertama, muncul sebuah tatacara dunia baru yang berbahaya, tatkala negara-negara yang menang dalam perang ini mengambil pelbagai langkah untuk memastikan dunia di bawah kekuasaan mereka. Imperialisme dan kolonialisme menunjukkan wajah hodohnya, yang melebarkan lagi pengaruh negara Britain dan Perancis serta beberapa buah negara Eropah lain, terhadap negara-negara yang berada di benua Afrika dan juga Asia. Mereka mengawal koloni-koloni tersebut dengan kekerasan dan merampas segala kekayaan milik negara yang mereka jajah, mengubah dan menghancurkan segala budaya, nilai, pegangan dan prinsip-prinsip dalam masyarakat yang mereka kuasai.

Pengaruh Kesatuan Soviet pula yang diperluaskan ke negara-negara Asia Tengah seperti Azerbaijan, Armenia, Georgia dan negara-negara Baltik telah membawa bencana yang besar melalui sistem sosialis komunis yang dipaksakan ke atas negara-negara tersebut. Kesatuan Soviet juga memaksa masyarakat di bawah jajahan mereka dengan mempelajari bahasa, kepercayaan dan nilai-nilai yang mereka anuti, dan menjadikan mereka sebahagian daripada sistem komunis yang rosak ini.

Demi menghalang kemunculan dari mana-mana sistem pemerintahan kuat yang mampu menghapuskan kejahatan kolonialisme Britain dan Perancis serta dominasi Soviet Rusia, negara-negara berpengaruh dalam tatacara dunia ini mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan sebarang usaha atau jejak dalam mengembalikan sistem Khilafah Islamiyyah, iaitu satu-satunya sistem yang menawarkan kepada dunia sebuah lagi model alternatif pemerintahan, ekonomi, politik, nilai-nilai, keadilan, dan perlindungan yang lebih baik kepada rakyatnya, sebagaimana yang telah disaksikan dunia sebelum ini.

Para kolonialis dengan sengaja telah memisahkan dan memecah-belahkan dunia Islam menjadi negara-negara kecil. Mereka melantik agen-agen yang telah dipilih khusus, yang bersungguh-sungguh menjaga kepentingan negara-negara kolonialis. Agen-agen ini bekerja sepenuh tenaga mereka untuk memerangi Islam dari sudut politik dengan menindas dan menghalang sepenuhnya sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan Khilafah Islamiyyah. Selain itu, Britain, Perancis, Rusia dan sekutu mereka menubuhkan sebuah negeri Yahudi di Palestin untuk menjadi titik tumpuan dalam mengalihkan perhatian umat Islam daripada menubuhkan Khilafah Islamiyyah, yang memikul tanggungjawab menghapuskan tatacara dunia yang tidak adil ini.

Tercetusnya Perang Dunia Kedua tidak mengubah tatacara dunia secara drastik, akan tetapi telah menjadikan Amerika sebagai pengganti Eropah dalam penguasaan dunia, kolonisasi dan penjarahan kekayaan dunia pada ketika ini. Sementara itu, Soviet Union (Rusia) pula telah meluaskan pengaruhnya di Eropah Timur.

Kegusaran sistem antarabangsa moden ini tetap terfokus kepada usaha menyekat kemunculan mana-mana negara yang ingin bersaing, mencabar, atau campur tangan dalam menentukan nasib tatacara dunia, atau menyaingi dominasi Amerika dan Soviet Union. Dalam masa yang sama, Amerika dan Rusia telah mencapai sebuah persefahaman untuk bekerjasama dalam menghalang kebangkitan kuasa-kuasa lain seperti Britain dan China. Namun apa yang paling mustahak sekali bagi mereka ialah menghalang kebangkitan kekuasaan Islam, sebuah kuasa yang membawa prinsip, peraturan dan nilai-nilai yang bertentangan dengan kapitalis dan juga sosialis.

Sejak tahun 1991 (setelah keruntuhan Kesatuan Soviet), sistem kapitalis yang berada di bawah kekuasaan Amerika telah mengambil alih tatacara dunia dan memperketatkan lagi cengkamannya dengan kuku besi. Peta politik dunia telah dirombak dengan kemunculan beberapa negara baru di Eropah Timur, iaitu bekas Soviet Union dan juga di Afrika. Namun yang masih menjadi ancaman utama kepada tatacara dunia ialah kebangkitan sebuah negara yang mempunyai prinsip, tatacara, dan nilai-nilai yang bercanggah sepenuhnya dengan sistem kapitalis global. Satu-satunya ancaman kepada mereka adalah yang datang daripada Daulah Khilafah Islamiyyah.

Apabila masyarakat di negara-negara Arab memberontak serta bangkit setelah krisis kewangan yang membawa bencana terhadap dunia kapitalis pada tahun 2008-2010, dan muncul dengan jelas tanda-tanda aspirasi umat di dunia Islam ke arah mengembalikan sistem pemerintahan Islam untuk menghapuskan ketidakadilan yang bersandarkan kepada nilai material dan sistem kapitalis itu, lalu tatacara dunia yang dikuasai Amerika telah bertindak memperkuatkan lagi cengkaman ke atas dunia Islam.

Amerika dan sekutunya bekerja keras untuk menggagalkan revolusi Islam dengan mengalihkan perhatian dunia dan menfitnah imej Islam dengan pelbagai cara supaya umat tidak berharap akan kembalinya sistem Islam. Amerika bertindak balas terhadap revolusi Arab dengan penuh dendam sehingga membawa kepada pembunuhan dan perpindahan penduduk secara terpaksa di Syria, Libya dan Yaman, di samping keganasan dan penindasan di Mesir dan Saudi Arabia.

Namun, perlu diperhatikan bahawa revolusi Arab mula tercetus tatkala tatacara dunia sedang berada dalam keadaan lemah semasa fasa interim susulan daripada krisis kewangan yang melanda dunia antara tahun 2008 – 2010 yang mencetuskan kegoncangan ke atasnya. Setelah krisis kewangan sedikit pulih, Amerika dan sekutunya kembali menindas dan membalas dendam terhadap mereka yang memberontak, dan mereka (Amerika dan sekutunya) berusaha menghalang revolusi tersebut. Mereka menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan kekuatan persenjataan dan mengerahkan ejen-ejen yang kejam.

Sistem global Amerika yang tidak adil ini telah memberikan isyarat kepada dunia, bahawa selagi sistem ini mempunyai kekuatan dan daya tenaga, ia tidak akan membenarkan mana-mana negara, sistem atau orang untuk tampil menjadi pesaing, penentang, atau mempunyai lebih pengaruh. Mata, telinga dan agen-agennya dikerahkan agar sentiasa mengawasi dunia Islam yang mempunyai benih yang ampuh untuk perubahan, dan juga idea yang kuat serta hidup. Waktunya juga telah tiba untuk perubahan tersebut menjadi realiti, sebagaimana yang disebut para pemikir dan juga ahli politik.

Hari ini, dengan tersebarnya wabak virus Corona di seluruh penjuru dunia sebagai pandemik, tidak kira bagaimanapun ia bermula, dan bagaimana dunia sedang dieksploitasi kerana isu ini, ia telah menjadi salah satu faktor yang akan mempercepatkan lagi keruntuhan sistem ekonomi (kapitalis) global. Sesungguhnya sistem ini secara tabie mempunyai krisis dalaman ekoran kewujudan wang maya yang jumlahnya berkali ganda banyak berbanding wang yang sebenar. Tambahan pula, pertumbuhan ekonomi dalam sistem ini adalah bersandarkan kepada pertumbuhan kewangan yang tidak dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi yang sebenar.

Manakala (dengan adanya) hutang-hutang yang ditanggung oleh negara, individu dan institusi, maka dengan satu sahaja krisis yang kuat seperti pandemik Coronavirus ini, sudah cukup untuk membawa kepada siri kejatuhan bertimpa-timpa, yang disusuli pula dengan disintegrasi (perpecahan) tatacara dunia.

Dalam masa yang terdekat ini, banyak syarikat dan institusi kewangan yang akan gagal memenuhi permintaan dan membayar hutang-hutang mereka kepada bank yang disuburkan dengan amalan pembayaran ansuran ribawi.

Syarikat penerbangan, perkapalan, perhotelan, restoran, industri berasaskan minyak, industri kenderaan, dan pelbagai industri lain akan hilang kemampuan untuk membayar faedah hutang mereka, yang juga akan mengakibatkan keruntuhan sektor perbankan. Kadar pengangguran yang semakin ramai akan mengurangkan kutipan cukai secara mendadak, dan dengan ini kerajaan tidak akan dapat membayar hutang mereka.

Oleh itu, krisis Coronavirus akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang tersembunyi dalam sistem ekonomi kewangan yang bersandarkan kepada pembohongan, penipuan dan ilusi semata-mata. Seterusnya, ikatan yang selama ini mengukuhkan tatacara dunia, yang diterajui oleh Amerika, tidak akan lagi dapat mengekalkan keutuhan sistem, yang akan menuju kepada disintegrasi ekoran kelemahannya, seterusnya disusuli keruntuhan yang menjurus kepada ketidakupayaannya untuk melanjutkan dominasi, cengkaman dan kolonialisme.

Maka peluang untuk menegakkan Khilafah menjadi sangat tinggi dalam suasana hari ini, dengan bermulanya keruntuhan sistem global yang dikuasai oleh Amerika yang mengawalnya dengan pelbagai bentuk ancaman, ugutan dan tekanan, yang disertai dengan keruntuhan dominasi tunggal sistem kapitalisme di persada antarabangsa.

Sungguhpun demikian, kejatuhan tatacara dunia itu sukar untuk dijangka selagi Amerika dan sekutunya melakukan pelbagai bentuk tindakan terdesak untuk menunda dan menghalang keruntuhan sistem kewangan dengan segala pendekatan dan cara yang palsu.

Namun krisis semasa ini berkemungkinan besar akan menghapuskan kekuatan dan sumber Amerika dan sekutunya, serta menghalang mereka daripada mendukung ekonomi berasaskan wang maya yang penuh dengan penipuan. Keruntuhan dalam keadaan sedemikian sudah tidak dapat lagi dielakkan.

Keruntuhan ini akan menjadi lebih cepat lagi dengan berlatarbelakangkan krisis global Coronavirus, tidak kira siapa pun yang berada di belakangnya, bagaimana ia terhasil, dan bagaimana ia menyebar. Perkara yang paling penting sekali ialah keadaan global pada hari ini terdedah kepada angin perubahan, dan perkara ini mirip seperti keruntuhan yang berlaku pada tahun 2008 selepas Taufan Katrina dan peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Inilah perkara yang telah kami perkatakan berulang kali, bahawa kini adalah masa dan waktu yang sesuai untuk mengembalikan tatacara pemerintahan Khilafah yang mandiri dalam menguruskan dan mengekalkan kesejahteraan.

Perkara ini tertanggung di bahu sesiapa sahaja yang ingin melakukan perubahan, dengan kaedah (thariqah) dan alat (uslub & wasilah) perubahan yang benar untuk merealisasikan janji Allah (swt) menuju kemenangan dan kesejahteraan. Saya memohon kepada Allah (swt) agar perkara-perkara tersebut dipenuhi sehingga melayakkan kita untuk melaksanakan janji-Nya.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [An-Nur (24):55].

Artikel diterjemah dan diolah daripada tulisan asal berjudul “Corona and Collapse Wold Order” oleh Dr. Mohammad Malkawy.

(https://www.facebook.com/mohammad.malkawy/posts/2968672146587731)

Diterjemah oleh: Sdr. Alhan

Saturday, April 4, 2020

GERAKAN ISLAH SECARA AMANBUKAN RAMPASAN KUASA DAN REVOLUSI

*Surat TGHH kepada Pemimpin Gerakan Islam*

GERAKAN ISLAH SECARA AMAN, BUKAN RAMPASAN KUASA DAN REVOLUSI

Terjemahan: Friends of HARAPAN Jordan

Segala puji bagi Allah yang segala kekuasaan berada di tangan-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam keatas junjungan besar, pemimpin dan contoh ikutan terbaik kita, Nabi Muhammad s.a.w, yang membawa rahmat dan sinaran cahaya, serta keatas ahli keluarga, para sahabat Baginda, dan sesiapa yang mendapat petunjuknya sehingga hari kiamat.

Malaysia telah terkesan dengan perancangan yang ditinggalkan oleh penjajah British dari sudut isu-isu pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial, yang telah diamalkan oleh pihak kerajaan dan para pemimpinnya secara terus-menerus, disamping berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Meskipun masyarakat beragama Islam adalah golongan majoriti, tetapi keadaan semasa mereka semakin merosot, dalam urusan pembentukan kemasyarakatan dan perancangan kependudukan, disebabkan oleh kesempitan keadaan semasa masyarakat beragama Islam dalam berhadapan dengan masyarakat bukan bumiputra yang bukan beragama Islam.

Pihak penjajah telah menetapkan syarat-syarat kemerdekaan, antaranya mesti menerima kewarganegaraan bagi bangsa bukan bumiputra yang masuk ke negara ini sebagai pekerja dan buruh di bandar-bandar, sedangkan majoriti umat Islam tinggal di luar bandar dengan kekurangan kelengkapan infrastruktur. Kemudian dilaksanakan solusi-solusi yang diimport dari luar lalu dipaksakan keatas umat dalam bentuk ideologi-ideologi sekularisme yang mengakibatkan tidak dapat terbangunnya sebuah kerajaan yang kuat untuk menjaga kedaulatan umat Islam di negara mereka sendiri. Kemudian, (kerajaan itu perlu) berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam pentadbiran kerajaan dalam keadaan penguasaan bangsa lain dalam bidang pendidikan dan ekonomi, dan kerajaan juga dilanda dengan isu-isu kerosakan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain.

Sesungguhnya rasuah, kerosakan, dan penyelewengan harta negara yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah berlaku beberapa dekad di negara ini, bukan hanya pada sesi kepimpinan Najib Razak. Ia adalah kesan daripada penyakit-penyakit yang menimpa kerajaan sebelumnya sejak sekian lama yang membawa kepada kelemahannya. Ia bertambah kritikal sehingga membawa kepada pergelutan politik dalam kalangan pemimpin-pemimpin perompak dalam kalangan anak bangsa yang  membawa kepada berpecahnya kaum Muslimin disebabkan perbalahan dalam kerajaan sendiri.

Kemudian kehancuran politik mereka sehingga negara jatuh kepada satu situasi yang amat bahaya dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini dengan keputusannya memihak kepada majoriti Non-Muslim dalam pakatan kerajaan (Pakatan Harapan) yang telah mempergunakan Tun Mahathir, Perdana Menteri yang lalu dan juga merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman, untuk menjatuhkan Najib Razak. Beliau telah dipergunakan kerana usia beliau yang telah lanjut dan parti beliau yang lemah. Mereka menjadikan beliau sebagai anak tangga untuk menaiki tampuk pemerintahan secara helah tanpa mengambil kira komposisi majoriti kaum Muslimin dalam negara yang telah meningkat melebihi 69% berbanding kaum minoriti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, yang mana ia menggalakkan lagi pertelingkahan dalaman. Selain itu, terdapat juga peluang campurtangan pihak asing yang memusuhi Islam dan kaum Muslimin seperti yang terjadi pada negara-negara Islam lain seperti negara-negara Arab.

Setelah meneliti pengalaman-pengalaman yang lalu berada dalam pakatan dari sudut yang positif dan negatif, PAS telah mengambil pendirian untuk menjadi blok ketiga (Third-Force) tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Tun Mahathir untuk menyertai Pakatannya iaitu Pakatan
Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak dan menukar kerajaan baru di bawah pimpinannya setelah kerajaan sebelumnya dijatuhkan. Begitu juga, tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Najib Razak dalam Pakatannya iaitu Barisan Nasional di bawah pimpinannya untuk mempertahankan kerajaan sedia ada yang telah memimpin negara berdekad lamanya daripada tentangan berbahaya yang dihadapinya.

Sebab-sebab pendirian kami:

1. Pakatan Harapan: Parti Tun Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merupakan parti serpihan UMNO (tulang belakang bagi parti kerajaan) adalah parti yang baru ditubuhkan, secara praktikalnya merupakan sebuah parti yang lemah. Turut bersama adalah parti Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat, PKR) yang merupakan sebuah parti sekular pragmatik yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum dan juga mempunyai pegangan ideologi yang berbeza seperti golongan Melayu Muslim sekular dan juga kelompok bukan Muslim daripada bangsa Cina dan India yang kebanyakan mereka beragama Kristian. Juga bersama adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai keanggotaan majoriti Cina yang kebanyakannya beragama Kristian, saki-baki daripada parti komunis yang telah diharamkan dan juga pemikir-pemikir liberal. Bersama mereka juga adalah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berorientasikan Islam liberal-sekular, yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP bagi menyaingi populariti PAS khususnya dalam kalangan orang-orang Islam serta bagi memecahkan kesatuan mereka, dengan menghimpunkan golongan pembangkang termasuk membawa masuk kelompok yang tergesa-gesa dan juga opportunis yang telah keluar daripada PAS. Di belakang blok ini adalah sokongan-sokongan daripada luar yang mendapat manfaat dengan keberadaan Anwar dalam blok ini.

Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason. Pencalonan Mahathir hanyalah semata-mata untuk melawan Najib dengan menggunakan populariti beliau namun dalam masa yang sama juga, mereka menolak pegangan Tun Mahathir yang mereka kira sebagai terlalu tegas lebih-lebih lagi dalam usaha beliau untuk menolak pendekatan berbaik-baik dengan Barat serta pandangan beliau dalam isu Palestin, Kashmir, Myanmar dan Uighur. Pakatan Harapan akhirnya berjaya memenangi pilihanraya yang terakhir sebelum ini. PAS telahpun keluar daripada pakatan yang telah disertai daripada tahun 1999 sehingga 2012 disebabkan sikap mereka yang melanggar perjanjian yang berhubungkait dengan prinsip dan juga objektif PAS dalam berkhidmat untuk Islam dan kaum Muslimin.

2. Parti-parti kerajaan (Barisan Nasional) yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC pula berusaha untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak yang telah banyak membawa dan mewarisi kerosakan sejak era pemerintahan sebelum-sebelum ini seperti rasuah, kelemahan urus tadbir dan pelbagai lagi. PAS pernah berada bersama dalam blok parti-parti ini pada tahun 1973 sehingga 1979. Daripada pengalaman ini, PAS mengetahui akan keburukan-keburukan yang ada dalam Barisan Nasional.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman PAS dalam pakatan dengan pelbagai parti, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, PAS telah mengambil keputusan untuk menubuhkan blok ketiga di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang turut disertai oleh parti-parti kecil dan disokong oleh NGO-NGO Islam dan nasional (menggunakan nama Gagasan Sejahtera) yang mempraktikkan politik dengan prinsip kerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan, bukan atas dasar keburukan dan juga permusuhan.

PAS telah pun menyertai Pilihan Raya Umum ke 14 pada tahun 2018 dan berjaya menawan 2 negeri (Kelantan dan Terengganu) dengan majoriti dua pertiga. Manakala majoriti kerusi di negeri-negeri lain pula dimenangi oleh beberapa parti lawan. Di peringkat parlimen pula PAS berjaya memenangi 18 kerusi parlimen yang menjadikan PAS sebagai sebahagian
daripada anggota daripada blok pembangkang dalam parlimen dan dalam masa yang sama juga sebagai parti kerajaan dalam dua buah negeri. Maka tumbanglah kerajaan pusat dan hilanglah segala kekuasannya yang dipimpin oleh Najib Razak dan sekutunya dalam Barisan Nasional. Pakatan Harapan telah menang dan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan Majlis Kabinet pimpinan Tun Mahathir. Jadi sekarang marilah kita menyentuh pula kepada perkembangan yang telah berlaku selepas peristiwa ini.

Pergelutan dalam Kerajaan Pusat

Pakatan Harapan, parti yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui sokongan majoriti Non-Muslim di peringkat Kerajaan Persekutuan, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri berdasarkan perjanjian sementara yang hanya berlaku secara lisan semata-mata melalui kenyataan media, telah menentukan bahawa Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun pemerintahan, tanpa persetujuan oleh Tun Mahathir, dimana beliau sendiri menganggap perjanjian tersebut tidak mengikat mana-mana pihak sama ada secara undang-undang mahupun Syarak.

Barisan Nasional (termasuk parti UMNO di dalamnya) berjaya menguasai dua negeri, dan merupakan barisan pembangkang yang memperolehi kerusi yang paling banyak dalam Dewan Rakyat. Beberapa parti dari Sabah dan Sarawak yang majoritinya adalah Muslim telah mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional dan membuat keputusan untuk tidak juga menyertai Kerajaan Pusat. Kemudian sebilangan parti daripada Sabah yang mempunyai beberapa kerusi Parlimen menyertai Kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir. Begitu juga beberapa ahli Parlimen daripada UMNO bertindak untuk keluar daripada parti bagi memperkuat kedudukan Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan. Setelah itu, beberapa ahli parlimen daripada PKR diketuai oleh Azmin Ali berpecah bagi memberi sokongan penuh kepada Tun Mahathir.

Akan tetapi, jumlah ahli-ahli Parlimen Muslim baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang tidak mencapai majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat) secara keseluruhannya. Para intelektual, birokrat, anggota tentera dan polis yang beragama Islam berasa bimbang selepas kemasukan Ahli-ahli Parlimen Non-Muslim dan Muslim Liberal ke dalam Kerajaan yang baharu yang mencuba untuk melemahkan kedudukan Islam, orang Islam dan kaum Bumiputera, dengan cubaan meminda Perlembagaan, mengubah sistem Pembelajaran dan Pengajaran, Media Massa dan sebagainya dalam politik dan ekonomi yang mana telah mengejutkan orang Islam dan mereka melihat bahayanya situasi mereka.

Maka, PAS telah mengambil langkah politik bekerjasama (Taawun) secara jalan damai. PAS telah memilih hubungan dengan Tun Mahathir memandangkan sikap nasionalisya dan semangatnya mempertahankan Islam. Dan PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya. Dan bersama Anwar Ibrahim adalah AMANAH yang bersifat Islam liberal, dengan bersandarkan pada sokongan dan pendirian kedutaan-kedutaan Barat yang menyokongnya dari segi strategi, media dan kewangan. Kami turut menolak campur tangan asing baik secara total, meskipun pertemuan-pertemuan kami dengan delegasi-delegasi ini yang datang menemui kami untuk cuba membina hubungan dengan bermanis muka, khasnya delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir.

Kami telah menemui Tun Mahathir sebaik selepas Pilihanraya Umum untuk memahami situasi yang bahaya pasca-pilihanraya, maka Perdana Menteri Tun Mahathir selepas berbincang dengan kami telah mengusahakan pembaikan kedudukan orang Islam dari dalam Kerajaan dengan bantuan kami, para pembangkang, Ahli-ahli Parlimen Islam dan Non-Muslim yang bersikap sederhana dan yang bekerjasama dengan kami untuk menghadapi perancangan mereka tersebut, yang antaranya adalah untuk meminda Perlembagaan dan sebagainya, yang kemudiannya membawa kepada pertembungan yang sengit, kerana golongan pelampau daripada parti-parti Kerajaan yang menentang dan bersama mereka
adalah sokongan Barat melalui Anwar Ibrahim yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir daripada tampuk kepimpinan Kerajaan.

Maka, pada tahun lalu, PAS telah menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah secara aman bagi membantah sebarang seruan kepada kesamarataan antara agama, tetapi PAS tidak menolak toleransi antara agama dan kebebasannya. Berdasarkan populariti PAS dalam kalangan rakyat, hampir 2 juta umat Islam telah menyertai himpunan tersebut.

Kemudian PAS mula bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk satu perpaduan atas kemaslahatan agama dan negara. Lalu kerjasama perpaduan ini menghasilkan sebuah persepakatan yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional dalam blok pembangkang. Seterusnya, dari pihak kerajaan, Parti Bersatu telah  bertanggungjawab untuk mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar, para profesor, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh pemikir, bagi menganjurkan Kongres Maruah Melayu sebagai platform untuk mengkaji kedudukan semasa masyarakat Melayu muslim. Pihak penganjur Kongres telah memberikan jemputan khas kepada Muafakat Nasional untuk menghadiri kongres tersebut. Tun Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres itu. Kemudian, Kongres telah mengeluarkan resolusi dimana antara lain menyebutkan kepentingan perpaduan sesama masyarakat Melayu Muslim untuk mendepani cabaran-cabaran semasa disamping meraikan hak-hak kenegaraan pelbagai kaum dalam sesebuah negara.

Setelah itu, PAS telah mengambil pendekatan secara aman dan mengelak sebarang bentuk demonstrasi. PAS telah pergi menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (YDP Agong) yang mengetuai Majlis Raja-raja dimanan anggotanya terdiri dari sultan-sultan bagi setiap negeri berdasarkan kedudukan masing-masing dari sudut perlembagaan, bagi menjelaskan situasi-situasi yang berbahaya serta keperluan negara untuk menukar kerajaan melalui saluran demokrasi menerusi parlimen. PAS juga telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli parlimen yang beragama Islam dari Sabah dan Sarawak serta kaum Bumiputra Non-Muslim bagi mengumpulkan tandatangan (Surat Akuan Berkanun) dalam kalangan ahli-ahli parlimen dengan memperolehi majoriti seramai 133 orang daripada jumlah keseluruhan 222 orang ahli parlimen.

Apabila kami telah menerima majoriti, kami telah meletakkan kepercayaan kepada Tun Mahathir untuk mengetuai kerajaan baru selepas melaksanakan cadangan untuk melepaskan jawatannya daripada kerajaan dan keluar dari Majlis Kabinet kerajaan untuk membentuk kerajaan baru.  Maka, YDP Agong telah meminta ikrar secara lisan secara langsung di hadapan beliau seorang demi seorang dari setiap ahli parlimen. Kemudian berlaku Gerakan balas daripada Pakatan Harapan dengan menyokong Tun Mahathir hanya untuk menunjuk-nunjuk sebagai satu bentuk tipu daya daripada kumpulan Anwar Ibrahim, AMANAH, dan DAP. Mereka telah pergi bertemu Mahathir pada waktu pagi sambil menangis seperti menangisnya adik beradik Yusuf AS setelah mereka menghumban Yusuf AS ke dalam telaga, untuk menyerahkan kepada Mahathir cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Sesungguhnya strategi licik ini adalah untuk memecahkan penyatuan kaum Muslimin dengan perkataan yang benar namun yang dikehendaki daripadanya adalah kebatilan!

Kemudian, PAS telah diajak untuk menyertai kerajaan di bawah kepimpinan Mahathir dan kami telah dicalonkan untuk diletakkan di kerusi Timbalan Perdana Menteri dan diletakkan juga untuk menjadi Menteri di beberapa kementerian. Perkara ini semua berlalu secara rahsia. Gerakan yang digerakkan atas rasuah, rebut-merebut dan ancaman demi ancaman berlaku ke atas semua ahli parlimen bagi mendapatkan sokongan. Rupanya, Tun Mahathir telah terperdaya dengan tipu daya yang sangat licik itu. Kemudian, beliau telah pergi bertemu YDP Agong sambil membawa tandatangan kesemua ahli parlimen secara keseluruhannya. Akan tetapi, sebahagian ahli parlimen telah menarik balik sokongan kepada Tun  Mahathir kepada sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Maka telah bangkit sejumlah ahli Parlimen beragama Islam menentang tipu
daya licik ini secara rahsia dengan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan orang nombor dua kepada Tun Mahathir dalam partinya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memberikan sekali lagi kepada YDP Agong senarai nama ahli parlimen yang menyokong pencalonan ini beserta tandatangan mereka. Selepas YDP Agong bertemu dengan semua Pemimpin setiap parti untuk mendapatkan sokongan terbanyak, telah jelas kepada YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas tersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis.

Maka terbentuklah kabinet kerajaan yang baru, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan nama Perikatan Nasional, yang majoritinya Muslim. Pakatan ini terdiri daripada beberapa parti komponen iaitu UMNO, PAS, BERSATU, GPS,  sebahagian pemimpin PKR, MCA, MIC serta parti komponen daripada Sabah dan Sarawak.

Kemudian, Majlis Kabinet dibentuk tanpa melibatkan individu yang masih didalam perbicaraan mahkamah. Perkara ini dilakukan demi meraih kepercayaan rakyat. Ini lah yang dimaksudkan Islah yang aman tanpa sebarang demonstrasi, dengan sokongan rakyat, para pegawai kerajaan, tentera, polis, dan Majlis Raja-raja.

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Yang menyayangi kalian,
Abdul Hadi Awang
Presiden, Parti Islam Se-Malaysia
27 Rejab 1441/22 Mac 2020

Saturday, March 21, 2020

bala bencana dlm alquran

bala bencana dlm alquran

1
Surah AlHadid. Ayat 022.
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
2
Surah AJin. Ayat 010.
Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
3
Surah AsySyuraa. Ayat 031.
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit) dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
4
Surah AnNisaa'. Ayat 111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
5
Surah AtTaghabun. Ayat 011.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
6
Surah AsySyuraa. Ayat 030.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
7
Surah Hud. Ayat 089.
Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka).
8
Surah AlAn'aam. Ayat 005.
Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
9
Surah AzZukhruf. Ayat 048.
Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat).
10
Surah AlAnfaal. Ayat 025.
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
11
Surah AtTaubah. Ayat 098.
Dan sebahagian dari orang-orang Aarab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
12
Surah ArRa�d. Ayat 031.
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Al lah tidak memungkiri janjiNya.
13
Surah AnNahl. Ayat 053.
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
14
Surah AlHaaqqah. Ayat 049.
Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
15
Surah AlAhzab. Ayat 017.
Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
16
Surah AnNuur. Ayat 063.
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
17
Surah AzZukhruf. Ayat 049.
Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Nabi Musa dengan berkata: Wahai orang yang bijak pandai, pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu; sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman.
18
Surah Luqman. Ayat 017.
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
19
Surah AnNaba'. Ayat 005.
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
20
Surah Faatir. Ayat 026.
Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
21
Surah AlKahfi. Ayat 040.
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
22
Surah AlQalam. Ayat 019.
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
23
Surah Yusuf. Ayat 073.
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya kamu sedia mengetahui bahawa kedatangan kami bukanlah untuk berbuat kerosakan di bumi (Mesir ini), dan kami pula bukanlah pencuri".
24
Surah AlWaqi'ah. Ayat 062.
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
25
Surah AlQalam. Ayat 017.
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
26
Surah Ali'Imran. Ayat 087.
Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang (yang beriman).
27
Surah AdDukhaan. Ayat 011.
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan.
28
Surah AnNisaa'. Ayat 079.
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
29
Surah AlAn'aam. Ayat 026.
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.
30
Surah ArRad. Ayat 011.
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
31
Surah AlFajr. Ayat 025.
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
32
Surah AlBaqarah. Ayat 156.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
33
Surah AnNisaa'. Ayat 039.
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
34
Surah Ali'Imran. Ayat 061.
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.
35
Surah Hud. Ayat 079.
Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.
36
Surah Yunus. Ayat 012.
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
37
Surah AlBaqarah. Ayat 089.
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.
38
Surah AsySyuaraa. Ayat 132.
Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
39
Surah AlQasas. Ayat 047.
Dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya) dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, (tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka).
40
Surah AlAnfaal. Ayat 068.
Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.
41
Surah AlAnfaal. Ayat 068.
Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.

Ketika mana raja semua merasakan bahaya mengenai rakyatnya dia berkata masuklah kamu kedalam lubang kediaman kamu



Ketika mana raja semua merasakan bahaya mengenai rakyatnya dia berkata ... “ masuklah kamu kedalam lubang kediaman kamu ..” surah an naml

Doa qulnut yg meruntut jiwa



Doa qulnut yg meruntut jiwa

Wahai Manusia Durjana Sekeping Surat Dari Sang Kelawar kepadaku

 · 
Public
Public
*Wahai Manusia Durjana*
Sekeping Surat Dari Sang Kelawar kepadaku...
Aku dipanggil KELAWAR dan aku memiliki satu keistimewaan hasil kurniaan sang Maha Pencipta untuk diriku yg hina ini...
Dalam diriku mengandungi ratusan kuman penyebab berbagai penyakit, seperti virus anjing gila , virus Ebola, virus Korona dan berbagai virus-virus lain yang boleh mematikan hidupan lain...
Sumbanganku kepada umat manusia adalah mengumpulkan virus-virus ganas dan menyimpan kedalam diriku agar tidak bertaburan di luar alam dan mengganggu keselamatan umat manusia.
Aku menyedari seluruh tubuhku adalah tempat tinggal racun, maka aku rela tinggal di lubang-lubang gua yang gelap dan dingin jauh dari penempatan manusia...
Dengan memencilkan diriku selama ribuan tahun, semua virus itu aku simpan dan kunci rapat-rapat didalam badan generasiku zaman berzaman agar tidak memudaratkan manusia....
Apabila malam menjelma baru aku keluar mencari makanan dan subuh kembali kerumahku dalam kesepian dan kegelapan gua agar tidak terserempak dengan manusia...
Bahkan dengan sengaja aku menampilkan wajahku yg seram dan mengerikan, agar manusia menjauhiku dan tidak menyentuhku lansung...
Akan tetapi tidak pernah aku bayangkan bahawa umat manusia masa kini tidak dapat menjaga nafsu serakah dan kegilaan memakan makanan yg melampaui batas norma manusia...
Wahai umat manusia, tahukah kalian jika diriku ini dirobek dan dimakan, maka seluruh virus petaka yg mmg kusimpan dalam tubuh ini akan berhamburan keluar menjerat kalian sendiri...
Kalian menjadikanku sebagai santapan yang lazat dan mewah, tapi virus-virus bahaya di tubuhku akan kehilangan tempat tinggalnya.
Virus-virus ini perlu mencari rumah baru bagi mereka dan tubuh anda semua penuh dengan lemak dan daging, bukankah itu merupakan tempat yang sesuai untuk mereka tinggal..ketahuilah tubuh manusia diciptakan tidak sesuai untuk menerima tetamu virus ini sbg tempat tinggal mereka tetapi ia akan bertindak balas mengundang pelbagai penyakit berjangkit yg akan memusnahkan manusia itu secara beramai-ramai...
Aku hanya mengeluh dengan penuh penyesalan. Seluruh jerih payahku menjaga keselamatan manusia selama ini pada akhirnya dirosakkan oleh tangan2 mereka yg melampaui batas kemanusiaan..
Aku hanya mamalia kecil yg hanya dapat membantu manusia menyeimbangkan Hukum Alam dan seterusnya melindungi umat manusia itu sendiri dari virus2 yg berbahaya...tetapi kenapa manusia sendiri memilih jalan yg salah dengan memakanku....
Aku ingin menyampaikan bahawa kehidupan manusia haruslah harmoni dan menghormati dengan alam. Manusia sebenarnya adalah mahkluk kecil di dalam alam semesta ini. Jangan lah manusia beranggapan bahawa dengan tercipta sebagai manusia ,maka tidak ada yang perlu ditakuti, sehingga mengganggap diri yang paling hebat dan berkuasa.
Hukum Alam sangat adil, saat engkau tidak menghargai kehidupan mahkluk lain...maka bala bencana dan malapetaka sudah diambang mata dan anda harus membayarnya dengan kesakitan dan kematian...
Akhir sekali masih inginku ingatkan pada manusia, bahawa surat ini tidak mewakili hanya untuk diriku sebagai kelawar, tapi mewakili juga para Ular, babi, Tikus, anjing dan seluruh haiwan yg tidak boleh dimakan di Alam semesta ini....
Tuhan telah menciptakan ribuan jenis makanan yg boleh dimakan tanpa mengundang penyakit...haruskan kalian menongkah arus untuk memakan makanan yg menghapuskan generasi manusia kalian itu sendiri...Fikirlah anugerah dan larangan tuhan itu ada hikmahnya....