Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 5, 2014

Belia jangan jadi ‘macai’- KJ

Belia jangan jadi ‘macai’- KJ

 | September 5, 2014
Khairy Jamaluddin berpesan kepada belia agar buat kajian dan periksa sesuatu perkara sebelum mereka menghentam atau membuat sebarang keputusan.
Khairy_mstarKUALA LUMPUR : “ Belia diingat agar jangan menjadi ’pak turut’ atau ’macai’ kepada pihak yang mengkritik atau memburukkan pihak lain.
“Trend berkenaan kini semakin menular dan agak merisaukan apabila belia disogok dengan pelbagai maklumat tanpa mereka memeriksa kesahihannya terlebih dahulu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, belia masa kini menelan bulat-bulat apa yang mereka dengar tanpa usul periksa.
“Pesanan saya kepada mereka ialah buat kajian dan periksa sesuatu perkara sebelum mereka menghentam atau buat sebarang keputusan,” katanya.
Beliau berkata, belia atau mahasiswa sepatutnya menjadi pemimpin dalam memperjuangkan isu-isu berpaksikan fakta demi kepentingan masa depan mereka dan bukan menjadi pengikut kepada telunjuk golongan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/05/belia-jangan-jadi-macai-kj/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej