Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 5, 2014

Shahidan patut lihat sebelum nafikan Najib janji hapus 'Akta Hasutan

Friday, September 5, 2014

Video yang Shahidan patut lihat sebelum nafikan Najib janji hapus 'Akta Hasutan'


Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.

Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948. 

Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.

"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. 

“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.

Laporan penuh silalah baca di The Malaysian Insider..

Mari kita lihat apakah benar yang dikatakan oleh Shahidan itu.. siapakah lelaki yang mengumumkan pemansuhan 'Akta Hasutan' ini...?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej