Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, January 31, 2015

Bekas Pelajar PASTI Cemerlang STAM

POSTED BY HIJAU FM ON 10:36 PM

Kenyataan Media 
Dewan Pemuda Pas Selangor

Tahniah : Bekas Pelajar PASTI Cemerlang STAM

1.Sekalung perhargaan dan syabas di ucapkan kepada semua pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 yang telah diumumkan keputusannya semalam.

2.Lafaz Alhamdulillah menjadi sanjungan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan pelajar-pelajar ini yang menjadi ukuran bagaimana Agama itu masih sebati dan menjadi nilaian yang tinggi dikalangan sebahagian besar pelajar yang terdiri daripada anak-anak muda.

3.Dalam keadaan keremukan jiwa lantaran kerisauan akibat berita mutakhir ini dengan masalah gejala hedonisme dan k-popisme seakan-akan menjadi barah yang tiada penawarnya.

4.Disaat menanti penawar berita agar menjernihkan kekeruhan akhlak anak muda, ibarat bulan jatuh ke riba pengumuman keputusan STAM itu sebahagian penawarnya.

5.Antara pelajar cemerlang STAM yang sempat Pemuda Pas Selangor bertemu dan menyampaikan sikit saguhati sebagai perkongsian berharga ini ialah bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI iaitu Adik Yahya Ayash Zakaria yang menetap di Kampung Nakhoda Batu Caves Gombak, Selangor yang berjaya mendapat darjat Mumtaz dalam semua mata pelajaran. Beliau merupakan bekas pelajar PASTI Al Furqan Kampung Nakhoda.

6.Adik Yahya yang merupakan anak kepada Almarhum Us Zakaria Mamat seorang Ulama dan Pendakwah tersohor di Lembah Klang mencipta nama sebagai ikon Remaja dan anak muda "ليست صبوة" menjadi antara pelajar cemerlang.

7.Nabi SAW amat menyanjung generasi anak muda yang tinggi ilmunya, suci akhlaknya dan luhur pekertinya melalui sabdanya :
قال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل ليعجب من الشاب ليست له صبوة.
رواه الإمام أحمد

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza wajalla kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah (iaitu tidak berakhlak, tidak bertanggungjawab dan tidak matang").

8.Mudah-mudahan Allah melimpahi RahmatNya agar Adik Yahya Ayash dan seluruh generasi anak muda di beri hidayah serta menjadi generasi cemerlang dan contoh sepertimana generasi solafus soleh yang hidup di zaman Nabi SAW.

Alfu Mabruk!!!

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Selangor
30 Januari 2015

http://www.hijau.fm/2015/01/tahniah-bekas-pelajar-pasti-cemerlang.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej