Tawaran Visa Percuma Bagi Pelancong China Sebelum Tahun Baharu Cina
SEPANG, 8 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan visa percuma kepada pelancong China seperti dicadangkan harus disegerakan sebelum Tahun Baharu Cina bulan depan, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cadangan itu tidak seharusnya ditangguhkan lagi memandangkan enam negara Asean iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Vietnam, Thailand dan Filipina telah menawarkan pengecualian bayaran visa kepada pelancong China yang terbukti meningkatkan jumlah ketibaan pelancong.
"Trend menunjukkan peningkatan, pelancong China sudah kembali dan angka pada Oktober, November dan Disember tahun lepas adalah menggalakkan.
"Saya merayu kepada Kementerian Dalam Negeri, jangan tunggu," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan KL TravelPass Express Rail Link (ERL) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej