Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, February 14, 2015

Jika ramai ahli politik macam Nik Aziz, takkan ada masalah perkauman

Jika ramai ahli politik macam Nik Aziz, takkan ada masalah perkauman - SS Keruak
Haider Yutim, Astro Awani | Kemas kini: Februari 14, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 14, 2015 08:23 MYT)
Jika ramai ahli politik macam Nik Aziz, takkan ada masalah perkauman - SS Keruak
Salleh menyifatkan Nik Aziz sebagai pemimpin bagi seluruh masyarakat Kelantan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berpandangan bahawa jika ahli-ahli politik di Malaysia memiliki separuh sifat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, negara tentu tidak ditimpa masalah kaum dan agama seperti sekarang.
Dalam satu kenyataan menerusi blognya,sskeruak.blogspot.com, beliau menyifatkan Mursyidul Am PAS itu sebagai bukan sahaja pemimpin bagi umat Islam, malah pemimpin bagi seluruh masyarakat Kelantan.
"Untuk Nik Aziz, perjuangannya bukan tentang politik tetapi tentang Islam. Dan beliau telah mendahulukan dalam melakukan perkara yang betul berbanding politik. Jarang kita jumpa orang sedemikian, dan kini Malaysia telah kehilangannya.
"Jika ramai ahli politik dari kedua belah pihak memiliki sekurang-kurangnya separuh dari sifat Nik Aziz, Malaysia tidak akan menghadapi masalah perkauman dan agama seperti mana yang kita hadapi sekarang," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam artikel tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej