Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, February 15, 2015

Nik Aziz jugalah orang pertama yang membuat kenyataan secara terbuka mempertahankan saya lebih awal dari rakan dalam parti.

MB Azmin Ali :
Saya cukup terkesan dengan tindakan Nik Aziz kerana beliau banyak memberi semangat dan kekuatan untuk saya berdepan situasi itu.
Saya ingat ketika ada pihak berusaha menyebarkan fitnah dengan gambar lucah, orang pertama yang memanggil saya ke Kota Bharu adalah Nik Aziz. Nik Aziz jugalah orang pertama yang membuat kenyataan secara terbuka mempertahankan saya lebih awal dari rakan dalam parti.
Dalam isu saya sebagai anak derhaka, orang yang paling awal menasihati saya adalah Nik Aziz. Beliau pesan pada saya, supaya menjadi anak yang soleh dan dihormati.
Berbalik kepada soalan tadi, apabila saya selesai mengangkat sumpah sebagai menteri besar di istana, saya ke rumah ibu di Hulu Kelang untuk mendapatkan restu.
Ibu saya cukup gembira dengan pelantikan ini dan menasihati saya supaya mentadbir Selangor dengan jujur, amanah dan jangan menzalimi mana-mana pihak. Pesanan ibu yang akan saya pegang sampai bila-bila

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/nik-aziz-orang-pertama-nasihat-agar-bersabar-1.327024

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej