Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 19, 2019

Sesi pertama sidang Parlimen N. Zealand pasca 1nsiden

[Video] Sesi pertama sidang Parlimen N. Zealand pasca 1nsiden 3/15 dimulakan dengan bacaan al-Quran…

Muhammad Sanusi Md Nor
Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim….
Kami mengaku apa yang berlaku adalah di dalam Ilmu dan KehendakMu, hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui di atas segala sesuatu. 
Di dalam pengetahuanMu segala apa yang berlaku sama ada di langit dan di bumi. Kami. Di saat kami smua PASRAH dengan TakdirMu yang menggur1s luka yang amat dalam dengan peristiwa berd@rah Christchurch 3/15, Engkau hadirkan kegembiraan bersama sekuntum senyum yang paling manis..
Hati kami berbunga melihat bagaimana Engkau memuliakan agamaMu walaupun di kalangan mereka masih kekal tidak beriman denganMu…
Engkau memilih tempat yang paling MULIA di kalangan manusia untuk diperdengarkan kalam-kalamMu yang Maha indah. 
Di saat-saat ini, entah berapa ramai insan Muslim yang tertumpah airmatanya kerana terlalu TERHARU dengan susun aturMu yang tidak sesekali TERJANGKAU oleh akal kami yang KERDIL…
Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Perancang…
Kami bersyukur padaMu ya Allah…
Apa yang sedang berlaku di New Zealand sebenarnya…
Sesi pertama Sidang Parlimen New Zealand selepas ser@ngan pengg2nas di Christchurch Jumaat lalu dibuka dengan Bacaan ayat al-Quran di dalam Parlimen New Zealand yang amat menyentuh jiwa !
Ayat yang dibaca oleh Imam, amat mengusik emosi sekali.
Moga hidayah buat semua yang mendengar.
Ayat yang dibaca adalah bermula ayat ke 153 hingga 156, surah al-Baqarah…

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ 

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
 
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ 
 
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
 
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ 
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
 
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ 
 
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[Al-Baqarah – سورة البقرة  2:153 – 156]
link sumber; Muhammad Sanusi Md Nor

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej