Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 6, 2019

ULAMAK MELIHAT FITNAH SEBELUM IA BERLAKU

Dr Tanaka Mustafa
8 mins
ULAMAK MELIHAT FITNAH SEBELUM IA BERLAKU
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ulamak melihat fitnah sebelum ia berlaku. Orang awam pula melihat fitnah ketika ia berlaku.
2) Ketika terjadinya Arab Spring sehingga merebak ke Syria, ulamak Syria termasuk Ramadhan al-Bouty melarang keras umat Islam Syria terlibat Arab Spring untuk menggulingkan Bashar Assad.
3) Namun sikap agresif dan gopoh umat Islam di Syria tidak menghiraukan amaran al-Bouty, terus ghairah berusaha menjatuhkan Bashar Assad. Mata tidaknya mereka teruja melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, dan Gaddafi di Libya.
4) Umat Syria termasuk umat Islam di negara kita mengecam al-Bouty kerana dianggap memihak kepada Bashar Assad yang zalim, kejam dan Syiahh. Sehingga ada murid al-Bouty di Malaysia sendiri membakar buku-buku dan kitab-kitab karangan al-Bouty sebagai tanda protes terhadap al-Bouty.
5) Apa yang orang tak kata kepada al-Bouty waktu itu? Macam-macam ada. Pengkhianat, ulamak cintakan dunia, ulamak kerajaan..sampai ada yang kata ulamak suuuk (ulamak jahat). Sampai begitu sekali marahnya umat Islam kepada al-Bouty.
6) Sesungguhnya al-Bouty seorang ulamak yang melihat fitnah kekacauan yang dahsyat di Syria sebelum ia berlaku. Dia sudah menegur dan melarang umat daripada melawan Bashar Assad secara kekerasan.
7) Tetapi orang-orang awam naif. Mereka tidak nampak apa yang al-Bouty nampak, sehinggalah ia benar-benar terjadi. Syria hancur akibat perang saudara - yang asalnya hanya mahu menumbangkan Bashar Assad. Kini mereka baharulah nampak fitnah kekacauan itu ketika ia berlaku. Menyesal sudah tidak berguna.
8 ) Justeru itu, apabila ulamak memberitahu kita akan sesuatu fitnah atau kekacauan yang akan berlaku, maka akurlah dengan nasihat ulamak itu. Jangan terlalu ghairah menghentam ulamak itu sekalipun dia dari puak Senju, kita pula dari puak Uchiha. Waspada itu lebih awla.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej