Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 6, 2019

Banglow Mewah Presiden PAS


Banglow Mewah Presiden PAS Berharga 90 Juta di Rusila?
Setiap kali ada rombongan ziarah datang untuk ziarah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Rombongan selalu tanya, mana rumah Tok guru?
Orang kampung tunjuk, tu rumah tepi masjid ada pokok jambu, rumah tok guru la tu.
Pengunjung yang tanya tadi terpinga-pinga dan terkedu sekejap. Sambil mulut mereka tertanya-tanya.
Macam mana rumah Bekas MB juga pemimpin politik HANYA seperti rumah orang kampung?
Luas laman rumah sekitar 400-500 kps saja? Struktur rumah pula 60% kayu 40% simen? Tak ubah seperti rumah penduduk sekitar.
Swimming pool pun tak ada, sebab Tuan Guru ada swimming pool lagi besar, iaitu laut cina selatan atau pantai rusila. Hehehe
Almaklumlah, Sebenarnya Tuan Guru duduk dan hidup di persekitaran kampung nelayan. Kehidupan sederhana itu sudah biasa dengan tuan guru.
Sesekali patut difikirkan, apakah dosa tuan guru haji Abdul hadi sehingga ada yang sanggup tuduh tuan guru makan dedak umno 90 juta? Dan pelbagai lagi tuduhan tidak berasas?
Apakah berat sangat kaki mereka untuk jejak sendiri ke kediaman a.k.a Banglow 90 juta tuan guru yang terletak di kampung rusila Marang tersebut?
Itu baru saja dibicara kediaman yang diduduki Tuan Guru. Belum lagi kemewahan lain, kemana tuan guru gunakan harta2 mewah tersebut.
*Nukilan ini bukan untuk memuji atau memuja sesiapa, cuma berkongsi cerita benar, supaya kita semua muhasabah dalam menuduh seseorang tanpa kita sendiri lihat dan teliti perkara tersebut.
Kepada mereka diluar sana, kalau ada peluang, ziarah tuan guru di kampung rusila, terutama di hari Jumaat, nescaya hati anda tenang berada dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej