Mereka ambil peluang adakan FORUM untuk menghina institusi beraja dan orang melayu !!!
Celaka lah kamu wahai AG...! Tunggu bila masanya tiba.
Nazrin Norani
Forum Statut Rom atau forum menghina Raja-raja?
Saya berkesempatan menghadiri forum Statut Rom pagi tadi.
Panelist yang ternama, seperti AG Tommy Thomas, Prof Emeritus Shad Faruqi, si Faridah, si Syed Husin Ali dan graduan undang-undang yang perasan hebat si Asheeq dan rakan beliau.
Malah disiarkan secara live di Facebook astro Awani, dipengerusikan oleh moderator astro Awani.
Saya tak nak ulas isu-isu teknikal.
Yang saya nak kongsikan, adalah kebiadapan panelist terhadap Raja-raja Melayu.
Si Syed Husin Ali, menuduh Raja-raja Melayu sebagai PEROMPAK kekayaan negara. Malah, setiap kata-kata yang keluar daripada mulutnya, penuh dengan sangka jahat terhadap Raja-raja Melayu. Yang sedihnya, yang hadir, bersorak dengan penuh rasa gembira setiap kali si Syed Husin menuturkan hinaan kepada Raja-raja Melayu.
Peguam Negara hanya selang seorang dari si Syed, tetapi tidak langsung menegur perbuatannya. Dibiarkan sahaja seolah-olah memberikan kebenaran kepada si Syed meneruskan penghinaannya terhadap Raja-raja Melayu kita.
Cuba dapatkan video penuh, dan dengar sendiri kata-kata panelis-panelis sepanjang forum berlangsung.
Selain menghina, memerli Raja-raja Melayu, panelis turut mengambil peluang untuk menghina 4 orang professor yang telah membuat pembentangan kepada Majlis Raja-raja.
Malah, bila ditegur supaya tidak menggunakan kata-kata kesat ketika berforum, panelis-panelis dan moderator menyatakan ianya bukanlah satu kesalahan.
Forum apa ini?
Kami akan buat laporan. SEDAR Malaysia akan buat report polis. Kami takkan biarkan Raja-raja kami dihina.
Walaupun pejabat Peguam Negara lah yang akan melakukan pendakwaan sekiranya siasatan mendapati ada berlakunya seperti yang kami lapor, walhal Peguam Negara sendiri ada disebelah si Syed Husin. Apa Sudah Jadi?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej