Soalan buat anda yang keberatan menerima Perlaksanaan Syariat Islam di Malaysia
1. Malaysia sebuah negara demokrasi, maka apa masaalahnya Kelantan mahu nikmati demokrasi itu dengan melaksanakan Kanun Jenayah Syari'yyah yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan ?
2. Hudud belum lagi dilaksanakan, kenapa anda menolaknya ? Apakah itu sikap yang adil ? Kenapa tidak beri peluang terlebih dahulu sebagaimana peluang diberikan kepada undang - undang sivil hari ini ?
3. Bukankah undang - undang sivil hari ini gagal membendung mungkar dan jenayah, kenapa tidak undang - undang syariah dijadikan sebagai alternatif ?
4. Undang - undang dilaksanakan oleh yang berkuasa. Kuasa diperolehi melalui pilihanraya. Pilihanraya berlaku 5 tahun sekali. Maka apa yang ditakuti jika PAS laksanakan hudud ? Jika undang - undang itu tidak bagus, bukan kah next election, anda boleh tolak PAS ?
5. Kalau anda boleh terima undang - undang British ( British Law ) sedang tidak ramai pun orang British di Malaysia, kenapa anda tidak boleh menerima undang - undang Islam dilaksanakan di Malaysia sedangkan Islam agama rasmi dan muslim adalah majoriti ?
6. Hudud adalah undang - undang ciptaan Tuhan. Tuhan yang cipta ummat manusia. Tuhan itulah juga yang suruh kita laksanakan Syariat Islam (hudud) ini. Mengapa anda beralasan untuk melaksanakannya ? Apakah anda bukan seorang muslim yang taat ? Kalau anda bukan muslim sekalipun, maka dimana salahnya undang - undang syariat ini sehingga ia tidak diterima untuk dilaksanakan ?
7. Jika alasannya tidak ada peruntukkan undang - undang maka kenapa tidak benarkan wakil kelantan membawa rang - rang undang itu ke Parlimen untuk meminda beberapa peruntukan bagi membolehkan ia dilaksanakan ?
8. PAS telah perjuangkannya sejak sekian lama. Pelbagai langkah telah diambil. Mendidik ummah melalui seminar, wacana, kelulusan DUN, bulan hudud dan sebagainya telah dilunaskan sepanjang tempoh lebih 20 tahun. Bukan kah ini masa yang sesuai di saat semua pihak mulai resah dengan kegagalan undang - undang ciptaan manusia ini ?
9. Tanyalah hati kecil anda, apakah anda lebih redha menyaksikan dunia makin musnah angkara mungkar dan jenayah yang gagal dibendung oleh undang - undang hari ini berbanding menerima perlaksanaan undang - undang syariat Islam ?
10. Islam agama rahmah (kasih sayang) dan a'dalah (adil). Perlaksanaan hudud bukanlah berorientasikan hukum semata - mata, tetapi terdahulu daripadanya ialah proses yang adil seperti proses pendidikan, penyiasatan, pembuktian, persaksian, perbicaraan dan penghakiman. Maka apa lagi yang anda tidak puas hati terhadap hudud ? Apa lagi yang membuatkan anda rasa curiga terhadap perlaksanaannya ?
11. Anda selalu persoalkan kenapa undang - undang ini tidak dilaksanakan ke atas non muslim sedang muslim tertakluk padanya. Kenapa anda tidak tanya solat, puasa, haji hanya tertakluk pada orang Islam sedang non muslim tidak dilibatkan ? Kalau anda boleh terima bahawa itu adalah ibadah untuk orang Islam sahaja, kenapa anda tidak menerima bahawa Hudud juga satu ibadah wajib dilaksanakan oleh orang Islam atas perintah dari Tuhannya ?
12. Bukankah hudud adalah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas penjenayah ? Maka kenapa anda yang bukan penjenayah merasa takut dengan perlaksanaan Hudud ?
13. Hudud mesti taqninkan ( di undang - undangkan ). Adapun perlaksanaannya adalah apabila cukup syarat yang ditetapkan oleh syara'. Apakah anda telah pelajari dan mengkaji syarat - syarat yang ditetapkan oleh syara' sebelum anda meragui perlaksanaannya ?
14. Ramai pula yang pertikai, kenapa mesti ada perlaksanaan undang - undang Islam di Kelantan sedang negeri lain tidak ada atau kenapa perlu ada dua set undang - undang. Sedarkah anda, bahawa Malaysia sudah tersedia beberapa set undang - undang yang diterima seperti undang - undang adat, undang - undang Tentera, undang - undang Buruh, undang - undang Syariah dan undang - undang sivil dan setiap set undang - undang itu mempunyai mahkamahnya tersendiri seperti Mahkamah Tentera, Mahkamah adat , mahkamah syariah , mahkamah buruh dan mahkamah sivil. Pula sebahagian negeri mempunyai undang - undang adat sedang Kelantan tiada undang - undang dan mahkamah adat. Kalau situasi ini anda terima sejak sekian lama, kenapa tidak boleh terima perlaksanaan undang - undang Islam ?
15. Anda semua yakin bahawa Allah swt adalah Tuhan yang Maha Pencipta dan Tuhan yang Maha Adil. Justeru itulah sifat Tuhan. Apakah anda ragui keadilan Allah swt sebagai Tuhan yang menurunkan ketetapan hukum syariatnya ?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej