Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, September 3, 2016

sorry ! tak payah tag saya laaaa benda benda cam gini .... cari isu lain lah !

https://www.facebook.com/roslan.binahmad/posts/10205883337637526?comment_id=10205884986318742&ref=notif&notif_t=like&notif_id=1472924125671446

 sorry ! tak payah tag saya laaaa benda benda cam gini .... cari isu lain lah !
org dah jauh ke depan ..... yg mu masih di tahap lama !

sebenarnya banyak perkara boleh kita belajar dlm media sosial ni ..
saya rasa ini bukan berpolitik secara sehat !

semua parti politik bagus bukan tak bagus ... tapi cara pendekatan, cara berpolitik tu yg tak bagus ...

apa yg saya nampak sekarang ialah, kita terkena "political panic syndrome"

tahu tak apa tu sindrom panik politik ?

pernah terbaca atau pernah alami sendiri tak panik ?
LikeReply11 minsEdited
Ayob Hussin contoh org panik masa kemalangan .... bila terjadi kemalangan ... semua dah tak kena... nak tekan break, kita tertekan pedal minyak... begitulah contohnya ...

saya faham rakyat terutama pembangkang sangat susah hati dengan keadaan negara, dengan rasuahnya, korupnya.... penyelewengan ....

nak kalah parti pemerintah tak dapat dapat .... masuk pilihanraya pun gagal nak kalahkan parti yg memerintah...

ada org panik bila terjadi begini ....

bila dah panik .... nak cepat sampai putrajaya.... macam macam tindakan yg serba tak kena.... seperti adakan demonstrasi jalanan, minta kuasa luar campurtangan dan mcm mcm benda yg boleh membawa bencana...

ada org buat parti baru... padahal dah ada parti yg sedang perjuangkan untuk menumbangkan parti pemerintah ....

bila gagal.... salah kan parti itu , parti ini .... salahkan individu itu .. individu ini .....sehingga jadi permusuhan berpanjangan.
LikeReply28 mins
Ayob Hussin negara ini negara demokrasi ...
kena betul betul faham teory demokrasi ...

teory demokrasi mengambilkira suara terbanyak, dlm tempoh tertentu (expired date )

teory demokrasi berkata, suara terbanyak merupakan keputusan muktamad dan betul ...maka dlm tempoh tertentu.... rakyat kena akur dengan keputusan pilihanraya dan akibat mendatang ...

pembangkan / rakyat ... yak tak ya kena terima segala risiko dan keputusan.

nak tukar kerajaan, kena tunggu hingga tamat tempoh yg ditetapkan ...

itulah demokrasi !

pembangkang kena pandai pandailah mcm mana nak usaha agar tertukar pemerintah yg ada ...

kalau asyik buka parti baru .... asyik bertelagah .... maka sudah tentu tak akan menang .....

jangan salahkan sesiapa bila terjadi hal ini !

Friday, September 2, 2016

INILAH PENYELESAIANNYA !

INILAH PENYELESAIANNYA !

Dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi dan politik,  manakala moral pula dianggap tidak penting. Menjadi rungutan masalah kezaliman di sana-sini, pencabulan terhadap hak asasi manusia, rasuah, pembahagian ekonomi yang tidak adil yang mencetuskan kesusahan hidup. Kekayaan berpusing dalam kalangan tertentu atau disalah guna atau diambil secara salah. Maka berlaku kebocoran, sedangkan rakyat yang majoriti berpendapatan rendah  pula tidak saksama dengan harga barangan keperluan yang semakin meningkat.

Kerajaan pula mengambil penyelesaian dengan meningkatkan cukai atau mengadakan cukai-cukai baru, akibatnya sangat membebankan rakyat. Pada masa yang sama,  meningkat pula kadar jenayah berat yang membahayakan, seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain.

Adapun rompakan secara nyata atau mencuri secara tersembunyi oleh pihak yang dikira berkuasa  tidak dikisahkan. Masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak yang merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan. Oleh kerana negara kita juga berada dalam dunia, maka tidak terlepas juga daripada wabak ini. Sebabnya manusia sendiri yang melakukan kejahatan. Firman Allah:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

(٤١-الروم)

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

(Surah Ar-Rum: ayat 41)

Kebanyakan manusia tidak sedar kelemahan dirinya sebagai makhluk ciptaan Allah yang tetap punya kelemahan. Seringkali mereka tidak mengaku salah dan mendabik dada sebagai paling bijak, sehingga melupakan petunjuk Allah Pencipta Alam Yang Maha Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap seluruh alam.

Punca semua masalah ini ialah kerana meninggalkan petunjuk Allah yang bernama ISLAM.  Ini boleh difahami menerusi ayat Allah SWT dalam Al-Quran :

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُون

َ ٨٣ آل عمران.

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian oleh umat terdahulu kepada Rasul zamannya) mereka mencari lain daripada Deen Allah (Islam)? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa (mengikut sifat naluri) dan kepadaNyalah mereka dikembalikan."

(Surah Ali-Imran: ayat 83)

Puncanya kerana memisahkan jasad daripada akal dan roh, serta memisahkan aspek kemasyarakatan, berpolitik, ekonomi dan lain-lain daripada agama.  Laksana memutuskan mata rantai yang menjadikannya tidak berfungsi dengan betul, tanpa menyedari perlaksanaan cara hidupnya tidak tepat dengan sifat kejadiannya sendiri kerana terkeluar daripada petunjuk Penciptanya iaitu Allah SWT, Yang Maha Mengatahui perkara berkenaannya.

Islam berprinsipkan atas asas-asas terpentingnya iaitu, "Akidah Tauhid" dan beriman kepada "Hari Akhirat", serta berkonsepkan "Taqwa dan Ad-Deen".

Semuanya adalah petunjuk Allah yang dibawa oleh semua para Rasul AS yang berakhir dengan Rasul Akhir zaman Muhammad SAW. Terbukti sejak para Rasul terdahulu yang berpeluang melaksanakannya apabila diimani dan diamalkan, telah mencapai kejayaan gemilang di zaman masing-masing.

Allah mengisahkan Nabi Daud dan Sulaiman AS begitu juga Raja Zulkarnain  yang berjaya bersama Islam di zaman masing-masing. Allah juga mengisahkan kemusnahan Kaum ‘Aad,  Tsamud, Babylon dan Firaun yang musnah bersama tamadun kebendaan mereka yang kaya-raya yang dibina atas jahiliyah yang penuh kejahatan dan kezaliman kerana menentang para Rasul.

Islam yang dibawa oleh  Rasul akhir zaman Muhammad SAW yang berasaskan empat perkara di atas. Bermula dengan pembangunan insan generasi awalnya, walau pun berada di bumi yang tidak ada sumber ekonomi namun telah berjaya bersama Islam yang berasaskan perkara-perkara tersebut,  membawa obornya dengan kejayaan  di zaman keemasan Baginda.  Tamadun yang mengumpulkan ilmu wahyu dan ilmu akal manusia yang ditapis daripada tamadun-tamadun lain yang dibina oleh pelbagai kaum dengan mengambil kebijaksanaannya sahaja dan menolak kemungkarannya. Menjadikan jasadnya  berakal, berilmu dan roh yang berhidayah, serta bersama kemajuan kebendaan yang berkat.

Tegasnya, bahawa prinsip Akidah Tauhid dan beriman kepada Hari Akhirat, serta konsep Takwa dan Ad-Deen telah berjaya memandu  manusia serta akalnya yang lemah, dapat disempurnakan dengan hidayah Allah, telah memungkinkan mereka berfungsi mengikut hikmah mereka diciptakan Allah pencipta Alam.

Tujuannya ialah:

1- Beribadat

(Menjaga hubungan dengan Allah dan mematuhi petunjukNya.)

2- Berkhilafah

(Melibatkan diri dengan politik, ekonomi dan lain-lain serta urusannya)

3- Beramanah

(Melaksanakan Syariat yang sempurna.)

Akidah Tauhid dengan mengesakan Allah sahaja Tuhan yang diibadatkan kepadanya dengan jasad, roh dan akal.  Ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi Tuhan apabila berkuasa memerintah negara, atau diberi nikmat kehidupan berpangkat  atau berharta. Dengan tegas menolak syirik dengan maksud yang menyeluruh, bukan sahaja diharamkan menyembah berhala atau patung,  termasuk juga makhluk yang lain, termasuk sesama manusia, dan juga tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah.

Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau Teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti Tuhan, rakyatnya sebagai hamba. Termasuk menjadikan harta dan segala khazanah negara sebagai miliknya yang boleh diambil dengan apa-apa cara dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram.

Akidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang termasuk raja atau ketua negara sehingga mengharamkannya berlagak Tuhan. Allah berfirman di dalam Al-Quran :

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّ‍ۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُون

َ ٧٩ آل عمران

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmah serta kenabian, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya."

(Surah Ali-Imran: ayat 79)

Firman Allah SWT lagi :

ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُون

َ ٣١   التوبة

"Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan  selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan."

(Surah Maryam: ayat 31)

Ada pun akidah Beriman Kepada Hari Akhirat, menjadikan semua tindak-tanduk manusia, tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannnya, ke syurga atau neraka setelah mati dan dihidupkan semula. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, tetap percaya tidak terlepas bahawa hukuman di Hari Akhirat itu lebih berat. Allah SWT menyatakan lagi :

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا

٧١ الإسراء

"(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal, atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.

(Surah Al-Isra': ayat 71)

Firman Allah SWT juga yang mesti kita fahami :

وَعُرِضُواْ عَلَىٰ رَبِّكَ صَفّٗا لَّقَدۡ جِئۡتُمُونَا كَمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةِۢۚ بَلۡ زَعَمۡتُمۡ أَلَّن نَّجۡعَلَ لَكُم مَّوۡعِدٗا ٤٨ وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩ الكهف

"Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). Dan kitab-kitab amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.

(Surah Al-Kahfi: ayat 48 - 49)

Konsep Takwa menggantikan kebanggaan terhadap assobiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Takwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh berlaku ketidakadilan kerana perbezaan bangsa, harta, keturunan, pangkat dan jantina. Firman  Allah SWT :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ

١٣ الحجرات

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al-Hujurat: ayat 13)

Konsep Ad-Deen membezakan Islam dengan agama dan ideologi kerana ajarannya yang merangkumi segala aspek kejadian serta kehidupan dan bertalian tanpa dapat diputus atau dipisahkan antara satu sama lain.

Menjadikan aspek diri, keluarga, politik, ekonomi, kemasyarakatan dan segala pengurusannya tidah terpisah dengan Akidah Tauhid, Beriman kepada Hari Akhirat , Takwa dan Deen (Islam). Firman Allah :

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلۡأٓخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِي حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ ٢٠ أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١ الشورى

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari Ad-Deen (agama dan cara hidup) mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Surah Syura: ayat 20-21)

Setelah selesai menegakkan negara yang berteraskan manusia yang dibina jati dirinya dengan perkara-perkara tersebut di atas, maka Rasulullah SAW mengutus surat kepada ketua-ketua kerajaan kuasa besar dan kecil dikelilingi Baginda supaya menerima tawaran penyelesaian Islam tersebut. Apabila Raja Habsyah, Oman, Bahrain dan ketua-ketua kaum menerimanya, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing.

Ada pun yang menolaknya diturunkan daripada jawatannya, digantikan dengan mereka yang beriman dan bertakwa bersama Islamnya dengan jati dirinya mengikut acuan Islam.

Inilah pendekatan yang wajib dilakukan oleh umatnya yang menyambung risalah yang tidak selesai ini. Tegasnya bukan menukar pemimpin, tetapi menukar jati dirinya dengan Akidah, Syariat, Akhlak dan pendekatan dengan prinsip dan konsep tersebut. Maka pemimpin wajib bertukar sekiranya berdegil dengan prinsip dan konsep yang salah demi menyelamatkan umat dan negara.

Tegakkan Islam di dalam diri selamatkan negara, tegakkan negara tanpa jati diri Islam, negara tetap tidak selamat.

"INILAH PENYELESAIAN KITA "

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

30 Zulkaedah 1437H / 02 September 2016M

Sumber : https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/9350-inilah-penyelesaiannya

Friday, August 26, 2016

PAS tidak akan mampu menerajui negara, kalau diberi peluang ?

PAS tidak akan mampu menerajui negara, kalau diberi peluang?

Tersenyum saya dengan kata2 yg kurang cerdik. PAS adalah Parti elit, yg diterajui oleh golongan2 cerdik pandai agama ,berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang, dan professional. Mereka bukan sahaja berada di dalam parti malah di luar parti. Ramai pendokong yang berada di sekeliling juga di peringkat professional. Ini jelas, mereka tidak merebut sebarang kedudukan dalam parti tetapi berjuang di luar parti sebagai penyokong yang aktif. Sebatang tiang akan berdiri teguh di atas tanah yg utuh.

Inilah kelebihan PAS yg membuktikan jati diri itu sebenarnya di atas landasan agama Tauhid. Mereka tidak perlukan sebarang bayaran malah berusaha menyumbang dana. Jatidiri ini tiada nilaian wang ringgit. Runtuhnya sebuah kerajaan bukan kelemahan persenjataan, tetapi jatidiri yang lemah.
                            
Percayalah, Allah sengaja melengahkan kemusnahan pemerintah yang zalim , mereka hanya dipermain2kan seperti yg dikesahkan dlm penceritaan Fira'un.

DrAsmadi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1065040750199509&id=100000807811707

Wednesday, August 24, 2016

Salah Faham Konsep Bidaah Punca Ekstrem

Salah Faham Konsep Bidaah Punca Ekstrem
Oleh: Dr Abdullaah Jalil

Pernah pada satu sesi kaunseling pemulihan dengan seorang yang terbabit gerakan ekstremisme berasaskan ideologi takfiri (mudah mengkafirkan umat Islam lain), penulis mengajak tahanan berkenaan memulakan sesi perbincangan kami dengan membaca surah al-Fatihah.

Namun, dia menunjukkan bahasa badan bahawa dia tidak mahu membacanya, matanya memandang ke sekeliling dengan air muka yang kurang selesa sewaktu penulis membaca surah itu.

Tahanan itu mempunyai masalah berkenaan definisi dan konsep bidaah sehingga dia merasakan membaca al-Fatihah sebagai pembuka majlis itu bidaah yang haram.

Selepas itu, penulis berbincang dan berdebat panjang dengan tahanan berkenaan konsep bidaah menurut perspektif ulama Ahli Sunah Wal Jamaah. Daripada pengamatan, kebanyakan tahanan terbabit aktiviti ekstremisme mempunyai salah faham yang serius berkenaan konsep bidaah.

Khususnya berkenaan bidaah hasanah dalam perkara furu' atau perkara baharu dan baik menurut neraca syariah berasaskan tafsiran ulama muktabar empat mazhab. Pengalaman empirikal itu menjadi bukti bahawa konsep bidaah mempunyai kaitan rapat dengan pembentukan ideologi takfiri dan aktiviti keganasan.

Bahkan slogan atau tema Menghapuskan/Menentang/Membasmi Bidaah adalah antara tema penting yang sering dijaja oleh gerakan ekstrem seperti Boko Haram di Nigeria, Shabaab di Somalia, JI di Nusantara, ISIS dan seumpamanya.

Perangi kelompok bidaah

Bahkan, mereka juga menganggap masyarakat Islam yang diperangi adalah kelompok ahli bidaah yang sesat. Menurut maklumat dibentangkan oleh pihak polis dalam seminar berkaitan, pada peringkat awal kemasukan tokoh JI dari Indonesia ke Malaysia seperti Abu Bakar Ba'asyir dan Abdullah Sungkar, hanya membincangkan isu bidaah dan furu'.

Tetapi, selepas masa berlalu pihak berkuasa mula sedar golongan yang pada mulanya mereka anggap hanya membincangkan isu bidaah ini adalah sarang kelahiran fahaman dan aktiviti ekstremisme.

Lihat sahaja ISIS atau IS dan sikap mereka terhadap isu sering dijaja sebagai bidaah. Mereka mengharamkan sambutan Mawlid Nabi di kawasan jajahan dengan mengatakan ia sebagai bidaah dan kesesatan.

Pada 2015, selepas IS mengiklankan permulaan Ramadan pada hari Jumaat, berbeza dengan kebanyakan negara Arab yang mula berpuasa pada hari Khamis, IS membuat pengumuman solat tarawih dibatalkan kerana ia tidak dilakukan pada zaman Nabi SAW.

Ini dilaporkan oleh Sheikh Sa'dun al-Nu'aymi, salah seorang imam di bahagian Ninowi, Iraq. Beliau berkata, Dewan Hisbah IS mengeluarkan perintah larangan itu kepada semua imam dan masjid serta mengancam hukuman kepada mereka yang melakukannya.

Sebahagian berita pula melaporkan IS melarang melakukannya lebih daripada lapan rakaat kerana mendakwa bilangan yang melebihi lapan rakaat adalah bidaah.

Tidak hairanlah salah satu konsep ilmu yang perlu dibincangkan dengan mereka yang terbabit fahaman dan aktiviti esktremisme berasaskan ideolofi takfiri adalah konsep bidaah menurut perspektif Ahli Sunah Wal Jamaah.

Mudah Terpengaruh

Sebahagian masyarakat Islam yang terpengaruh dengan konsep bidaah berasaskan ideologi takfiri juga dilihat kurang berlapang dada dan bertolak ansur dalam isu khilafiah serta furu.'

Sebahagian mereka dilihat tidak menunjukkan sikap hormat dan adab terhadap pandangan ulama muktabar, keputusan fatwa Jabatan Mufti Negeri atau Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Bahkan sebahagian mereka juga menunjukkan sikap kurang ajar dan berperwatakan kasar terhadap pihak lain yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka.

Maka tidak hairanlah jika beberapa Jabatan Mufti Negeri di Malaysia seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor mengeluarkan fatwa khusus berkenaan larangan mempertikaikan isu khilafiah dan furu.'

Isu bidaah ini jika tidak difahami dengan manhaj Ahli Sunah Wal Jamaaah ibarat api kecil yang boleh marak apabila disimbah ideologi takfiri. Pihak berkuasa agama di Malaysia patut memandang isu ini dengan serius kerana ia boleh menjadi sebab perpecahan masyarakat dan asas ektremisme bertopengkan agama.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/139044

Penulis adalah Ust. Dr. Abdullaah Jalil (USIM)

Rakyat perlu ulama berani..bukan kaki label..kata Mat Sabu..kah..kah..kah..

Rakyat perlu ulama berani..bukan kaki label..kata Mat Sabu..kah..kah..kah..

Tunjukkanla ulama PAN mana yg berani menyanggah DAP bila DAP masuk camput urusan org Islam..

......nak berucap pun kena rujuk Anthony Loke dulu lagi mau sembang lebat..mana tak kena label barua..dah buat perangai barua..pui!

Monday, August 22, 2016

Sang Imam Mahdi.

Sang Imam Mahdi.

Telah bersabda Rasulullah Saw : “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezhaliman dan kesemena-menaan, dan apabila kezhaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setetes pun dari tetesan airnya dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.”
(HR. Thabrani)

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari PENDUDUK SYAM , maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.”
(HR Abu Dawud)

JELAS BAHWA PENGIKUT IMAM MAHDI YANG MENDUKUNG IMAM MAHDI DALAM PERANG ADALAH DARI BANGSA SYAM BUKAN DARI BANGSA ARAB ATAU IRAN !!!!!

Telah bersabda Rasulullah Saw :
“Al-Mahdi berasal dari ummatku, dari KETURUNAN ANAK CUCUKU .”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah Saw :
“Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Ka’bah.”
(HR. Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah Saw, “Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah NEGERI SYAM ke Baitullah (Ka’bah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka.
(HR. Ahmad).

“Kalian perangi JAZIRAH ARAB dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian PERSIA ( IRAN ), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum (Romawi), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi DAJJAL, dan Allah beri kalian kemenangan.”(HR Muslim)

JELAS SUDAH KEMUNCULAN IMAM MAHDI KELAK YANG AKAN MEMERANGI JAZIRAH ARAB DAN IRAN DIMANA KEDUA DAERAH TERSEBUT TELAH DI KHABARKAN NABI SAW SEBAGAI TANDUK SETAN (NAJD) AKHIR ZAMAN !!!!!

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah nama gelar, sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diartikan secara bebas bermakna “Pemimpin yang telah diberi petunjuk”. Dalam bahasa Arab, kata Imam berarti “pemimpin”, sedangkan Mahdi berarti “orang yang mendapat petunjuk”.
Nama sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadist, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad), nama ayahnya pun sama seperti nama ayahnya Rasul yaitu Abdullah. Jadi nama aslinya adalah Muhammad bin Abdullah.
Selama masa kepemimpinan Imam Mahdi maka kaum muslimin akan hidup bertabur nikmat dan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kedatangan Imam Mahdi pada dasarnya akan mempersatukan kaum muslimin yang terpecah dan berkelompok-kelompok. Dan setelah mampu mempersatukan kaum muslimin maka imam Al-Mahdi menegakan negara Islam dalam satu bendera.

Pendukung pasukan imam Mahdi berasal dari :
Lebanon, Palestina, Jordan, YAMAN . Suriah juga IRAQ.
Bukan dari negeri ARAB SAUDI WAHABI atau IRAN SYIAH !!!
Silahkan share buat umat Muslim lain yg blm paham hakikat ajaran yg berasal dari jazirah arab yg memerangi kaum Ahlusunnah wal Jamaah diseluruh dunia.
Inilah peta Hijaz tempat Nabi Muhammad SAW tinggal, Sumber Fitnah : Najd, serta 2 negeri yang diberkahi Allah : Syams dan Yaman.

Sunday, August 21, 2016

Mufti tidak perlu ada blog. Mufti juga tidak perlu bermain isu politik. Mufti juga tidak perlu tulis lagu puisi dan sajak .. keluarkan album .... alahaiiiii !


Saya pernah dengar dari mulut guru tua saya, dah lama meninggal.
dia bercakap tentang mufti, kerja kerja mereka, kedudukan mereka dan akhlaq akhlaq yg perlu mereka jaga
Nak bercakap sikit apa yg saya ingat tentang mufti :
Dah lama nak cakap
Dari apa yg saya faham ..... Mufti tidak perlu ada blog. Mufti juga tidak perlu bermain isu politik. Mufti juga tidak perlu tulis lagu puisi dan sajak .. keluarkan album .... alahaiiiii !
Mufti yang sebenar ialah seorang yang diberi mandat oleh Sultan (atau Raja) sesebuah negeri sebagai pemegang fatwa bagi negeri tersebut.
Mufti adalah seorang yang memegang kedudukan tertinggi selepas Sultan. Tugas mufti amatlah berat, termasuk menulis fatwa, menyimpan fatwa dan membatalkan fatwa.
Jika dibandingkan dengan sistem perundangan Malaysia, mufti itu sebenarnya setaraf dengan seorang hakim.
Pasti ramai yang tahu bahawa seorang hakim tidak boleh keluar minum sebarangan, tidak boleh ke pasar, tidak boleh berjumpa orang ramai, dan sebagainya.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa mufti juga begitu. Kata-kata seorang mufti adalah wajib untuk diikuti, melebihi daripada kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulamak.
Sebagai contoh, katakan di dalam sesebuah kitab terdapat hukum bermain seruling adalah harus. Mufti pula mengatakan bermain seruling itu haram. Maka terbatal lah penyataan di dalam kitab itu, manakala kata-kata mufti pula yang wajib diikuti. Demikianlah tingginya darjat seorang mufti.
Dengan kata lain, seorang mufti bukan seorang pendakwah, tetapi seorang pendukung. Tugasnya pula bukan menegakkan agama, tetapi memelihara agama. Tidak boleh berjumpa orang ramai di pasar, menerbitkan album, aktif berblog, dan sebagainya, supaya kredibiliti seorang mufti itu terpelihara.
Akhir zaman ni semua sudah tunggang terbalik
Mufti keluar bermain golf, pakai topi berlidah seperti yahudi, bersantai bergelak dalam restoran dan kedai makan..
Mungkin sebab itulah agama kita jadi tonggang langgang ?
Begitulah apa yang saya tahu dari tuan guru