Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 8, 2019

Penangguhan Critical Dialogue oleh TGHH

JALIL IBRAHIM...KISAH ANAK MELAYU YANG DIBUNUH KEJAM KETIKA SIASAT KES PENYELEWENGAN TERBESAR NEGARA





JALIL IBRAHIM...KISAH ANAK MELAYU YANG DIBUNUH KEJAM KETIKA SIASAT KES PENYELEWENGAN TERBESAR NEGARA

JALIL IBRAHIM...KISAH ANAK MELAYU YANG DIBUNUH KEJAM KETIKA SIASAT KES PENYELEWENGAN TERBESAR NEGARA SELAMA beberapa hari ini saya banyak bercerita mengenai wira-wira dalam pasukan keselamatan yang dilupakan atau seolah-olah tidak dipedulikan jasa dan pengorbanan mereka. Ada yang bertanya, di kalangan orang awam pula bagaimana?

Kalau tanya saya, jawapan yang terus terlintas dalam fikiran adalah kisah Allahyarham Jalil Ibrahim, seorang juruaudit dalaman Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). Ya mungkin ramai yang tahu kisahnya dan mungkin ramai yang tidak. Takpe, saya 'refresh' semula kisah Jalil. Begini,

BBMB ada sebuah anak syarikat yang dikenali sebagai Bumiputra Malaysia Finance (BMF). Nak diringkaskan cerita, terdapat satu penyelewengan dalam BMF di mana syarikat itu dikesan meluluskan pinjaman yang gila babi punya besar iaitu sebanyak RM2.5 billion kepada sebuah syarikat di Hong Kong, Carrian Group pada sekitar awal tahun 80an.

Bayangkan begitu mudah BMF bagi pinjaman sebesar dan semudah itu kepada syarikat Carrian ini. Ruparupanya Carrian telah memberi sejumlah rasuah atau ganjaran kepada beberapa pegawai kanan BMF untuk meluluskan pinjaman berkenaan, jilakeee! Masalah besar mula timbul apabila syarikat Carrian mula nak muflis dan tak boleh bayar pinjaman mereka kepada BMF. Lalu sebagai syarikat induk, pada tahun 1983, BBMB telah menghantar Jalil ke Hong Kong untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.

Di Hong Kong pula, dalam pada dah nak bangkrap tu, pegawai kanan Carrian masih cuba melobi agar BMF terus memberikan pinjaman kepada mereka dan benda ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Jalil. Kemuncaknya Jalil telah dibunuh dan mayatnya dicampak di sebuah kebun, Allahu!

Polis Hong Kong mengesahkan menerima laporan daripada rakan sekerja Jalil bahawa dua pegawai Carrian Group datang ke pejabat pada 18 Julai 1983 meminta diluluskan pinjaman dengan kadar segera dan Jalil telah menelefon agar permohonan itu tidak diluluskan dan ini mungkin antara penyebab yang menyumbang kepada pembunuhannya.

Mayatnya ditemui dalam keadaan takde dompet dan kad pengenalan diri, cuma apa yang dijumpai adalah duit syiling Malaysia dalam poketnya. Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai.

Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan. Sebelum itu, Jalil dah serahkan laporan auditnya sepanjang berada di Hong Kong kepada pegawai-pegawai atasannya yang berada di KL. Kalau nak cerita detail pasal kes BMF ni sampai esok pun tak habis. Kes ni catat sejarah kat Hong Kong kerana perbicaraannya saja mengambil masa hampir 17 tahun untuk diselesaikan! Apapun kita sepatutnya bangga kerana anak muda seperti Jalil sangat berpegang kepada amanah dan integriti. Walaupun beliau mungkin boleh mendapat 'habuan' kalau meluluskan pinjaman tambahan yang diperlukan syarikat Carrian itu namun beliau tetap bertegas enggan meluluskannya sampai beliau dibunuh dengan kejam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, wira yang tidak didendang - Jalil Bin Ibrahim SYAHRIL A. KADIR Petaling Jaya, Selangor.


https://lobakmerah.com/kisah-jalil-ibrahim-anak-melayu-yang-dibunuh-selepas-berjaya-bongkar-kes-penyelewengan-terbesar-negara/?fbclid=IwAR2yLQIH5f8M2NfomUg07H5HkF4_OeY3GpWUaDnG-9abNv2jZE8t5kZLM3I

Friday, October 4, 2019

Kerajaan PH cakap Kerajaan BN dulu banyak tiris, coba congak yg ni

GST 6% dulu kutip sekitar RM40billion setahun.
SST 10% + 6% sekarang kutip sekitar RM20billion.
Bila ditanya kepada salah seorang pembangkang (ketika itu) bagaimana Pakatan Harapan akan 'cover' kekurangan RM20billion lagi, jawabnya;
"Kami akan dapatkan RM20billion itu melalui menutup ketirisan."
So yang kurang adalah RM20billion. Dulu, dengan duit lebih RM20billion dari GST ni lah pelbagai pemberian kepada rakyat diwujudkan.
Sekarang, dah lebih RM200billion keluar (Petronas RM82billion, hutang baru RM100billion, jual aset RM25billion).
Tapi subsidi berkurang.
Pemberian kepada rakyat berkurang.
Biasiswa berkurang.
Gaji tak naik.
Bonus tak bertambah.
Pinjaman pelajaran tak hapus.
Pendidikan percuma tak ada.
Yuran universiti meningkat.
Pasaran saham merudum.
Ringgit naik mendadak.
Ekonomi tak stabil.
Hutang tak berkurang.
Persoalannya adalah, tiris ke tidak dulu?
Kalau tiris, maknanya ada RM20billion lebihan dan untuk apa tambah hutang baru, ambil rizab dan jual aset?
Kalau tak tiris, ke mana RM200billion tu pergi? sape boleh kaji yang nie.

Wednesday, October 2, 2019

RANTAU PANJANG VS PAYA JARAS

RANTAU PANJANG VS PAYA JARAS
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Nak suruh kita kata isu penebangan pokok getah di Rantau Panjang oleh kerajaan negeri sebagai "Kerajaan PAS umpama Yahudi", sama macam kita kata kerajaan PH Selangor sebagai Yahudi dalam isu Paya Jaras.
2) Walaupon kedua-dua isu ini adalah isu tanah kerajaan, tapi isu Paya Jaras tu tebang rumah orang. Isu Rantau Panjang tebang pokok getah. Ada beza di situ.
3) Isu Paya Jaras, kalau penduduk heret masuk mahkamah pun penduduk Paya Jaras yang diroboh rumah mereka itu pasti akan kalah, kemudian buat rayuan juga - akan kalah.
4) Sama sahaja isu peserta Felcra di rantau Panjang, yang sudah kalah di mahkamah dan juga kalah dalam rayuan. Sebabnya, ia adalah tanah kerajaan. Memang kita tak blame pun isu milik kerajaan.
5) Nak kata tak bagi tawaran lain sebagai pampasan, peserta Felcra sudah diberi tawaran 3 ekar untuk setiap perserta yang terlibat, dan tanah yang diambil balik oleh kerajaan itu untuk dimanfaatkan pula oleh hampir 500 orang lain yang miskin dan memerlukan.
6) Tapi peserta tolak tawaran 3 ekar, dan bawa fight di mahkamah. Kalah. Buat rayuan, juga kalah. Memang kalah laa dah terang-terang hak kerajaan. Kalau nak saman, kau kena saman Felcra, bukan saman kerajaan negeri.
7) Samalah dengan isu Paya Jaras. Penduduk sudah diberi tawaran Rumah Selangorku. Diberi tempoh, Diberi notis. Taknak juga pindah. Kerajaan berhak merobohkan rumah mereka.
8 ) Tapi isunya timbul sedikit pada janji ADUN Paya Jaras, dan perobohan tidak mengikut notis dan janji. Tiba-tiba roboh. Sudah lah roboh, mangsa roboh terpinga-pinga rumah sudah hilang.
9) Di mana nak bermalam, anak-anak kecil, orang tua uzur, batas-batas aurat, makan minum, nak berlindung dari sejuk panas, masalah jerebu teruk dan sebagainya. Nak cari rumah baru dalam masa sehari dua memang sukar untuk 90 keluarga.
10) Ini sahaja isunya untuk Paya Jaras. Inilah punca dikatakan Yahudi, bukan pasal kerajaan berhak atau tak berhak. Isu belas kasihan dan ihsan. At least ADUN turun padang. Memang tak perlu turun jumpa penduduk, sebab giler hape jumpa orang tengah marah. Mau remuk muka kena tinju maut Pendekar Laut. Just conduct apa-apa yang patut untuk ringankan kesusahan orang yang hilang rumah secara sekelip mata. Tunjukkan belas ihsan.
11) Isu tebang pokok, tak melibatkan tempat tinggal dan tempat berteduh. Ia hanya melibatkan hal pendapatan peserta. Tak kacau pun tempat tinggal, makan minum, nak berlindung panas sejuk dan sebagainya. Yang kerajaan negeri nak kena tunjuk belas ihsannya adalah bagaimana caranya nak ganti sumber pendapatan mereka yang hilang.
12) Kalau nak kata kerajaan Kelantan Zalim jugak, silakanlah. Tapi tak boleh samakan dengan Yahudi sebab isu Paya Jaras dah sama dengan Yahudi. Cari laa contoh lain. Kelantan ni macam Turki la kut duk tindas Kurdistan. Zalim betul Kerajaan PAS Turki ni.
Sekian
p/s: Sapa laa yang jadi peguam untuk peserta Felcra tu. Lemah betoi hujah sampai boleh kalah..

Apabila Tahu Kebenaran,Wanita Kristian Ini Peluk Islam | Dr. Zakir Nai



Apabila Tahu Kebenaran,Wanita Kristian Ini Peluk Islam Dr. Zakir Nai

Tuesday, October 1, 2019

LOGIK YANG TAK SAMA, GADUH TAK KE SUDAH

LOGIK YANG TAK SAMA, GADUH TAK KE SUDAH

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kenapa orang PAS tak kisah diperli berkawan dengan UMNO? Saya rasa sebab depa dulu lawan UMNO bukan kerana nama dia UMNO.

2) Yang duk lawan UMNO kerana nama dia UMNO adalah PKR, DAP dan AMANAH. Dah tukar nama jadi PPBM, elok je pakat berkawan dalam PH.

3) Sebab itu juga saya rasa, orang-orang PH tak kisah diperli berkawan dengan Mahafiraun, bapak pelingkup negara, orang yang terlibat dengan skandal-skandal besar negara selama memerintah 22 tahun. Kerana dia bukan lagi UMNO. Dia PPBM.

4) Logik orang PAS dan logik orang PH berbeza. Tapi masing-masing pakat troll dan sindir dengan logik syok sendiri. PAS tak terasa pun disindir berkawan dengan UMNO. PH pun tak terasa ditroll berkawan dengan PPBM dan Tun Mahathir.

5) Orang PH perli PAS duk sanjung perasuah, penyamun, penyangak. Berpuluh tahun lawan UMNO, kini berkawan dengan UMNO.

7) PAS pun perli PH duk angkat bapak pelingkup negara jadi PM. Berpuluh tahun melawan Tun M, hari ini angkat Mahafiraun itu jadi PM balik.

8 ) Saya nak bagi idea kepada PH untuk kasi PAS sokong DS Anwar jadi PM. Lepas Tun M letak jawatan nanti, DAP boleh buat propaganda supaya Lim Kit Siang jadi PM8. Kemudian team PKR marah.

9) Bikin drama jadi panjang sikit seolah-olah Lim Kit Siang dapat sokongan majoriti. Buat kempen seolah-olah ada dua pilihan kritikal untuk PM8. InshaAllah, PAS akan ke depan menyatakan sokongan kepada DS Anwar atas nama mudarat yang lebih kechil. Logik PAS.

10) Tapi kalau dah dekat sangat dengan pilihanraya, saya rasa PAS akan biar Lim Kit Siang jadi PM8. Bwahahaha...

Sekian