Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, January 9, 2015

Ketua Editortabloid Charlie Hebdo di Perancis telah publish karikator Nabi Muhammad berbogel

Dunia Akhir Zaman
20 September 2012 by denaihati
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, adakah dunia sudah sampai dipenghujungnya apabila Dajjal bertopengkan manusia sudah berani menyerang Islam tanpa rasa bersalah dengan perisai “KEBEBASAN BERSUARA”. Individu-individu tertentu dengan segaja menyerang Islam dan pemerintah negara yang berkaitan membiarkan sahaja kerana katanya tidak mampu bertindak atas prinsip “DEMOKRASI”.

Bermula dengan filem “Innocence of Muslims” yang di arahkan oleh Sam Bacile. Google tak nak keluarkan filem kontroversi ini daripada Youtube dan Amerika pun tak nak mengarahkan Google mengeluarkan dari siaran kerana “KEBEBASAN BERSUARA”.


Gambar Pengarah Innocence Of Muslim

Di Malaysia ada ahli politik yang kata Islam membuang banyak masa dan tenaga menentang penghinaan ke atas Nabi Muhammad dan Islam. Mungkinkah kenyataan ini dikeluarkan untuk memastikan Islam Malaysia tidak bersatu? Jika benar maka matlamat itu berjaya kerana akhirnya kedua-dua pihak yang dimaksudkan dalam komen ini akhirnya akan membuat bantahan berasingan.



Terbaru dengan rasa penuh bangga Stephane Charbonnier Ketua Editortabloid Charlie Hebdo di Perancis telah publish karikator Nabi Muhammad berbogel. Tujuannya dengan segaja ingin memprovokasi umat Islam. Perdana Menteri Perancis tidak berbuat apa-apa kerana “KEBEBASAN BERSUARA”.


Ketua Editor Charlie Hebdo

Adakah mereka ini Dajjal bertopengkan manusia yang dengan berani menghina Islam?

Teringat pesan terakhir Rasulullah ketika menyampaikan Khutbah Haji Wida’ di Padang Arafah :

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

DEMOKRASI ada sistem musuh Islam yang pasti akan digunakan untuk memusnahkan Islam … kini sudah terbukti.

Semuga semua peristiwa terbaru ini menjadikan kita semakin dekat dengan ALLAH SWT kerana dunia akhir zaman sudah terlalu dekat.

Nota : YB Ngeh Koo Ham telah memohon maaf diatas kesilapan beliau – Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej