Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, October 25, 2015

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Catatan ucapan penutup dalam Seminar Bajet 2016


Catatan ucapan penutup dalam Seminar Bajet 2016.
Pada 24 Oktober 2015, Hotel Putra, Kuala Lumpur.

" ولا تجعل يدك مغلولة إلى عنقك ولا تبسطها كل البسط فتقعد ملوما محسورا "

" Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu dilehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan " ( Surah al-Isra : 29 )

1. Ayat ini menceritakan tentang konsep bajet yang disebutkan dalam al-Quran dan surah al-Isra' adalah termasuk dalam surah hikmah/kebijaksanaan yang menceritakan tentang pengurusan kewangan (bajet).

2. Walaupun ayat ini berkait dengan individu tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan negara yakni jangan bakhil dan jangan boros dalam mengurus kewangan.

3. Allah juga menerangkan prinsip kenegaraan dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan lain-lain dalam surah al-A'araf ayat 96:

"ولو أن أهل القرى ءامنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض ولكن كذبوا فأخذناهم بما كانوا يكسبون"

" Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"

Ayat ini menunjukkan perlunya dasar, konsep dan pelaksanaan yang betul dalam mengurus dan mentadbir negara.

5. Diceritakan tentang kisah Khalifah Sulaiman Abdul Malik dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Sulaiman meninggalkan harta pusaka kepada anaknya dengan beratus ribu dinar. Namun, Khalifah Umar Abdul Aziz meninggalkan harta pusaka hanya 20 dinar. Selepas beberapa tahun, menyaksikan anak Khalifah Sulaiman menjadi peminta sedekah dan anak Khalifah Abdul Aziz menjadi hartawan.

6. Pengajaran kisah ini adalah bajet bukan bergantung pada duit yang banyak tetapi orang yang mengurus dan pembangunan manusia amat penting.

7. Kita menyaksikan bajet yang mementingkan kerajaan bukan rakyat. Duit berpusing dalam kalangan pemimpin.

8. Kita tak menafikan penguasaan teknologi dengan melihatkan kepada sejarah tamadun Islam dan memperkasakan pembangunan teknologi dengan menterjemahkan ilmu dan pendidikan.

9. Sistem pendidikan negara mesti dalam bahasa ibunda bertujuan untuk meramaikan kepakaran tanpa menafikan kepentingan bahasa lain untuk berhubung dengan dunia luar.

10. Malaysia membebankan rakyat dengan cukai sedangkan hasil bumi cukup banyak dan sepatutnya hasil bumi ini dijana bukan mengenakan cukai untuk meningkatkan pendapatan negara.

11. Jika mahu dilaksanakan cukai seharusnya menepati konsep percukaian Islam (zakat, khazraj dan jizyah) iaitu diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin.

12. Cukai yang diambil dari orang kaya tidak membekukan harta. Bahkan menggalakkan pelaburan sehingga aliran duit berpusing dalam kalangan rakyat dan menggalakkan ekonomi negara.

13. Perlunya islah dan tajdid dalam percukaian. Hapuskan riba dan hidupkan Mudharabah dan Qardh Hassan

14. Kejatuhan ekonomi Amerika disebabkan riba sehingga bank percaya kerajaan akan bayar hutang bila pinjam sehinggakan kerajaan sendiri tidak mampu membayar hutang dengan riba. Dan Allah menyuruh agar diperangi ekonomi riba yang menjatuhkan ekonomi negara dan dunia.

15. Malaysia terkena tempias dengan ekonomi dunia dan sepatutnya negara menjana ekonomi dengan sumber sendiri. Kerajaan tidak boleh berhujah kejatuhan ekonomi negara dengan alasan kejatuhan ekonomi dunia.

16. Subsidi sepatutnya adalah mengamalkan konsep memberi mata kail bukan bagi ikan kepada rakyat. Murahkan harga barang keperluan dan barang pertanian seperti harga baja untuk menggalakkan ekonomi rakyat. Apa yang berlaku, rakyat tinggalkan sawah padi disebabkan tidak mampu membeli barang pertanian dan kesannya negara import barang luar ddan tidak menggalakkan ekonomi rakyat.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej