Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 6, 2015

Mungkin mereka tidak mengetahui yg kita muslim wajib dan mesti mempertahankan, menjaga, menaungi mereka ( non-muslin yg zimmi yg membuat perjanjian dan bai'ah dengan kita ) walau dengan darah dan nyawa kita

Bismillahirrahmaanirraheem.....
Kita beristiqaamah dlm PAS, selama mana PAS masih lagi berpegang kpd kebenaran alquran, hadis, ijmak ulama dan qias,
selama mana ia masih lagi mau memperjuangkan hak hak rakyat, masih mau berlaku adil, masih mau menentang kebatilan dan kezaliman.
selama mana ia masih lagi mengekalkan perlembagaan alquran dan hadis....
Walaupun Kita ada sedikit masalah dengan non-muslim yg masih lagi belum faham akan keadilan undang undang Islam. Masih ramai lagi non-muslem yg fobia dengan Islam, padahal kita dah lama menerangkan keadilan undang undang jenayah islam khasnya. Banyak video yg kita paparkan tentang hukum Islam, tak tahulah samada mereka melihat dan membuat penilaian tentangnya.
PAS tidak banyak peluang dan ruang nak terangkan kepada semua rakyat kerana kekangan media dan sebagainya. Tambahan pula mereka ditakut takutkan oleh mereka yg tidak bertanggung jawab.
Oleh itu kita minta banyakkan lagi majlis dialog dan sesi penerangan kpd kawan kawan non-muslim. Perbanyakkan lagi majlis ramah mesra, kenduri kendara (kerana makanan dapat mengeratkan lagi hubungan )
Sekiranya non-muslim benar benar faham undang undang sepertimana yg saudara Anthony Joseph dan beberapa kawan kawan dhpp faham , sudah pasti mereka tak ragu ragu lagi akan menyokong kita .
Mereka mungkin tak mengetahui yg Nabi kita sangat melarang keras kalau ada diantara kita yg menyakiti non-muslim yg membuat perjanjian damai dan tidak menentang Islam.
Mungkin mereka tidak mengetahui keadilan Islam sangat luas dan keadilan untuk semua manusia dititikberatkan dan difardukan.
Mungkin mereka tidak mengetahui bahawa Islam menjaga aqal manusia dengan mengharamkan arak, menjaga keturunan manusia dengan mengharamkan zina, menjaga harta dan keharmonian dengan mengenakan hukum hudud terhadap pencuri, perompak dan penyamun.
Mungkin mereka tak mengetahui bahawa segala hukuman ini dikenakan hanya terhadap mereka yg terlalu jahat saja. Mereka tak perlu takut dan bimbang.
Mungkin mereka tidak mengetahui yg kita muslim wajib dan mesti mempertahankan, menjaga, menaungi mereka ( non-muslin yg zimmi yg membuat perjanjian dan bai'ah dengan kita ) walau dengan darah dan nyawa kita
Saya harap luahan dan sedikit coretan ini akan diberi perhatian oleh para pemimpin kita, para penyokong dan non-muslin yg masih fobia dengan Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej