Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, December 13, 2017

DR MUHAIMIN SULAM, MUNGKINKAH AMANAH SEDANG MENGHITUNG HARI KEMATIAN ?

DR MUHAIMIN SULAM, MUNGKINKAH AMANAH SEDANG MENGHITUNG HARI KEMATIAN?
1. Tidak di nafikan di antara pimpinan AMANAH Negeri yang ada, Dr. Muhaimin Sulam di antara individu yang vokal dalam memberikan pandangan yang kritikal. Atau bahasa yang lebih mudah faham "berlawanan arus" terhadap partinya sendiri.
2. Teliti sahajalah ucapan beliau ketika membahaskan Pidato Presiden AMANAH dalam Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar pada bulan Oktober yang lepas.
“Jangan keghairahan pada cara yang liberal hingga hilang punca seperti lelayang putus talinya. Terawang-awang dan akhirnya menyembah ke bumi.”
“Keghairahan kita ke Putrajaya, jangan lupa persoalan symbolic yang fundamental dalam masyarakat kita. Nantinya, kita hanya jadi bidak-bidak di papan catur. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.”
“Jangan takut untuk bercakap soal Melayu, Raja, Bahasa dan Budaya. Ini adalah simbol-simbol pada terbinanya negara yang adil, saksama dan sejahtera.”
“Jangan terasa tidak progresif, tidak inklusif apabila bercakap tentang soal Melayu, Islam dan Bahasa. Ini adalah persoalan nasional. Soal negara. Jangan terlalu apologetic.”
3. Dan terbaru, ketika negara kita hangat dengan isu pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat. AMANAH di lihat antara partisan yang paling galak memanipulasikan isu ini, supaya kononnya parti yang menyokong idea "progresif, inklusif dan peduli rakyat" terus nampak releven dan cakna terhadap isu semasa.
4. Tidak dapat di gambarkan apakah perasaan Ustaz Ahmad Awang yang dahulunya di pandang tinggi ketika di dalam PAS terpaksa bergerak sendiri dalam demonstrasi arahan AMANAH 7 Disember lepas. Apakah silapnya percaturan Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir sehinggakan terlalu jelas sudah wujud dua kelompok yang berbeza di dalam AMANAH?
5. Atas kelompongan yang wujud, AMANAH anjurkan pula satu lagi demonstrasi pada 15 Disember ini dengan tujuan dan matlamat yang sama tetapi malangnya nama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tidak sama sekali di berikan perhatian, sebaliknya AMANAH masih lagi mahu menumpang populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad.
6. Mungkin di sebabkan tindakan AMANAH yang cuba menjadi jaguh kampung inilah menyebabkan Dr. Muhaimin Sulam yang juga Naib Pengerusi 1 AMANAH Perak, melahirkan rasa tidak senang terhadap pimpinan AMANAH yang terlalu kebudak-budakan dalam mendepani isu Palestin ini.
"Palestin: Posting Tak Sihat
Berapa kali nak tunjuk kuat? Hakikatnya kita enggan berkerjasama dalam soal sewajarnya bersama. Seratus tahun berdemo sekalipun, setakat itu sahaja."
7. Sudah-sudahlah berpolitik tidak tentu hala. Tidak salah dan berdosa pun AMANAH jika bersama Parti Suci kami ini dan NGO-NGO yang lain dalam kebersamaan berkenaan isu Palestin ini. Jangan heret masalah dalaman AMANAH bersama rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib Umat Islam di Palestin.
Iman Asyraff
24 Rabiul Awal 1439H

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej