Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, December 17, 2017

Khurafat moden hanya BN saja yang layak perintah


** Ini whatsap aku yg aku post dlm family aku, anak2 saudara dan abang2 aku ... aku tak kisah dah .... dah lama kita menderita ...***
********************************
Kenapa kita rakyat malaysia perlu lagi menaikkan pemimpin di kalangan yg berpenyakit ???
bukan kah ada alternatif lain ??
buang laaaa amalan politik "enjit enjit semut, sapa sakit naik ke atas" pemimpin yg ada masalah, kita naik kan dia ???
apa punya fikiran begini ?
puluhan tahun kita terlibat dlm politik, kita belajar di sekolah sama, buku yg sama, guru yg sama.... tapi malang... tak mampu menilai !! tapi nak sangat Malaysia menjadi negara maju ....!
syarat nak maju, pemikiran rakyat kena maju dulu !!!
Malang sungguh negara ada rakyat yg berfikiran macam ini....
Terlalu sayang kepada Parti... bukan sayang kepada negara...!
Parti tu hanya satu organisasi yg diberi amanah untuk memerintah... kalau dah parti tu dah tak relevant.... dah mula reput... kenapa masih lagi diberi kepercayaan ?
Bukan kah perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dan demokrasi ?
Kalau dah tak boleh nak pilih parti mana yg sesuai... kenapa kita adakan pilihanraya ?
Secerdik mana sekalipun pemimpin.... kalau rakyat di-didik macam ini.... negara itu tak akan maju ke depan ?
Kalau sekiranya pembangkang dapat memerintah pula selepas ini dengan cara pemikiran dan doktrin doktrin yg karut marut dan khurafat politik ini gaya.... ia tak akan dapat mengubah apa apa !?
Naiknya pembangkang jadi pemerintah, tapi pemikiran rakyat tak berubah.... suasana hiruk pikok politik tak akan kesudahan.....
Kalau puak pembangkang juga akan membawa pemikiran sebegini... dan menganggap hanya pembangkang saja yg layak memerintah selama lamanya..... kecelaruan ini akan berpanjangan...!
Didik dahulu rakyat bagaimana nak berpolitik, kenapa mereka mengundi, untuk apa demokrasi.... rakyat kena tahu menggunakan kuasa undi mereka sebaik baiknya..... barulah situasa yg telah dan sedang berlaku sekarang akan berubah ke arah lebih baik....
Bagi saya, saya tak akan terlalu taksub dengan mana mana parti.
Konsep DULU, KINI DAN SELAMA SELAMANYA ... adalah konsep yg salah dan tak patut kita buat ia sebagai doktrin.... samada di pehak pemerintah atau di pehak pembangkang.....
Sebagai rakyat yg punyai pendidikan dan akal fikiran, seharusnya mereka tahu hal hal kenegaraan, hal hal politik... hal hal pemimpin dan kepimpinan.
JANGAN JADIKAN PEMERINTAH & KERAJAAN ITU SEBAGAI TUHAN YANG TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI !!!!
Dalam Sejarah, tidak ada sebuah kerajaan yg kekal lama dan terus menerus adil dalam pemerintahan mereka... tidak ada.....!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej