KAUM LUT MEMPERSENDAKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN SEBAGAI "GOLONGAN YANG SUCI"
Mulakan hari dengan al-Quran
25 Syawal 1439H
25 Syawal 1439H
Firman Allah SWT:
﴿ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ﴾
Maksudnya: "..usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci." [Surah al-Naml: 56]
Dalam ayat ini, Allah SWT merakamkan pula ucapan kaum Nabi Lut AS sebagai balasan terhadap tegurannya berkenaan perbuatan liwat dan mensia-siakan golongan wanita yang dilakukan oleh mereka.
Makna ayat ini menurut Imam Ibnu Jarir al-Tabari RH:
أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ عمّا نفعله؛ من إتيان الذكور في أدبارهم، استهزاءً بهم.
(Mereka adalah) orang-orang yang menyucikan diri daripada apa yang kita lakukan; iaitu mendatangi kaum lelaki (liwat) pada dubur-dubur mereka), kata-kata ini adalah sebagai mempersendakan mereka (orang-orang yang beriman).
[Mukhtasar Tafsir al-Tabari, hal.382]
[Mukhtasar Tafsir al-Tabari, hal.382]
sekarang mereka mempersendakan kita sebagai "PARTI SUCI"
jangan kesal dan terhina dng kata kata depa ... Dah ada sejarah perangai org org jahil dan jahat dlm alquran !!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej