Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, July 7, 2018

Sebagai muslim, kita wajib wala’ kepada orang Islam. Wajib mengasihi dan mencintai orang Islam

Allah swt berfirman :
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir (yg memusuhi islam )menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah” (Ali-Imran : 28)
Firman Allah swt lagi :
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong (memberi wala’ kepadanya) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah” (An-Nisa’ : 138-139)
Firman Allah swt lagi :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (At-Taubah : 71)
Firman Allah swt lagi :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia (memberi wala’ kepada mereka) yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu” (Al-Mumtahanah : 1)
Daripada ayat-ayat Al-Quran di atas, dapat kita fahami bahawa :
1) Al-Wala’ adalah wajib ke atas orang Islam sesama orang Islam secara umum. Tak kira samada di kalangan pemimpin mahupun rakyat. Tidak kira latar belakang keluarga mahupun parti. Hubungan sesama orang Islam dibina atas dasar Wala’
2) Haram wala’ kepada orang kafir harbi. Hubungan kita dengan orang kafir dibina atas dasar Al-Bara’.
Penjelasan
1. Sebagai muslim, kita wajib wala’ kepada orang Islam. Wajib mengasihi dan mencintai orang Islam. Jika mereka melakukan dosa, kezaliman atau kesalahan, wajib ditegur semampu mungkin. Kesalahan mereka wajar dikenakan hukuman selayaknya. Namun, tindakan ini tidak manghapuskan wala’ kita kepada mereka kerana mereka masih lagi beragama Islam.
2. Bara’ pula wajib ke atas orang Islam terhadap orang kafir. Maknanya, kita wajib berlepas diri daripada kesyirikan mereka dan membenci perbuatan yang telah melanggar hak Allah itu.
Apakah lagi kezaliman paling besar selain mensyirikkan Allah?
Firman Allah s.w.t :
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“sesungguhnya syirik adalah benar-benar kezaliman yang besar” (Luqman : 13 )
3. Orang Islam yang sebenar sama sekali tidak akan mecintai kafir, musuh Allah. Sebagaimana FirmanNya :
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” (Al-Mujadalah : 22)
Beza Wala’ dan Tasamuh Dengan Kafir
1. Kita perlu bezakan antara wala’ kepada kafir dan tasamuh (berbudi/buat baik) dengannya. Keduanya berlawanan. Wala’ kepada orang kafir diharamkan dan Tasamuh dengannya pula diharuskan.
Ramai orang hari ini mencampur adukkan keduanya lantas mendakwa kononnya bersifat tasamuh dengan orang bukan Islam padahal mereka sedang wala’ kepada bukan Islam.
2. Menurut Imam As-Syahid Syed Qutub, tasamuh yang dibolehkan hanyalah dalam muamalah individu. Bukan dalam isu aqidah. Juga bukan dalam urusan sistem sosial & politik atau sistem kenegaraan.[6] Kerana, maqasid poltik dan negara Islam adalah menegakkan syariah Allah. Mustahil musuh Allah ini mampu redha dengan penegakan syariah di dunia ini.
3. Tasamuh yang dimaksudkan juga hendaklah tidak sampai tahap kita meredhai orang kafir kekal dengan agama mereka[7]
Seorang anak hendaklah berbuat baik kepada ibubapanya sekalipun mereka berdua kafir. Firman Allah swt :
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
“Dan jika kedua (ibubapa) memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik” (Luqman : 15)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej