Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, September 21, 2016

Teks Ucapan Perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

*Teks Ucapan Perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat*

ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.

_Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa):_

Tuan Yang di-Pertua,
berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia.

Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua.

Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat",

"Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas
kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.

Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.

Tuan Yang di-Pertua,

saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini.

Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku.

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama.

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua,

Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.

Tuan Yang di-Pertua,

mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.

Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang,
kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan
dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.

Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.

Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan
senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa
dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya.

Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar.

Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undangundang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua,

akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja.

Sekian terima kasih.

25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 59 tahun Kemerdekaan

*25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 59 tahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan hari Msia*

Wahai Orang2 Melayu.

Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.

Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.

Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.

Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.

Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.

Wahai Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.

Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut di kuatkuasakan.

Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir,

ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-

1. Memperkukuhkan Islam sebagai  Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.
3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.
4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.
5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.
6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.
7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti  yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan. 
9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan.
10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.
11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.
13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.
14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.
15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.
17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini. 
18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.
19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.
20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.
21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
22.  Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di perkasakan dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.
23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu di tubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.
24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.
25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 negara di berikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan.

PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR. SEMOGA MRK AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.

(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)

Mohd Azam Bin Abdul  Aziz
Peguambela & Peguamcara

Monday, September 19, 2016

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat

POLITIK NAJIS yang diamalkan oleh khadam terus mengelirukan Muslim dan non Muslim seterusnya non Muslim mempersendakan amalan perubatan dan pengubatan cara Islam atau lebih dikenali dengan istilah Rukyah yang diamalkan atau diajar oleh Almarhum Tn Guru Haron Din, jadi disini saya mengambil kesempatan menjelaskan secara ringkas tentang Rukyah syari'yah.

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat :-

1) Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2) Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknaya
3)Berkeyakinan bahawa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Dengan ini saya sertakan dalil Rukyah ini.

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."

( QS. Al-Isra' : 82 )

Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit."

( HR. Muslim )

Sepatutnya Almarhum dikenang kerana jasa-jasa beliau didalam perubahan Islam dan intitusi perubatan di Malaysia khususnya namun usaha beliau dihina dan difitnah khadam demi kesinambungan seni najis Politik mereka.

Oleh : Dinie Putra Norikmar

misteri-al-naslaa-batu-besar-di-madinah

http://www.kabarmakkah.com/2016/09/misteri-al-naslaa-batu-besar-di-madinah.html

Kenapa pelacur cina bertumpu kat malaysia ?

Kalau orang melayu ditangkap melacur diluar negara walau seorang...heboh dan viral satu Malaysia....tapi kalau pelacur dari negara China tiap2 hari dan tiap2 minggu berpuluh orang ditangkap...ada atau tidak mereka hairan...adakah negara China tidak maju sehingga terpaksa melacur di negara orang?....ini bukan rasis...tapi nak bandingkan betapa teruknya nilai kemanusiaan bila tidak mengambil Islam sebagai keutamaan....jadi kalau ada sesetengah orang cina yang masih dengan kempen bantah RUU 355...kita tidak hairan...kerana mereka bimbang ekonomi dan kegiatan mereka dari terjejas...yang kita hairan melayu yang jadi khadam...macam mereka pula yang langgan pelacur siang malam....choiii
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=170077806766494&id=100012928273142

Jawapan kpd tuduhan husam

*KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB MENTERI BESAR KELANTAN*

1. Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Dato’ Haji Husam Musa dalam satu sesi ceramah yang telah diadakan pada 16 September 2016. Beliau telah membuat beberapa tuduhan terhadap YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang telah dilemparkan oleh YB Dato’ Haji Husam Musa terutamanya berkaitan pembalakan dan pengambilan tanah Kampung Laut sepertimana disebut dalam ceramah Ahli Dewan Undangan Negeri Salor terbabit.

3. Dakwaan kononnya Menteri Besar Kelantan telah meluluskan banyak kawasan pembalakan secara tebang habis untuk dijadikan ladang getah klon balak (TLC) adalah tidak benar, bahkan  menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, semenjak YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.

4. Tuduhan YB Dato’ Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang  dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan  penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas.

5. Berbalik kepada tuduhan YB Dato’ Haji Husam Musa dengan mengatakan bahawa  keseluruhan tanah Kampung Laut, Tumpat sudah habis diambil oleh Kerajaan Negeri, saya ingin jelaskan disini, keluasan bagi keseluruhan Kampung Laut adalah sebanyak 55 Ekar. Manakala kawasan yang terlibat bagi menjalankan projek Kampung Warisan Kampung Laut hanyalah 2.334 Ekar ataupun 4.2 % daripada jumlah keseluruhan Kampung Laut dan hanya 1.312 Ekar daripada keluasan tersebut melibatkan pengambilan tanah yang terdapat kediaman penduduk. Di samping bayaran pampasan pengambilan tanah, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah menyediakan lot-lot tanah beserta unit kediaman kepada penduduk yang terlibat sebagai tapak pemindahan.

6. Oleh yang demikian, saya berharap melalui penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa memelihara Negeri Kelantan daripada fitnah dan memohon agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus mentadbir negeri ini dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

_Sekian Terima Kasih._

*HAJI WAN ROSLAN BIN WAN HAMAT*
_Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Kelantan_
_17 Zulhijjah 1437H/19 September 2016M_

TG Haron Din Masih Mendidik Dalam Pemergiannya

C & P

TG Haron Din Masih Mendidik Dalam Pemergiannya

Membaca komen mentah dari haters TG Haron Din memang agak menyakitkan hati. Malangnya kesemua tuduhan itu tidak menjejaskan TG Haron Din malah menunjukkan kebodohan mereka sendiri.

Mengapa TG Haron Din mahu dikuburkan di US? Sindiran Jef Ooi kononnya TG Haron Din sanggup berkubur tanah kaifr dan tidak halal bakal memberi satu imej buruk penghabisan bagi musuh politiknya itu. Malangnya Jeff Ooi terlalu dangkal kerana beliau tidak tahu didalam Islam, pengurusan jenazah hendaklah dilakukan seberapa segera. Ini didikan terakhir TG Haron Din mengajar umat Islam perlunya menguruskan jenazah seberapa segera dan mengenepikan adat dan emosi. Perkara ini ada didalam agama kami. Beliau ajar dan kini beliau lakukan.

Kemudian tuduhan menanyakan dari mana beliau mendapat wang yang banyak untuk rawatan luar negara? Ramai menyindir dan menfitnah beliau mendapat dedak Najib dan berbagai tuduhan. Malah melabel PAS parti miskin seolah tak mampu pemimpinnya membayar rawatan luar negara. Sekali lagi kebodohan nyata haters yang lebih menggunakan jari berbanding akal fikirannya.

Perlu diketahui TG Haron Din bukanlah lebai cap ayam tukang bentang sejadah. Beliau adalah seorang Profesor dan juga penasihat syariah kepada syarikat gergasi negara. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku dan dijual serata dunia. Do you think he made RM1500 per month, or 5 or 6 figures just from his profesional career gaining? Kita belum bercerita lagi pendapatan beliau dari perniagaan. TG Haron Din juga adalah seorang businessman.

Tuduhan bahawa beliau tidak meyakini IJN dan rawatan dalam negara juga adalah satu tuduhan tanpa usul periksa. Cuba periksa rawatan jantung beliau di IJN sejak 5 tahun lalu.

Walaupun saya melihat komen yang mempersendakan bukan sahaja TG Haron Din, malah agama Islam itu sendiri mellaui komen orang cina, india dan non muslim, adalah tidak adil untuk menyalahkan semua bangsa cina, india malah non muslim secara keseluruhan. Theres a bad and good people in all races. Theres a lots of nice and good chinese, indian and non muslim out there. We must respect them.

Saya bermohon kepada rakan usahlah panjangkan kisah ini. Tidak sedikit pun ia memberi kesan kepada TG Haron Din malah agama Islam itu sendiri, malah menunjukkan kelemahan, kedangkalan dan keegoan haters. Sikap mereka yang terlalu memandang rendah kemampuan orang lain membuat mereka tidak sedar mereka sebenarnya ketinggalan. Kalau kita juga bersifat dan beremosi tanpa menggunakan akal seperti mereka, apa bezanya kita dengan mereka?

Semoga Allah kurniakan hidayah dan syafaat untuk kita supaya terus dengan talinya. Semoga kita tidak lalai dan pergi dalam permainan dunia akhir zaman ini. Barakallahufina.

https://www.facebook.com/shares/view?id=10207219562308001&overlay=1