POLITIK NAJIS yang diamalkan oleh khadam terus mengelirukan Muslim dan non Muslim seterusnya non Muslim mempersendakan amalan perubatan dan pengubatan cara Islam atau lebih dikenali dengan istilah Rukyah yang diamalkan atau diajar oleh Almarhum Tn Guru Haron Din, jadi disini saya mengambil kesempatan menjelaskan secara ringkas tentang Rukyah syari'yah.
Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat :-
1) Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2) Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknaya
3)Berkeyakinan bahawa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
Dengan ini saya sertakan dalil Rukyah ini.
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."
( QS. Al-Isra' : 82 )
Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit."
( HR. Muslim )
Sepatutnya Almarhum dikenang kerana jasa-jasa beliau didalam perubahan Islam dan intitusi perubatan di Malaysia khususnya namun usaha beliau dihina dan difitnah khadam demi kesinambungan seni najis Politik mereka.
Oleh : Dinie Putra Norikmar
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej