Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 23, 2016

PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP

*PROPAGANDA “PAS GABUNG UMNO” : DAP SUDAH TIDAK RELEVAN*

Oleh : Nasrudin bin Hassan

_PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP_

~ YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

1. Propaganda “PAS gabung UMNO” telah berulang kali dinafikan oleh PAS khususnya menerusi penegasan oleh Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS. PAS tidak akan menggabungkan partinya dengan UMNO dalam pilihanraya bahkan PAS akan melawan UMNO di mana-mana kerusi yang ditandinginya.

2. Pendirian jelas PAS ini sudah diketahui, difahami dan diterima oleh ahli-ahli PAS dan orang awam khususnya dalam kalangan kaum Melayu dan beragama Islam. Sikap PAS terhadap pelbagai pihak termasuk UMNO/BN serta Kerajaan pula yang berasaskan kepada ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)’ juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini.

3. Berita bertajuk _“Umno-PAS cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other”_ yang disiarkan di akhbar Nanyang Siang Pau pada 18 September 2016 tempohari adalah sama sekali tidak berasas dan tidak benar.

4. Kenyataan berspekulasi pemimpin DAP, Liew Chin Tong yang cuba membenarkan laporan yang tidak bersumber itu dilihat sebagai suatu tindakan melancarkan persepsi negatif bagi meragukan keyakinan orang awam dan memecahbelahkan sokongan kaum Melayu terhadap PAS setelah DAP semakin tidak diterima akibat keterlaluan dalam “menunjukkan” penentangan terhadap Islam dan perlaksanaannya di negara ini.

5. Suka saya tegaskan bahawa bukannya pendirian dan sikap politik PAS yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP lah yang sudah tidak lagi relevan. Kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik. Namun, adalah amat dikesali apabila cara itu masih digunapakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru "dendam" terhadap PAS. Sampai bilakah rakyat harus dididik dengan cara berpolitik sebegini?

6. Benarlah penegasan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS baru-baru ini bahawa *PAS tidak akan berkerjasama dengan DAP dan parti yang berkerjasama dengan DAP.*

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej