APAKAH BERDOSA MENEGUR DAN MENGKRITIK ULAMA?
Jika para ulama melakukan perkara2 khurafat, bermulut celupar, bermewah2 dan melakukan pembaziran eloklah ditegur.. Semua manusia buat khilaf waima ulama sekali pun kerana ulama itu juga manusia biasa bukannya malaikat..
Tiada nas yg soheh dari Al-Quran mahu pun Hadith Rasulullah saw yang menyatakan para ulama itu bebas dari khilaf dan salah juga bebas dari dosa besar dan dosa kecil.. jika ada sila kemukakan nas tersebut..
Juga Tidak ada nas yg soheh melarang umat menegur para ulamak.. jgn jadikan ulama sebagai para pendeta dan sami2 sembahan manusia.
Sirah membuktikan para imam dan ulama2 besar zaman dahulu sering ditegur oleh umat, termasuk ditegur oleh anak2 kecil yg belum baligh, ditegur oleh perempuan tua, ditegur oleh kaki arak juga ditegur oleh pelacur..
Mereka ni x baca kitab sirah ... punca keruntuhan empayar Abbasiah dan Othmaniah antara lainnya apabila para ulama mereka terlalu jumud sehingga menutup pintu2 ijtihad dlm mendepani zaman yg sentiasa berubah..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej