Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, September 19, 2016

TG Haron Din Masih Mendidik Dalam Pemergiannya

C & P

TG Haron Din Masih Mendidik Dalam Pemergiannya

Membaca komen mentah dari haters TG Haron Din memang agak menyakitkan hati. Malangnya kesemua tuduhan itu tidak menjejaskan TG Haron Din malah menunjukkan kebodohan mereka sendiri.

Mengapa TG Haron Din mahu dikuburkan di US? Sindiran Jef Ooi kononnya TG Haron Din sanggup berkubur tanah kaifr dan tidak halal bakal memberi satu imej buruk penghabisan bagi musuh politiknya itu. Malangnya Jeff Ooi terlalu dangkal kerana beliau tidak tahu didalam Islam, pengurusan jenazah hendaklah dilakukan seberapa segera. Ini didikan terakhir TG Haron Din mengajar umat Islam perlunya menguruskan jenazah seberapa segera dan mengenepikan adat dan emosi. Perkara ini ada didalam agama kami. Beliau ajar dan kini beliau lakukan.

Kemudian tuduhan menanyakan dari mana beliau mendapat wang yang banyak untuk rawatan luar negara? Ramai menyindir dan menfitnah beliau mendapat dedak Najib dan berbagai tuduhan. Malah melabel PAS parti miskin seolah tak mampu pemimpinnya membayar rawatan luar negara. Sekali lagi kebodohan nyata haters yang lebih menggunakan jari berbanding akal fikirannya.

Perlu diketahui TG Haron Din bukanlah lebai cap ayam tukang bentang sejadah. Beliau adalah seorang Profesor dan juga penasihat syariah kepada syarikat gergasi negara. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku dan dijual serata dunia. Do you think he made RM1500 per month, or 5 or 6 figures just from his profesional career gaining? Kita belum bercerita lagi pendapatan beliau dari perniagaan. TG Haron Din juga adalah seorang businessman.

Tuduhan bahawa beliau tidak meyakini IJN dan rawatan dalam negara juga adalah satu tuduhan tanpa usul periksa. Cuba periksa rawatan jantung beliau di IJN sejak 5 tahun lalu.

Walaupun saya melihat komen yang mempersendakan bukan sahaja TG Haron Din, malah agama Islam itu sendiri mellaui komen orang cina, india dan non muslim, adalah tidak adil untuk menyalahkan semua bangsa cina, india malah non muslim secara keseluruhan. Theres a bad and good people in all races. Theres a lots of nice and good chinese, indian and non muslim out there. We must respect them.

Saya bermohon kepada rakan usahlah panjangkan kisah ini. Tidak sedikit pun ia memberi kesan kepada TG Haron Din malah agama Islam itu sendiri, malah menunjukkan kelemahan, kedangkalan dan keegoan haters. Sikap mereka yang terlalu memandang rendah kemampuan orang lain membuat mereka tidak sedar mereka sebenarnya ketinggalan. Kalau kita juga bersifat dan beremosi tanpa menggunakan akal seperti mereka, apa bezanya kita dengan mereka?

Semoga Allah kurniakan hidayah dan syafaat untuk kita supaya terus dengan talinya. Semoga kita tidak lalai dan pergi dalam permainan dunia akhir zaman ini. Barakallahufina.

https://www.facebook.com/shares/view?id=10207219562308001&overlay=1

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej