Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
Kiyai Syukri ada menyebut di akhir zaman .. org yg cerdik yg punyai aqal tinggi akan menjadi fasiq dan fasad. Merekalah yg sepatutnya dihantar mengaji hal hal agama. Mereka punyak IQ tinggi tapi tidak mahu menjadi alim. Ibu bapa manghantar mereka cuma mengejar sijil dan kelebihan dunia.
Anak anak yg gagal pelajaran duniawi pula dihantar ke pusat pusat pengajian pondok agama. Patutkah HANYA Mereka yg tahap IQ rendah dihantar ke pusat pengajian agama. Manakala yg ada aqal tinggi pula tidak didedahkan kepada Ilmu agama.....
Bukan bermakna yg gagal akademik tidak patut dihantar mengaji agama ! BUKAN BEGITU MAKSUD KAMI ....!
Rugilah agama kita.. sepatutnya yg tinggi IQ ini lah yg sepatutnya dihantar mengaji Agama... kerena mereka perlu merancang dan mentadbir agama... memikirkan masa depan dan kesenimbungan agama.
Bukan kita menghina ... tidak sama sekali... CUMA KITA SANGAT KECEWA DAN TERKILAN DENGAN SIKAP ORG ISLAM YG SANGAT MEREMEH TEMEHKAN perjuangan agama... memudah mudahkan ilmu agama....DAN MEMANDANG LEKEH TERHADAP Agama sendiri...
Sekarang lihat.. APA SUDAH JADI.... !?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej