Setiap 5 tahun kamu datang cari kami.
Kamu perlu kami untuk kekalkan hidup
mewah kamu. Kamu perlu kami supaya kamu masih ada kerja untuk bayar kereta besar
kamu, rumah besar kamu dan makan besar kamu.
Kamu sedar, tanpa kami,
kamu tidak
mungkin dapat duduk dikerusi empuk dengan minum kopi dalam cawan tembaga.
Sebab kamu mahu hidup mewah, kami bercakaran sesama kami.
Kami caci hina
sahabat handai kami dan keluarga kami. Siang malam kami bergeseran ramai ramai
dengar pidato kamu, dengar suara kamu,
tatap wajah kamu.
Setelah itu kamu hilang, kamu sengih bangga apabila depan nama kamu ada tulis
YB.
Kamu jalan bongkak dengan pingat dan pangkat di dada. Kamu Hilang.
Tinggal lah kami dengan motorsikal buruk kami.
Tinggal lah kami dengan bumbung
tiris kami. Kami tetap macam itu,
jerih mencari rezeki. Tinggal lah kami berpaut
di dahan janji manis kamu.
Menunggu lagi 5 tahun untuk melihat muka kamu lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej