Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 27, 2014

Beza Iman Org Dulu Dengan Kita Sekarang

Iman org dulu dulu sangat berbeza dengan iman ummat akhir zaman....
Org dulu dulu akan sangat lurus dalam beragama. Contoh yg boleh saya berikan : Org dahulu...Seorang pencuri yg sedang mencuri .. bila ia melalui surau atau masjid.. dan ketika itu imam sedang membaca surah Alfatihah, dia (pencuri itu akan berhenti hormat). Bila sudah habis bacaan itu... dia (pencuri) akan teruskan perjalanan ! Di akhir hayatnya dia menjadi org soleh bahkan ada yg menjadi wali Allah !

Pencuri zaman Sekarang... Imam sedang membaca surah Alfatihah... dia teruskan dengan kerja mencuri ! Di hujung hayatnya... dia ketagih dadah sampai mati !
**
Org dulu dulu.. bila tuan guru sampaikan suatu pesanan atau nasihat agama... dia sangat taksub dengan nasihat dan pesanan agama tersebut. Tak perlu pun tuan guru memberi sebarang bukti sains, bukti logik akal dan segala bagai.. segala cakapan tuan guru dia sangat taksub .. tanpa berfikir panjang.. tanpa pertikai dia terus pakai ! Ada ramai org dulu dulu, mereka mendengar kelebihan sedekah dan infaq untuk Islam.... mereka terus lakukan tanpa banyak soal... tanpa banyak kerenah.... Guru Saya Syeikh Othman Lanai, tak lekat duit di tangan kerana bersedekah !

Org sekarang... Ustaz bagi hukum solat (atau seumpamanya) dengan bukti sains .. kelebihan solat dari segi sains... siap dengan bukti sains seperti bila sujud... urat otak paling atas terbuka dan saluran oksigen turut terbuka... dan para saintis mengakuinya.... siap dengan rajah sekali !   wah hebat ! kita dengar / terbaca  komen org sekarang dengan Subhanallah, Allahu Akhbar dan segala bagai.... tapi bila sampai masa nak ibaadat... bagi helah macam macam ... helah tak mahu buat ibaadat... siap dengan takweel... siapa dengan alasan... siap dengan segala macam halangan yg diada adakan..... untuk mengelak ibaadat.  Alangkah sedihnya kita bila kita minta sumbangan untuk jihad... untuk surau dan masjid... untuk maslahat Islam....TIADA SAMBUTAN.... Org yg sebut SUBHANNALLAH semasa ustaz memberi ceramah hal hal solat & kelebihan infaq tadi, satu sen pun dia tak bagi !

Penyakit ini telah terkena kepada kita semua ! Tak terkecuali ! 

SEBAB ITU SEGALA PROGRAM UNTUK MASLAHAT ISLAM TIDAK TERCAPAI !

Kita usahakan apa yg terbaik... kita pakat muhaasabah semula agar hati kita dan iman kita kuat semula... INSYA-ALLAH

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej