Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, May 31, 2015

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".(H.R. Muslim)
Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.
Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya yg pertama, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar.
Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Contoh yg kedua
Apa bila ada org nk melaksana kn hukum allah ada yg menghalangi nya dan ada yg mempersendanya ......mereka branggapan hukum allah tidak sesuai...dan ketinggalan zaman.......
Dan mereka menyokong undang2 sekuler....
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

Biodata Tuan Guru Hj Hadi Awang

PENDIDIKAN

YB Tuan Guru Hj. Abd Hadi mendapat pendidikan awal dari ayahandanya tahun 1955, seterusnya di Sekolah Rendah Rusila, tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab, Marang selama 5 tahun.

Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. YB. Tuan Guru Hj. Abd Hadi meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah dii peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi. Kemudian melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

YB. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu.

PENGLIBATAN DALAM P0LITIK TEMPATAN

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi melibatkan diri dalam arena politik sejak 1964 sewaktu masih menuntut lagi. Beliau pernah menjadi Setiausaha PAS, Cawangan Kg. Rusila sehingga tahun 1969. Selepas balik dari luar negara tahun 1976, beliau telah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu, kemudian pada 1977 menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Tahun 1983 dilantik menjadi Naib Presiden PAS. Apabila Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor dilantik menjadi Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS.

Berikutan Ustaz Fadzil kembali ke rahmatullah, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003. Beliau menjadi Presiden PAS hingga sekarang selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005. 

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mula bertanding pada pilihanraya 1978, di Dun Marang tetapi beliau kalah dengan kekurangan 64 undi sahaja kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zahid. Bagaimanapun pada pilihan raya 1982 beliau dapat mengalahkan Tengku Zahid dengan majoriti 320 undi. Pada tahun 1986, beliau menang sekali lagi di DUN Rhu Rendang (nama baru DUN Marang selepas persempadanan semula) tetapi kalah di Parlimen Marang dengan majoriti yang tipis. Beliau kemudiannya berjaya memenangi Parlimen Marang pada pilihan raya 1990, 1995 dan 1999 disamping mengekalkan DUN Rhu Rendang hingga sekarang.

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November, 1999, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac,2004 disamping menjadi Ahli Parlimen sebelum dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004.

PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Pada tahun 1994, YB. Tuanguru Hj. Abdul Hadi dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul , Turki. Menjadi AJK penyelaras gabungan parti-parti politik yang menangani isu Pa1estin berpusat di Amman , Jordan . Tahun 1990, menjadi, Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran , Iran . Beliau juga menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada tahun 1990 dalam usaha untuk menyelesaikan krisis Telok. Rombongan ini berbincang dengan Setiausaha Agung PBB ketika itu, Butros-Butros Ghali.

KEGIATAN LUAR

Walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi merupakan seorang ADUN, tetapi beliau tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Rusila khususnya memberi kuliah, ceramah seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.

Tanggungjawab Tuan Guru Hj. Abdul Hadi untuk memberi ilmu dan nasihat kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun beliau sibuk dengan tugas rasminya di DUN dan Parlimen. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau menyampaikan ilmu kepada rakyat.

Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat, pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi oleh seluruh rakyat khususnya pengundi di Marang.

Semuanya ini menjadi hobi Tuanguru sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Gelaran Yang Berhormat tidak sedikitpun menjejaskan imejnya untuk turun ke sungai memancing dan menjala ikan, serta memelihara kuda yang disayangi.

Pendek kata kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi amat disenangi rakyat dan merupakan seorang pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=210&Itemid=109

Friday, May 29, 2015

Hijabku tidak menghalang kemajuanku untuk mencapai nilai-nilai kehidupan

Hijabku tidak menghalang kemajuanku untuk mencapai nilai-nilai kehidupan"

1. Ahli politik Switzerland, Lousia Dahlab.
2. Menteri Perkembangan Sektor Awam Jordan, Nesreen Barakat
3. Ahli politik Turki, Marwah Qauqaji 
4. Isteri mantan Presiden Turki, Khairunnisa 'Gul
5. Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan
6. Pemenang Nobel Keamanan 2011 dari Yaman, Tawakkol Karman
7. Penyiar Berita dan Duta Nuklear Positif, Saudi, Mina Abu Sulaiman.



lawan pasma

selalu dengar ayat ni "kukuhkan pakatan rakyat". kalau kukuh pakatan rakyat, tapi quran buang belakang, kat mana syiar "alquran dusturuna" (alquran perlembagaan kami) tu? buang ke mana syiar tu?
bertahaluf ni ada syaratnya, kalau langgar syarat maka terbatallah tahaluf tersebut. jgn sebab nak jaga pakatan, maka syarat tahaluf dilanggar dan syiar dilongkangkan. itu tak betul. jalan ni panjang, penuh duri. banyak ranjaunya. SABAR itu kuncinya.
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1484447968512590&id=100008422022393


Dah lama tak tulis bab politik. Kelihatan isu yang agak hot sekarang ialah segolongan ahli PAS yang ingin menggantikan Presidennya dengan Ustaz Ahmad Awang,bekas YDP Persatuan Ulama' Malaysia.
Apakah punca utama nak tukar Presiden ?
1) Adakah kerana Ustaz Ahmad Awang lebih hebat berhujjah dan pidatonya sehingga dapat menarik masyarakat supaya minat kepada Islam dan segala sistemnya ? Adakah ini puncanya ? TIDAK.
2) Adakah kerana keperibadian Ustaz Ahmad Awang lebih mampu menarik golongan bukan Islam untuk sokong ajaran Islam atau sekurang-kurangnya mengundi PAS ?? Juga TIDAK.
3) Adakah rekod Ustaz Ahmad Awang memimpin PUM terlalu hebat sehingga mengatasi rekod kepimpinan Presiden PAS sekarang memimpin parti itu ?? TIDAK juga, PUM terlalu kecil dibandingkan dengan PAS.
4) Adakah kerana Ustaz Ahmad Awang memiliki network antarabangsa yang lebih luas dengan gerakan islam seluruh dunia jika dibandingkan dengan Presiden PAS sekarang yang merupakan Timbalan Presiden kepada Dr Yusof Qardhawi dalam Kesatuan Ulama Sedunia ?? Pasti TIDAK.
5) Yang saya faham, golongan yang nak tukar Presiden sekarang kerana satu kesalahan beliau, iaitu tidak mudah tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Beliau tegas dengan prinsip agamanya sehingga kelihatan tidak menguntungkan aspek politik pada pandangan golongan yang ingin tukar beliau.
Sekadar sedikit nasihat kepada para perwakilan.
AWASI SPR YANG MENGURUSKAN PEMILIHAN KETIKA MUKTAMAR !!!!

///
semua persoalan tuuuu ... mudah dijawab dan telah ada pun jawapan dari tghh dan majlis ulama PAS .... enteng saja .... 

tapi persoalan dan fitnah ini ... boleh kah mu jawab di depan Tuhan nanti Teuku Zacharyah Iskandar ?

mu mampukah bersoal jawab dengan tghh di depan Tuhan nanti ....

kalau mu rasa mu mampu ... silakan laaaah ! tak jadi kudis pun segala persoalan mu tuh kepada kami dan kepada TGHH !


ada lagi org tanya saya mana lebih baik , nak sokong tghh atau ustaz ahmad awang ....
saya kata, kedua dua baik, ulama ... ke dua dua PAS ...
tapi kita sering baca alquran, ingatkan balik ayat ini "

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
inilah hujjah saya kenapa tghh lebih baik, fahami betul betul maksud ayat = " kerana kamu menyuruh berbuat segala yg baik.......... ilakh "
tghh diberi kesempatan dan kelebihan kerana mengamalkan kerja kerja paling mulia yakni berdakwah dan menyampaikan ilmu . ini adakah kerja Nabi Nabi Dan Rasul rasul . Inilah dinamakan Ulama warasatul Anbiaak !
kalau tidak kerana kerja kerja dakwah dan penyampaian ilmu, maka tghh adalah sama dan setaraf dengan para ustaz yg lain lain .....
Kalau Allah memuji dan memuliakan Ulama yg menjalankan kerja kerja para Nabi..... kenapa kita sebagai hamba ini nak berpaling dan nak berlawan arus dengan kemahuan Allah dan Rasul ????
Mana hujjah kamu ?


saya tak mau terlibat dengan fitnah para mukmin dan ulama..... para munaafiq saja bersifat dan bersikap sebegini ......

tghh tak terkesan pun ... tapi kesian kat tuan tuan .... kerana tuan tuan akan sekali lagi berjumpa dan berdakwa dakwi dengan tghh di depan tuhan di akhirat nanti ..... kesian lah kat diri sendiri .... demi kerana politik , sanggup menghadapi pendakwaan di hari akhirat .... kesian kat tuan tuan ......

janganlah sifat jahil kita menjadi musuh kali ke dua di depan tuhan .......

**

  •  Ulama ialah org yg "pakar" dlm ekonomi berlandaskan Islam. kerana sekurang kurang nak jadi Ulama ialah mereka yg faham alquran dan hadis, yg khatam ilmu feqah dlm semua bab , yg khatam ilmu tasauf dan khatam ilmu usuluddin... kalau tidak dia tak dinamakan Ulama !

    ekonomi islam bersumberkan alquran dan hadis .....
    Like · 3 mins
  • Ayob Hussin Kalau ada org kata tghh dan alim ulama lain tak faham dan tak mahir bab ekonomi , memang tak boleh nak terima .

    cuba mu nilai balik kata kata tghh sebelum pru13 .... apa dia kata .....?

    dia kata kekayaan dlm sesebuah negeri adalah haram dipindahkan ke tempat lain selagi masalah kemiskinan di tempat itu tidak diselesaikan ...

    itu lah org yg "alim bab ekonomi dan juga faham erti kemanusiaan" bercakap dan berhujjah .... 

    org lain yg kononnya "pakar" ekonomi ada mengeluarkan kata kata hebat seperti itu ????

    adakah ?
*****************************

 Pemilihan PAS 2015: Siapa Pilihan Anak Muda Seperti Saya?

Jika saya seorang perwakilan, nescaya saya akan pilih orang-orang berikut;


Presiden: DSTG Haji Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib Presiden: Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, Ustaz Idris Ahmad dan Iskandar Samad.
Ketua Pemuda: Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kenapa saya memilih mereka semua? Ini jawapannya;

1. Kerusi Presiden perlu dipegang oleh orang yang punya prinsip yang tegas dan sangat menjaga dasar parti. DSTG Haji Abdul Hadi Awang memang terbukti dalam hal ini. Lihat kepada beberapa kenyataan terbaru beliau yang dilihat tidak mahu tunduk kepada telunjuk dan kehendak rakan tahaluf PAS, iaitu DAP dan PKR.

2. Dalam isu Hudud, Pihak Berkuasa Tempatan, Langkah Kajang dan sebagainya, Tuan Guru Presiden sangat lantang dan tegas mempertahankan dasar perjuangan parti. Kita tidak mahu seolah-olah kita menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya disebabkan kita bertahaluf dalam PR.

3. Sebetulnya saya tidak mahu langsung menyentuh peribadi apatah lagi membuat serangan terhadap lawan TGHH di sini. Apapun, apa yang boleh saya coretkan di sini, bila membaca kenyataan Ustaz Ahmad Awang, pencabar kerusi Presiden, beliau dilihat akan tunduk dengan segala permintaan rakan tahaluf. Ini amatlah tidak sesuai dengan cita rasa akar umbi, apatah lagi PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

4. Dari sudut kemampuan dan pengalaman, pastilah TGHH mendahului pencabar beliau. Manakala dari sudut keilmuan, TGHH jauh meninggalkan pencabar beliau. TGHH punya platform mengajar secara tetap (seminggu sekali) di Rusila. Saya tidak tahu pula pencabarnya mengajar di mana setiap minggu sehingga melayakkan beliau digelar tuan guru (dekat dengan muktamar baru kedengaran). Harap selepas muktamar, panggilan tuan guru itu masih melekat pada beliau. Jangan sekadar digunakan untuk tujuan kempen semata-mata.

5. Terakhirnya pencapaian dari segi penampilan dan ketokohan di peringkat antarabangsa. TGHH merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia. TGHH pernah menjadi tokoh pendamai antara Sunni-Syiah ketika berlaku pergolakan di Yaman. TGHH banyak terlibat di peringkat antarabangsa, sebagai wakil gerakan Islam di Malaysia untuk ke persidangan antarabangsa gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. Adalah sangat tidak adil bagi saya apabila ada yang mengatakan beliau tidak punya visi dan misi unuk parti. Apakah tidak cukup track record beliau sepanjang memimpin parti selama 13 tahun?

6. Mengenai Ustaz Tuan Ibrahim pula, beliau dilihat sebagai seorang yang mu'tadil dan wasatiy. Beliau seringi muncul sebagai tokoh pendamai di dalam parti. Watak ini sangat penting demi kelansungan dan survival jemaah. Tulisan beliau di Facebook dibaca puluhan ribu orang, malah diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

7. Ustaz Tuan seorang ulama' yang mesra ahli. Beliau seorang pemimpin masyarakat yang sangat mudah didekati. Setiap kali ceramah dan kuliah beliau selalu menyelitkan cerita-cerita yang berunsur motivasi dan terkadang sangat lucu. Beliau selalu bertindak sebagai motivator jemaah. Beliau punya ramai peminat di peringkat akar umbi. Sebagai calon popular, beliau dilihat mampu merampas kerusi Timbalan Presiden daripada penyandang asal, insya-Allah.

8. Mengenai tiga orang calon Naib Presiden yang menjadi pilihan saya pula, saya memilih mereka kerana pakej yang dimiliki oleh mereka. Dua orang daripada mereka adalah ulama' dan seorang lagi merupakan profesional. Sebuah gandingan yang mantap saya kira. Dengan kepaduan ulama' dan profesional, PAS akan mampu pergi lebih jauh dan punya harapan yang cerah untuk memerintah Malaysia.

9. Ustaz Nik Amar seorang yang kuat mendokong kepimpinan Tuan Guru Presiden dan selalu mempertahankan presiden, di kala orang lain sibuk mencerca dan memaki presiden. Kita memerlukan kepimpinan yang mempunyai kesatuan fikrah yang jelas dan saling menguatkan antara satu sama lain, bukan saling menjatuhkan. Dengan kelebihan sebagai seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan, memberi harapan besar kepada beliau untuk menang.

10. Ustaz Idris Ahmad juga dilihat sebagai seorang yang mu'tadil dan wasatiy. Beliau juga dilihat sebagai tokoh pendamai jemaah. Beliau sering diberi amanah memegang portfolio tarbiyah PAS, ia adalah aspek penting dalam jemaah. Beliau seharusnya dipilih oleh perwakilan sebagai Naib Presiden. Manakala YB Iskandar Samad pula juga seorang yang kuat mempertahankan Presiden. Lihat saja dalam isu Langkah Kajang dan pertukaran MB Selangor baru-baru ini.

11. Kenapa saya memilih Ustaz Nik Abduh sebagai Ketua Pemuda? Kerana beliau lebih 'alim dan faqih. Apa yang disebut di dalam gagasan terbaru KP Suhaizan, Generasi Al-Helmy yang menggariskan tiga elemen utama iaitu Rabbani, Faqih dan Haraki itu sendiri sudah ada pada batang tubuh Ustaz Nik Abduh.

12. Sedikit komentar saya mengenai gagasan baru yang cuba diperkenalkan oleh Saudara Suhaizan itu, setelah "kegagalan" gagasan sebelumnya iaitu Politik Budiman dan Ruhama', gagasan yang cuba dibawa itu cukup baik, cuma janganlah sekadar untuk dibuat iklan semata-mata. Biarlah bersungguh sedikit dari sudut pelaksaannnya nanti. Jangan bagi nampak gah pada slogan saja.

13. Jangan jadi seperti satu pihak yang dulunya selalu menyebut ingin menjadi seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tapi sekarang apa sudah jadi kepada beliau? Jangan nanti sampai digelar KP slogan. Slogan saja hebat, tetapi hasilnya tiada, zero. Sekadar teguran ikhlas daripada anak muda PAS.

Sekian. Saya mohon mencadang.

(Muhammad Nasih Ulwan Zakaria Attakiri)


***********

ada lagi org tanya saya mana lebih baik , nak sokong tghh atau ustaz ahmad awang ....
saya kata, kedua dua baik, ulama ... ke dua dua PAS ...
tapi kita sering baca alquran, ingatkan balik ayat ini "

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
inilah hujjah saya kenapa tghh lebih baik, fahami betul betul maksud ayat = " kerana kamu menyuruh berbuat segala yg baik.......... ilakh "
tghh diberi kesempatan dan kelebihan kerana mengamalkan kerja kerja paling mulia yakni berdakwah dan menyampaikan ilmu . ini adakah kerja Nabi Nabi Dan Rasul rasul . Inilah dinamakan Ulama warasatul Anbiaak !
kalau tidak kerana kerja kerja dakwah dan penyampaian ilmu, maka tghh adalah sama dan setaraf dengan para ustaz yg lain lain .....
Kalau Allah memuji dan memuliakan Ulama yg menjalankan kerja kerja para Nabi..... kenapa kita sebagai hamba ini nak berpaling dan nak berlawan arus dengan kemahuan Allah dan Rasul ????
Mana hujjah kamu ?

Orang Islam dulu tak potong basikal imam - Ustaz Azhar

Orang Islam dulu tak potong basikal imam - Ustaz Azhar
ASLANI M | 29 Mei 2015.

KOTA BHARU: Mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak boleh dicam apabila mereka meragui terhadap usaha Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (KJS), kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata orang Islam sendiri mengeluarkan kenyataan dengan mencipta pelbagai alasan termasuk mengatakan KJS belum sesuai lagi dilaksanakan.
“Ini adalah satu ujian. Ramai orang Islam sendiri merungut dengan mengatakan sekarang masa belum sesuai pelaksanaan KJS kerana masyarakat berbilang kaum. Mereka mencipta pelbagai helah dan alasan.

“Sedangkan tanpa sedar membolehkan kita mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak terhadap pelbagai alasan yang mereka sebut,” katanya pada program Bicara Murabi anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi. (Foto atas daripada Fb MB Kelantan)

Puluhan ribu rakyat Kelantan menyertai program malam tadi yang bermula solat Maghrib. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Nassuruddin Daud dan YDP MPKB BRI, Zamri Ismail.

Turut bertindak sebagai panelis pada program itu Sheikh Nuruddin Mambu al-Banjari, manakala Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani bertindak sebagai moderator.
Sebelum itu kuliah Maghrib disampaikan pensyarah UKM, Dr Izhar Arif. Menteri Besar kemudian mengimamkan solat Isyak. Program berkenaan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 MKPB diisytiharkan sebagai BRI.

Ustaz Azhar juga berkata orang Islam sekarang tidak segan silu lagi mengkritik ulama yang jarang dilakukan masyarakat Melayu sebelum ini.

“Orang Islam zaman dahulu sangat menghormati ulama. Ketika menaiki basikal mereka tidak akan memotong kalau imam mengayuh basikal di hadapan.
“Masyarakat Melayu zaman lampau tidak melanggar adat. Tetapi sekarang motosikal imam pun ada yang sanggup kebas,” katanya.

- HARAKAHDAILY 29/5/2015

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204400005260837

Transcrip Soal Jawab Yang dikatakan Fitnah Pil Kuda

peguam planntif: Dato'Seri merujuk kepada penyata saksi Dato'Seri soalan 1 hingga 23 yang telah Dato'Seri bagitahu tadi ada atau tidak Dato'Seri menafikan memberi ceramah yang mengatakan yang ada calon calon bertindih kerusi jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: tidak

peguam planntif: Dato'Seri setuju dengan saya Dato'Seri ada memberi ceramah yang mengatakan calon calon bertindih kerusi jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: saya sebut secara umum
peguam planntif: ada Dato'Seri sebut tentang calon calon bertindih kerusi ini menjual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: ada
peguam planntif:Dato'Seri merupakan ahli majlis presiden pr bukan ?Dato'Seri
Dato'Seri TGHH:betul
peguam planntif:sebelum apa apa percalonan untuk bertanding akan bersetuju meletakan calon mana yabg akan bertanding di kerusi kawasan mana?
Dato'Seri TGHH:kita diberi senarai nama secara umum menyeluruh adapun menentukan terpulang pada negeri masing masing
peguam planntif:ada majlis sebagai ahli majlis ada bersidang untuk menyelaras untuk percalonan kerusi bertanding sebelum 20 april?
Dato'Seri TGHH: secara umum kita menerima daripada negeri terlebih dahulu
peguam planntif: dan ada Dato'Seri selaku ahli majlis presiden pr untuk gugurkan calon calon yang akan bertindih kerusi dengan pas pkr?
Dato'Seri TGHH:tidak,,,,, tidak,,,,,,,,,, kerana itu terpulang pada negeri masing masing
peguam planntif: setuju Dato'Seri tak gugur calon pas yang bertindih kerusi ini kerana nak kan kemenangan pas?
Dato'Seri TGHH: kemenangan pakatan rakyat bukan pas sahaja
peguam planntif:Dato'Seri telah memberi ceramah mengatakan ada calon calon bertindih kerusi ini menjual pil kuda .Ada atau tidak Dato'Seri maklumkan kepada sesiapa di pkr?
Dato'Seri TGHH: tidak saya menerima...errrr maklumat ...errrr daripada risikan parti ...errrr tentang calon calon secara umum oleh kerana keluar media saya terpaksa membuat kenyataan secara umum juga.
peguam planntif: media mana Dato'Seri keluarkan dulu calon calon pkr yang bertindih kerusi ini jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: saya tidak ingat...errrr media ini menyebut calon pkr
peguam planntif:bila dato' sri terima maklumat mengatakan calon-calon kerusi bertindih jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH:tentang secara spesifik tidak ada cuma kita menerima calon -calon tidak mempunyai kelayakan
peguam planntif:adakan dato' seri terima maklumat sebelum pencalonan atau selepas pencalonan untuk PRU 13?
Dato'Seri TGHH:menerima umum sebelum pencalonan. kalau menerima selepas pencalonan tidak ada makna apa-apa lagi.
peguam planntif:dato' seri kata menerima maklumat,boleh bagitahu sape yang memberi maklumat ini kepada dato' seri?
Dato'Seri TGHH:risikan parti.
peguam planntif:dan selepas terima maklumat ini, ada atau tidak dato' seri telepon atau memaklumkan kepada kepimpinan PKR tentang maklumat yang dato' seri telah terima bahawa calon-calon bertindih kerusi ini ada jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: tidak. itu urusan negeri masing-masing.
peguam planntif: ade dato' seri telefon?
Dato'Seri TGHH: tidak ada.
peguam planntif:dato' seri merupakan presiden pas , betul?
Dato'Seri TGHH: ya, betul.
peguam planntif: sebagai presiden pas, yang diberi tanggungjawab besar untuk pastikan kemenangan PR telah terima maklumat tapi tidak salurkan maklumat itu kepada pucuk kepimpinan PKR?
Dato'Seri TGHH: itu terpulang kepada kepimpinan masing-masing.
peguam planntif: ada Dato'Seri bagitahu atau tidak?
Dato'Seri TGHH:tentang
peguam planntif:terima maklumat ada rsisikanmangatakan ada calon calon jual kuda ini?
Dato'Seri TGHH: itu ada maklumat secaraumum saya sudah tentu bagitahu maklumat cara umum yang berkait dengan akhlak dan sudah tentu tidak ?wajar bagi saya menyenaraikan orang oranya dan tidak wajar bagi saya menyenaraikan nama namanya.
peguam planntif: ada Dato'Seri maklum kepada pucuk kepimpinan pkr
Dato'Seri TGHH:tidak
peguam planntif:tapi Dato'Seri pasti tentang maklumat ini boleh dipercayai maklumat ini?
Dato'Seri TGHH:maklumat tentang
peguam planntif:yang mengatakan ada rsisikan mengatakan calon calon bertindih ini pkr jual pil kuda
Dato'Seri TGHH: tidak khusus pkr sahaja,iya
peguam planntif:setuju Dato'Seri apabila taksebut nama calon yang terlibat Dato'Seri mengatakan calon yang bertindih kerusi dengan pas betul?
Dato'Seri TGHH: iya, iya
peguam planntif:apabila Dato'Seri tak sebut nama calon yang terlibat ini akan menyebakan kesemua calon calon yang bertindih kerusi dengan calon pas dianggap sebagai penjual pil kuda?
Dato'Seri TGHH:itu bukan urusan saya
peguam planntif:setuju atau tidak?
Dato'Seri TGHH:itu bukan urusan saya
peguam planntif:setuju atau tidak
Dato'Seri TGHH: itu bukan urusan saya itu pahaman masing masing
peguam planntif:setuju atau tidak
Dato'Seri TGHH:saya tidak setuju begitu
peguam planntif:Dato'Seri setuju perjualan pilkuda satu kesalahan jenayah yang berat?
Dato'Seri TGHH: ya
peguam planntif:merosakan masyrakat betul?
Dato'Seri TGHH: ya betul
peguam planntif:ada atau tidak Dato'Seri sebagai tok guru presiden pas mantan menteri besar terengganu ada membuat laporan polistentang calon calon yang menjual pilkuda ini?
Dato'Seri TGHH: tidak tidak bagaimana nak buat laporan saya tak tahu orangya.
peguam planntif:Dato'Seri Dato'Seri sendiri tidak tahu siapa calon bertindih kerusi ini jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: iya
peguam planntif:Dato'Seri sendiri membuat anggapan tentang kesemua calon mengatakan calon menjual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: itu tuduhan yang tidak betul saya menganggap kesemua calon menjual pil kuda itu tidak betul
peguam planntif:Dato'Seri tidak tahukan mana satu calon?
Dato'Seri TGHH: ya
peguam planntif:kalau Dato' seri sendiri tidak tahu calon mana yang jual pil kuda, juga tidak pasti mana satu calon jual pil kuda, setuju kalau saya katakan tok guru menfitnah calon-calon yang bertanding kerusi bertindih. setuju atau tidak?
Dato'Seri TGHH: tak setuju
peguam planntif: setuju kalau saya katakan dato' seri ceramah yang telah dibuat oleh dato' seri tanpa memberi nama spesifik calon-calon yang terlibat telah mengakibatkan plaintif hilang kepercayaan dan maruah diri tercemar dikalangan orang ramai.Setuju atau tidak?
Dato'Seri TGHH: saya tidak setuju
peguam planntif: setuju dato' seri kalau saya katakan sebagai tok guru segala ucapan yang dato' seri beri dipercayai oleh masyarakat. Setuju?
Dato'Seri TGHH: saya tidak setuju, sebab saya tidak sebut nama.
peguam planntif: (soalan ulangan) Soalan saya,
Dato'Seri TGHH: ya?
peguam planntif: segala ucapan akan dipercayai oleh masyarakat.
Dato'Seri TGHH: ya, dipercayai masyarakat dan dipercayai juga saya tak tuduh kepada sesiapa.
peguam planntif: dato' seri bersetuju yang dato' seri tidak berbohong kepada masyarakat apabila memberi ceramah.
Dato'Seri TGHH: itu dosa besar dari segi agama islam. (Allahuakhbar!!!! (laungan dari penyokong pas))
peguam planntif: dato' seri tahu kalau bohong itu dosa besar semua..tahu semua...,tetapi dato' seri sendiri tidak tahu kebenaran risikan dato' seri kerana dato' seri tidal tahu calon mana yang menjual pil kuda.
Dato'Seri TGHH: saya percaya pada risikan dan saya tidak sebut nama siapa yang menjual pil kuda tak ada sebab seseorang yang tidak disebut namanya merasa dia terkena begitu. (Allahuakhbar!!!! (laungan dari penyokong pas))
peguam planntif: kalau dato' seri sendiri tidak pasti calon mana setuju?sendiri tidak pasti? calon mana?
Dato'Seri TGHH: ya
peguam planntif:dan dato' seri telah dengar cakap risikan ini percayai apa yang mereka cakap dan memberi ceramah betul?
Dato'Seri TGHH: betul dan saya mahu calon yang mempuyai integeriti yang tinggi secara umum kepada pakatan rakyat.olehsebab itu ucapan saya umum.
peguam planntif: tapi umum itu ada tersentuh calon calonbertindih jualpil kuda?
Dato'Seri TGHH: bukan.. edar dadah,berjudi,minum arak
peguam planntif: tapi tentang spesifik benda ini Dato'Seri tak pernah mencari kebenaran sebelum memberi ceramah siapa yang menjadi dalang jual pil kuda ini? ada atau tidak?
Dato'Seri TGHH: saya bukan seorang hakim saya pemimpin parti saya tak jatuh hukuman pada orang.
peguam planntif: setuju saya katakan Dato'Seri beri ceramah ini hanya untuk kemenangan parti pas sendiri?
Dato'Seri TGHH: kemenangan pakatan rakyat
peguam planntif: tetapi setuju kalau saya katakan Dato'Seri telah menfitnah dan mengtohmah mengatakan calon calon bertindih ini pkr jual pil kuda?
Dato'Seri TGHH: siapa yang saya fitnah?
peguam planntif: setuju Dato'Seri kalau saya katakan dengan tidak menamakan namasecara spesik nama calon telah merosakkan nama baik plantif yang merupakan salah satu calon yang bertindih kerusi pas iaitu pas di bukit besi ? setuju atau tidak?
Dato'Seri TGHH: tidak,,,,,,, tidak setuju
peguam planntif: dan setuju Dato'Seri tidak perdulikan kesan buruk terhadap calon calon pkr yang bertindih kerusi yang Dato'Seri telah menuduh sebagai tertilbat dalam kegiantan janeyah pil kuda?
Dato'Seri TGHH: tidak,,,,, saya tak sebut pkr saya tak setuju
peguam planntif: Dato'Seri setuju bahawa shamsul ini adalah salah seorang calon pilihanraya pada pru 2013 setuju?
Dato'Seri TGHH: itu terpulang pada pkr
peguam planntif: soalan saya setuju atau tidak pada piliharaya umum ke 13 nama en mohd shamsul ini telah dinamakan sebagai seorang calon pkr pada piliharaya umum ke 13 setuju atau tidak?
Dato'Seri TGHH: itu saya tidak setuju,,,,,,,,,,,,,,,,,,apa-apa ulang balik soalan
peguam planntif: tak apa saya dah terima jawapan Dato'Seri
TGHH: ulang sekali lagi,ulang sekali lagi
peguam defenden: mintak mudahkan soalan
hakim: adakah tok guru tahu bahawa shamsul adalah calonpkr untuk bertanding di kawasan bukit besi yang meawakili pkr?
Dato'Seri TGHH: ah,,,,,,,,,,,,, ah,,,,,,,,,,, saya tidak tahu.

Wednesday, May 27, 2015

Pada 2012.. Ahmadi Maslani... dgn bangga menyatakan PR yg rugi bila FGVH disenaraikan

Pada 2012.. Ahmadi Maslani... dgn bangga menyatakan PR yg rugi bila FGVH disenaraikan, bukan peneroka....

Kini 2015... terbukti ramalan Ahmad Maslan tidak tepat sama sekali.. FGVH diniagakan dibawah harga listed.. dan kemungkinan akan di nyah senaraikan dari BSKL. dimana kerajaan akan menggunakan DANA AWAM untuk membeli unit saham..FGVH...jadi.. bukan PR yg rugi, juga bukan Ahmad Maslan.. tapi rakyat sekali lagi..


kata kata 7

kami , pelajar pelajar pondok dan penuntut ilmu, tak kelam kabut. kami ada panduan , ada petunjuk jalan......

pondok adalah gedung ilmu dan ilmuan..... di sana kami ambil pengajaran dan pelajaran ....

setakat ini, org org pondok masih menyokong TGHH dan ulama .....
maka mana petunjuk yg lebih baik dan jalan yg lebih baik dari itu ?


  • menurut kamus dewan, Barua ada 2 (dua) makna, 

    1 - talibarut, gunting dlm lipatan

    2 - maki hamun

    adakah TGHH bermaksudkan yg no 2 ?


    atau para pembencinya yg saja saja membuat tohmahan ?


     kalau kamu berada semasa perang Siffin ... macam mana kamu nak buat keputusan ??? Nak sebelah Saiyyidina Ali atau Saiyyidatina Aisyah atau kamu akan jadi puak khawarij ???

    HANYA ILMU DAN PERTOLONGAN ALLAH AKAN MENYELEMATKAN KAMU KETIKAMANA FITNAH MELANDA.....

    INGAT TUH ! Sebab itulah Nabi telah berpesan, bila kita di zaman fitnah, kita hendaklah berada di dalam majlis ilmu, bersama Ulama (sekiranya kita jahil). Tapi kalau sudah alim, kita hendaklah memilih untuk beruzlah atau berdakwah......

    Aura Terengganu.
    Perjuanga atas dasar ISLAM, orang tak pertikai dah.
    Masalah sekarang, pengurusan parti pada tahap hancur.
    Mampu ke Pas membela rakyat?

    Ayob Hussin adakah dengan bertukarnya pemimpin akan menjamin tiada lagi perselisihan selepas ini ? berapa % tuan yakin ianya akan beres dan lancar ? hatta di zaman saiyyidina ali pun umat berperang ... adakah saiyyidina ali tidak bagus dan harus juga dipecat dari jawatan khalifah ?

    Aura Terengganu .
    Nak betulkan macam mana kalau dah hati batu...


    Ayob Hussin saya lihat perpecahan selama ini bukan disebabkan TGHH ....

    sejak langkah kajang lagi ... malahan sebelum itu lagi, bunga bunga dan bibit perpecahan telah berlaku ....

    dengan timbulnya PASMA , telah meyemarakkan lagi ....
Allah telah dan sedang merancang, org kuffar juga merancang, org munafiq juga sedang merancang... org mukmin juga sedang merancang .....

Tapi Allah Sebaik baik merancang ..... ku serahkan semuanya kepada ilmu dan taqdir Allah ....sambil kita berusaha dan merancang

nun di sana ... di mesir sana, kekuasaan telah dapat kepada ikhwaanul muslimeen ...... tapi ia dapat dirampas oleh kuffar dan sekular .... ADAKAH IA SALAH DR MURSI ????

fikir fikirkan ..... tak ada siapa pun mahu kerajaan Islam tumbang ..... tak ada sapa pun ia berlaku begitu !!!

Fikir fikirkan .....

Allah dah bagi peringatan sejah lebih 1400 tahun lagi .... org kafir musyrik tak akan sekali kali reda dan senang dengan org mukmin dan islam .... mereka akan merancang apa yg terdaya untuk memecah belahkan ummah dan agar ummat membenci ulama ..... kerana hanya ulama saja YG memahami kehendak Allah dan Rasul, dan memahami musibah yg bakal diterima oleh Ummat ..... HANYA ULAMA SAJA FAHAM HAL HAL UMMAH ! INGAT TUH ...!

saya lebih suka kepada pemimpin yg selalu adakan majlis ilmu, yg selalu menyeru agar umat takut , melakukan amar makruuf nahi munkar .... yg ada madrasah di sebelah rumahnya yg sentiasa mengambilberat hal hal umat setempat dan juga antarabangsa ..... fikir fikirkan ..... siapa yg lebih layak .....?

ulama yg memarisi ilmu dan dakwah ( ada majlis ilmu dan mengajar adalah dikira mewarisi kerja kerja nabi )


cuba buka kembali kitab ( MINHAAJUN ABIDEEN ) petunjuk dari ulama terkenal, Imam Alghazali - hujjatul Islam ms 26 baris bawah:
lebih kurang macam ni -
kalau kita terjumpa sesuatu masalah yg gharib dan susah kita nak buat keputusan samada salah atau betul, maka kita lihat dulu dan rujuk dulu dlm alquran, kalau tidak temui, maka kita lihat pada hadis, kalau tidak temui, kita lihat dan rujuk Ulama atau qias......

**** mustahil kita org biasa akan faham alquran dan hadis tanpa panduan dan tunjuk ajar dari alim ulama..... KENAPA KITA HARUS LARI DAN MENJAUHI MEREKA ? ****
kalau kita masih lagi was was dan keliru, maka kita lihat di mana majoriti Ulama dan org soleh duduk. perkumpulan Ulama dan org soleh sebelah mana .... maka sertai lah mereka ... insyaAllah kamu tidak akan menyesal dan akan mendapat petunjuk ......
ikutlah ajaran ini insyaAllah tuan akan selamat dunia dan akhirat !

Imam Al Ghozali: “ Dia (setan) akan mengemas dan menyuguhkan keburukan dalam bentuk kebaikan sehingga sulit membedakannya. Kebanyakan hamba Allah binasa dengan hal seperti ini”.
Para pujangga dulu pernah berkata:
اَلْعَسْكَرُ الَّذِى تَسُوْدُهُ الْبَطَالَةُ يُجِيْدُ الْمُشَاغَبَاتِ
“Pasukan yang tidak punya tugas, sangat potensi membuat kegaduhan/ kacaubilau”.
(pasukan yang tidak punya tugas, para penganggur, seperti air yang menggenang, jadi sumber penyakit. seperti kata Imam Syafii “Air yang tergenang dalam diamnya, akan tercemar lalu membusuk.”
***** selalunya yg buat kacau dan fitnah bukan di kalangan ahli jamaah ... tapi org luar !!! ****

Setan tidak mengatakan, “Ini hasutan dan saya adalah setan”.
Akan tetapi ia akan menyamar seperti orang yang zuhud dan ahli ibadah.
Ia akan berkata dengan fasih seperti seorang penasehat yang tulus.
Bila ia telah berhasil menipu, mengacaukan dan memecah belah, maka ia akan lari sambil terbahak-bahak, sedang mereka menangis.
Imam Al-ghazali



Sapa kata Najib & Geng tak reti memerintah ?
Tuuuuh !
Hutang hutang negara dipindah kepada Rakyat !
Hutang hutang negara dia bagi rakyat tanggung !
Depa puak puak menteri senang lenang dengan segala kemudahan, elaun, kenaikan itu dan ini .......
Kalau tak bijak.... kita nak panggil apa ?
Depa bijak..... kita kena pijak !
Depa cerdik...... kita rakyat kena jadi hamba !
RAKYAT TU TAK KITA PENYOKONG BN KE ATAU PEMBANGKANG ... SEMUA TERKENA !
KENA MAIN DENGAN PUAK MENTERI ......!!!!!!! ???

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204414938834167