Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, May 27, 2015

Melayu / Islam Tidak Selamat Di Bawah Pemerintah Bukan Islam

Melayu / Islam Tidak Selamat Di Bawah Pemerintah Bukan Islam.







Ada pemimpin besar negara China pernah berkata “doesnt matter if the cat is black or white , as long as it catches mice” - Tak kira lah kucing itu hitam atau putih , asal kan dia boleh menangkap tikus.


Erti kata bukan mengukur kucing melalui warna bulu nya tetapi kebolehan menangkap tikus yang lebih utama.


Apa kaitan dengan nya dengan atikel ini?


Lebih kurang maksud , tak kira lah UMNO atau PAS, asal kan Melayu/Islam terselamat dan boleh di selamatkan dibawah pemerintahan nya.PKR pula bagaimana? oh selagi watak yang menyebabkan parti itu ujud masih ada , itu sahaja lah jangka hayat nya, Insyallah.


Kerana ujud dan hidup mati parti itu berpaksi kepada watak utama yang memimpin nya sahaja.


Perumpaan asal kan kucing itu boleh menangkap tikus, juga diguna pakai oleh pihak musuh sebelah sana, tak kira lah UMNO atau PAS asal kan ia boleh digunakan.


Dan umum pun tahu parti mana yang telah berjaya  digunakan.


Baru baru ini seorang blogger Singapura bernama Roy Ngerng berusia 33 tahun telah disaman oleh Lee Hsieng Loong atas sebab dikata kan menulis atikel memfitnah Perdana menteri itu.





Apa yang menarik disini ada lah kisah bagaimana pemerintah yang didominasi oleh kaum cina tidak tahan kepada kebebasan kepada penyiaran dan maklumat.


Malah sejarah saman menyaman telah pun kami tulis diblog ini.Ia hanya atas sebab mahu membuktikan betapa tegas, keras dan tiada belas ihsan pemerintah yang bukan beragama islam bertindak , waima kepada kaum mereka sendiri.


Harus di ingat Singapura masih lagi menyimpan akta ISA mereka walaupun negara mereka sudah aman dan maju.


Jika di sini di Malaysia , ada peguam menyatakan ia hukum ketinggalan zaman dan tidak releven, malah dikata kan hukuman zalim. Namun negara yang dikira lebih advance dan maju  dari negara kita masih lagi menyimpan nya.


PAP sebagai pemerintah masih lagi mempraktik hukuman zalim, dan PAP ada lah abang kepada DAP , maka DAP menyanjung kepimpinan zalim, dan PAS pula menyanjung DAP.


Apakah tujuan negara jiran masih menyimpang hukuman ISA? siapa musuh mereka? orang cina? orang Melayu?


Itu sebab nya bijak mana dan maju mana pun orang melayu di Singapura , mereka tetap melaporkan diri kepada boss besar mereka ia itu orang cina.


Sehingga kini tiada pun parti melayu atau pejuang melayu yang terkenal ada di Singapura. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di sana.





Diatas semenanjung pula pemerintah yang beragama buddha dari negara Thailand masih dengan kekangan mereka kepada kawasan majoriti Islam.











Tiada majlis kahwin atau kenduri yang selamat tanpa ada kejadian menembak.


Semua sekolah ada lah dalam bahasa Thai, tiada pula yang boleh buka sekolah venukalar bahasa Kelantan atau pun bahasa melayu.


Naik atas lagi kaum Rohingya yang beragama Islam sudah pun hancur dan tidak beridentiti.


Bukan sahaja “foodless” atau pun “cashless” malah lebih teruk mereka juga “stateless”. tanpa negara .


Jika negara yang mereka tinggal pun mereka tidak di iktiraf , apa kah negara yang mereka tuju mahu mengiktiraf mereka?












Mereka dikejar di buru lalu di bunuh.


Seperti orang islam Pattani dibunuh, yang membunuh tidak dikategori sebagai orang beragama Buddha , selain di panggil militari atau pun tentera Thai sahaja.


Begitu juga yang membunuh kaum Rohingya , mereka tidak digelar pemerintah Buddhist atau pembunuh dari kaum beragama buddhist bahkan dikata kan pemerintah tentera dari kaum majoriti Myanmar sahaja.


Agama di asingkan dari pembunuh dan agama mereka dilihat cantik dan indah pengamal kebaikan dan keamanan.


Hanya jika yang membunuh itu berkait orang Islam sahaja maka agama di kaitkan.


Pembunuh orang Palestin ada lah penganut agama Judaism, tetapi pernah kah terkait Judaism dengan pembunuhan? tidak ,  yang disebut hanya lah tentera Israel.
Kini negara kita sedang dibaraikan sedikit demi sedikit oleh anasir beragenda.


Kerana mereka sedar orang melayu senang dimanipulasi dan digunakan


Malah di berikan jawatan dalam lembaga air dengan  gaji RM 10,000 pun mereka boleh menjual bangsa mereka.


Dengan mengumpan seorang wanita melayu yang bergaji RM10,000 pun melayu sudah boleh mengaku yang memberi itu orang baik baik.


Melayu buta apa yang terjadi kepada saudara seagama nya di negara jiran atas dan bawah.


Jika negara di atas masih mengunakan pisikal, dibawah pula cukup dengan siasah dan dakyah sahaja dan sudah  hancur lah melayu tanpa kuasa.


Kini dengan segala tipu helah dan saraf mereka sedang cuba memilki kuasa mengunakan watak watak dari kaum melayu sendiri.


Senang sangat melayu digunakan. Melayu tidak fikir mereka tidak selamat jika di perintah oleh kaum lain dengan melihat apa terjadi di negara jiran atas dan bawah.


Jika ada dari kalangan melayu sendiri yang memberi amaran maka dikata nya rasis dan amal nasionalisma. Melayu sudah tidak kenal siapa kawan dan siapa lawan. Begitu parah kedudukan bangsa melayu di negara ini.


Yang berjuang mengunakan agama pun tewas pada permainan sendiri, malah pemimpin maksiat lah yang mereka hampir dengan pelbagai alasan dan ulasan. Jauh sungguh dari apa yang agama islam terangkan.


Melaka tumbang sebelum perang kerana pemimpin nya dibawa lari dan sebelum diserang talibarut sudah menyampaikan kekuatan tentera dari dalam kepada musuh di luar.


Kini nampak nya cara yang sama sedang diguna kan. Watak dari kaum melayu sendiri menjadi badut dan kitol.


Sedar lah melayu , kaum sendiri yang memerintah ada buat silap tidak boleh diterima nya, kaum lain yang banyak silap sebelum berkuasa amat di sanjungi pula.


Muhasabah diri lah melayu, anak bini kamu tu, bangsa lain nak sayang ke? Kaum lain ada belas ihsan ke? Fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej