selalu dengar ayat ni "kukuhkan pakatan rakyat". kalau kukuh pakatan rakyat, tapi quran buang belakang, kat mana syiar "alquran dusturuna" (alquran perlembagaan kami) tu? buang ke mana syiar tu?
bertahaluf ni ada syaratnya, kalau langgar syarat maka terbatallah tahaluf tersebut. jgn sebab nak jaga pakatan, maka syarat tahaluf dilanggar dan syiar dilongkangkan. itu tak betul. jalan ni panjang, penuh duri. banyak ranjaunya. SABAR itu kuncinya.
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
Syed Mohd Norhisyam with Kilat RebelHead and 20 others
Dah lama tak tulis bab politik. Kelihatan isu yang agak hot sekarang ialah segolongan ahli PAS yang ingin menggantikan Presidennya dengan Ustaz Ahmad Awang,bekas YDP Persatuan Ulama' Malaysia.
Apakah punca utama nak tukar Presiden ?
1) Adakah kerana Ustaz Ahmad Awang lebih hebat berhujjah dan pidatonya sehingga dapat menarik masyarakat supaya minat kepada Islam dan segala sistemnya ? Adakah ini puncanya ? TIDAK.
2) Adakah kerana keperibadian Ustaz Ahmad Awang lebih mampu menarik golongan bukan Islam untuk sokong ajaran Islam atau sekurang-kurangnya mengundi PAS ?? Juga TIDAK.
3) Adakah rekod Ustaz Ahmad Awang memimpin PUM terlalu hebat sehingga mengatasi rekod kepimpinan Presiden PAS sekarang memimpin parti itu ?? TIDAK juga, PUM terlalu kecil dibandingkan dengan PAS.
4) Adakah kerana Ustaz Ahmad Awang memiliki network antarabangsa yang lebih luas dengan gerakan islam seluruh dunia jika dibandingkan dengan Presiden PAS sekarang yang merupakan Timbalan Presiden kepada Dr Yusof Qardhawi dalam Kesatuan Ulama Sedunia ?? Pasti TIDAK.
5) Yang saya faham, golongan yang nak tukar Presiden sekarang kerana satu kesalahan beliau, iaitu tidak mudah tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Beliau tegas dengan prinsip agamanya sehingga kelihatan tidak menguntungkan aspek politik pada pandangan golongan yang ingin tukar beliau.
Sekadar sedikit nasihat kepada para perwakilan.
AWASI SPR YANG MENGURUSKAN PEMILIHAN KETIKA MUKTAMAR !!!!
///
semua persoalan tuuuu ... mudah dijawab dan telah ada pun jawapan dari tghh dan majlis ulama PAS .... enteng saja ....
tapi persoalan dan fitnah ini ... boleh kah mu jawab di depan Tuhan nanti Teuku Zacharyah Iskandar ?
mu mampukah bersoal jawab dengan tghh di depan Tuhan nanti ....
kalau mu rasa mu mampu ... silakan laaaah ! tak jadi kudis pun segala persoalan mu tuh kepada kami dan kepada TGHH !
ada lagi org tanya saya mana lebih baik , nak sokong tghh atau ustaz ahmad awang ....
saya kata, kedua dua baik, ulama ... ke dua dua PAS ...
tapi kita sering baca alquran, ingatkan balik ayat ini "
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
inilah hujjah saya kenapa tghh lebih baik, fahami betul betul maksud ayat = " kerana kamu menyuruh berbuat segala yg baik.......... ilakh "
tghh diberi kesempatan dan kelebihan kerana mengamalkan kerja kerja paling mulia yakni berdakwah dan menyampaikan ilmu . ini adakah kerja Nabi Nabi Dan Rasul rasul . Inilah dinamakan Ulama warasatul Anbiaak !
kalau tidak kerana kerja kerja dakwah dan penyampaian ilmu, maka tghh adalah sama dan setaraf dengan para ustaz yg lain lain .....
Kalau Allah memuji dan memuliakan Ulama yg menjalankan kerja kerja para Nabi..... kenapa kita sebagai hamba ini nak berpaling dan nak berlawan arus dengan kemahuan Allah dan Rasul ????
Mana hujjah kamu ?
saya tak mau terlibat dengan fitnah para mukmin dan ulama..... para munaafiq saja bersifat dan bersikap sebegini ......
tghh tak terkesan pun ... tapi kesian kat tuan tuan .... kerana tuan tuan akan sekali lagi berjumpa dan berdakwa dakwi dengan tghh di depan tuhan di akhirat nanti ..... kesian lah kat diri sendiri .... demi kerana politik , sanggup menghadapi pendakwaan di hari akhirat .... kesian kat tuan tuan ......
janganlah sifat jahil kita menjadi musuh kali ke dua di depan tuhan .......
**
*****************************
Pemilihan PAS 2015: Siapa Pilihan Anak Muda Seperti Saya?
Jika saya seorang perwakilan, nescaya saya akan pilih orang-orang berikut;
Presiden: DSTG Haji Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib Presiden: Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, Ustaz Idris Ahmad dan Iskandar Samad.
Ketua Pemuda: Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Kenapa saya memilih mereka semua? Ini jawapannya;
1. Kerusi Presiden perlu dipegang oleh orang yang punya prinsip yang tegas dan sangat menjaga dasar parti. DSTG Haji Abdul Hadi Awang memang terbukti dalam hal ini. Lihat kepada beberapa kenyataan terbaru beliau yang dilihat tidak mahu tunduk kepada telunjuk dan kehendak rakan tahaluf PAS, iaitu DAP dan PKR.
2. Dalam isu Hudud, Pihak Berkuasa Tempatan, Langkah Kajang dan sebagainya, Tuan Guru Presiden sangat lantang dan tegas mempertahankan dasar perjuangan parti. Kita tidak mahu seolah-olah kita menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya disebabkan kita bertahaluf dalam PR.
3. Sebetulnya saya tidak mahu langsung menyentuh peribadi apatah lagi membuat serangan terhadap lawan TGHH di sini. Apapun, apa yang boleh saya coretkan di sini, bila membaca kenyataan Ustaz Ahmad Awang, pencabar kerusi Presiden, beliau dilihat akan tunduk dengan segala permintaan rakan tahaluf. Ini amatlah tidak sesuai dengan cita rasa akar umbi, apatah lagi PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
4. Dari sudut kemampuan dan pengalaman, pastilah TGHH mendahului pencabar beliau. Manakala dari sudut keilmuan, TGHH jauh meninggalkan pencabar beliau. TGHH punya platform mengajar secara tetap (seminggu sekali) di Rusila. Saya tidak tahu pula pencabarnya mengajar di mana setiap minggu sehingga melayakkan beliau digelar tuan guru (dekat dengan muktamar baru kedengaran). Harap selepas muktamar, panggilan tuan guru itu masih melekat pada beliau. Jangan sekadar digunakan untuk tujuan kempen semata-mata.
5. Terakhirnya pencapaian dari segi penampilan dan ketokohan di peringkat antarabangsa. TGHH merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia. TGHH pernah menjadi tokoh pendamai antara Sunni-Syiah ketika berlaku pergolakan di Yaman. TGHH banyak terlibat di peringkat antarabangsa, sebagai wakil gerakan Islam di Malaysia untuk ke persidangan antarabangsa gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. Adalah sangat tidak adil bagi saya apabila ada yang mengatakan beliau tidak punya visi dan misi unuk parti. Apakah tidak cukup track record beliau sepanjang memimpin parti selama 13 tahun?
6. Mengenai Ustaz Tuan Ibrahim pula, beliau dilihat sebagai seorang yang mu'tadil dan wasatiy. Beliau seringi muncul sebagai tokoh pendamai di dalam parti. Watak ini sangat penting demi kelansungan dan survival jemaah. Tulisan beliau di Facebook dibaca puluhan ribu orang, malah diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
7. Ustaz Tuan seorang ulama' yang mesra ahli. Beliau seorang pemimpin masyarakat yang sangat mudah didekati. Setiap kali ceramah dan kuliah beliau selalu menyelitkan cerita-cerita yang berunsur motivasi dan terkadang sangat lucu. Beliau selalu bertindak sebagai motivator jemaah. Beliau punya ramai peminat di peringkat akar umbi. Sebagai calon popular, beliau dilihat mampu merampas kerusi Timbalan Presiden daripada penyandang asal, insya-Allah.
8. Mengenai tiga orang calon Naib Presiden yang menjadi pilihan saya pula, saya memilih mereka kerana pakej yang dimiliki oleh mereka. Dua orang daripada mereka adalah ulama' dan seorang lagi merupakan profesional. Sebuah gandingan yang mantap saya kira. Dengan kepaduan ulama' dan profesional, PAS akan mampu pergi lebih jauh dan punya harapan yang cerah untuk memerintah Malaysia.
9. Ustaz Nik Amar seorang yang kuat mendokong kepimpinan Tuan Guru Presiden dan selalu mempertahankan presiden, di kala orang lain sibuk mencerca dan memaki presiden. Kita memerlukan kepimpinan yang mempunyai kesatuan fikrah yang jelas dan saling menguatkan antara satu sama lain, bukan saling menjatuhkan. Dengan kelebihan sebagai seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan, memberi harapan besar kepada beliau untuk menang.
10. Ustaz Idris Ahmad juga dilihat sebagai seorang yang mu'tadil dan wasatiy. Beliau juga dilihat sebagai tokoh pendamai jemaah. Beliau sering diberi amanah memegang portfolio tarbiyah PAS, ia adalah aspek penting dalam jemaah. Beliau seharusnya dipilih oleh perwakilan sebagai Naib Presiden. Manakala YB Iskandar Samad pula juga seorang yang kuat mempertahankan Presiden. Lihat saja dalam isu Langkah Kajang dan pertukaran MB Selangor baru-baru ini.
11. Kenapa saya memilih Ustaz Nik Abduh sebagai Ketua Pemuda? Kerana beliau lebih 'alim dan faqih. Apa yang disebut di dalam gagasan terbaru KP Suhaizan, Generasi Al-Helmy yang menggariskan tiga elemen utama iaitu Rabbani, Faqih dan Haraki itu sendiri sudah ada pada batang tubuh Ustaz Nik Abduh.
12. Sedikit komentar saya mengenai gagasan baru yang cuba diperkenalkan oleh Saudara Suhaizan itu, setelah "kegagalan" gagasan sebelumnya iaitu Politik Budiman dan Ruhama', gagasan yang cuba dibawa itu cukup baik, cuma janganlah sekadar untuk dibuat iklan semata-mata. Biarlah bersungguh sedikit dari sudut pelaksaannnya nanti. Jangan bagi nampak gah pada slogan saja.
13. Jangan jadi seperti satu pihak yang dulunya selalu menyebut ingin menjadi seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tapi sekarang apa sudah jadi kepada beliau? Jangan nanti sampai digelar KP slogan. Slogan saja hebat, tetapi hasilnya tiada, zero. Sekadar teguran ikhlas daripada anak muda PAS.
Sekian. Saya mohon mencadang.
(Muhammad Nasih Ulwan Zakaria Attakiri)
***********

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej