Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, May 21, 2015

Ucapan Dr Mursi selepas dihukum mati

Ucapan Dr Mursi selepas dijatuhkan hukuman Mati

Pada mulanya, Dr Mursi membaca ayat Al-Quran surah ali-'Imran ayat 171 hingga 175 (rajinkan diri untuk merujuk terjemahan Quran). Seterusnya beliau berucap :["Inilah seruan Allah kepada kita semua, supaya kita tidak takut melainkan Allah. Supaya kita tidak berpaling ke belakang. Dan supaya kita sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah serta berkata dan kita ulangkan firman Allah "Cukuplah Allah buat kami, Dialah sebaik-baik pelindung". Ini sudah cukup buat kita, Allah lah yang mencukupkan untuk kita. Allah sangat suka apabila melihat kepada hambaNya, ketika mereka itu sedang menyeru kepada agama Allah, beramal dengan sunnah (nabi)Nya, berpegang teguh dengan agama dan taliNya. Firman Allah : "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah memisahkan diri (dari tali Allah)". Kami, datang dengan membawa kedamaian ke dunia ini. Kami, tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan buat sekalian manusia".Video | SebarkanDengarkan ucapan Dr Mursi yang hebat ini.Sumbangan terjemahan dari Abdul Aziz bin Ali :Malam ini saya cuba mengambil peluang mendengar dan meneliti ucapan Dr Mursi di mahkamah. Ucapan yang menyebabkan dada menjadi sebak, bulu roma meremang dan sepatutnya para hakim gerun dan insaf jika di hati mereka masih ada secebis iman.Ketika diberi peluang bercakap di dalam mahkamah, Presiden Mursi sedikitpun tidak merayu agar diringankan hukuman yg dijatuhkan. Bahkan beliau memberi satu ucapan kegembiraan dengan janji Allah terhadap pejuang2 Islam.Antara lain, beliau memetik ayat 171 hingga 175 surah Ali Imran:( ﻥﻭُﺮِﺸْﺒَﺘْﺴَﻳَ ٍﺔَﻤْﻌِﻨِﺑ َﻦِﻣ ِﻪَّﻠﻟﺍ ٍﻞْﻀَﻓَﻭ َّﻥَﺃَﻭ َﻪَّﻠﻟﺍ ﺎَﻟ ُﻊﻴِﻀُﻳ َﺮْﺟَﺃ َﻦﻴِﻨِﻣْﺆُﻤْﻟﺍَﻦﻳِﺬَّﻟﺍ ﺍﻮُﺑﺎَﺠَﺘْﺳﺍ ِﻪَّﻠِﻟ ِﻝﻮُﺳَّﺮﻟﺍَﻭ ْﻦِﻣ ِﺪْﻌَﺑ ﺎَﻣ ُﻢُﻬَﺑﺎَﺻَﺃ ُﺡْﺮَﻘْﻟﺍ ۚ َﻦﻳِﺬَّﻠِﻟ ﺍﻮُﻨَﺴْﺣَﺃ ْﻢُﻬْﻨِﻣ ﺍْﻮَﻘَّﺗﺍَﻭ ٌﺮْﺟَﺃ ﻢﻴﻈَﻋ َﻦﻳِﺬَّﻟﺍ َﻝﺎَﻗ ُﻢُﻬَﻟ ُﺱﺎَّﻨﻟﺍ َّﻥِﺇ َﺱﺎَّﻨﻟﺍ ْﺪَﻗ ﺍﻮُﻌَﻤَﺟ ْﻢُﻜَﻟ ْﻢُﻫْﻮَﺸْﺧﺎَﻓ ْﻢُﻫَﺩﺍَﺰَﻓ ﺎًﻧﺎَﻤﻳِﺇ ﺍﻮُﻟﺎَﻗَﻭ ﺎَﻨُﺒْﺴَﺣ ُﻪَّﻠﻟﺍ َﻢْﻌِﻧَﻭ ُﻞﻴِﻛَﻮْﻟﺍ ﺍﻮُﺒَﻠَﻘْﻧﺎَﻓ ٍﺔَﻤْﻌِﻨِﺑ َﻦِﻣ ِﻪَّﻠﻟﺍ ٍﻞْﻀَﻓَﻭ ْﻢَﻟ ْﻢُﻬْﺴَﺴْﻤَﻳ ٌﺀﻮُﺳ ﺍﻮُﻌَﺒَّﺗﺍَﻭ َﻥﺍَﻮْﺿِﺭ ِﻪَّﻠﻟﺍ ُﻪَّﻠﻟﺍَﻭ ﻭُﺫ ٍﻞْﻀَﻓ ٍﻢﻴِﻈَﻋ ﺎَﻤَّﻧِﺇ ُﻢُﻜِﻟَٰﺫ ُﻥﺎَﻄْﻴَّﺸﻟﺍ ُﻑِّﻮَﺨُﻳ ُﻩَﺀﺎَﻴِﻟْﻭَﺃ ﺎَﻠَﻓ ْﻢُﻫﻮُﻓﺎَﺨَﺗ ِﻥﻮُﻓﺎَﺧَﻭ ْﻥِﺇ ْﻢُﺘْﻨُﻛ َﻦﻴِﻨِﻣْﺆُﻣ)Yang bermaksud:171 - Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.172 - Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.173 - Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".174 - Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.175 - Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.Seterusnya beliau berucap:ﺍﺬﻫ ﺀﺍﺪﻧ ﻪﻠﻟﺍ ﺎﻨﻟ ﺎﻌﻴﻤﺟ ﻻﺃ ﻰﺸﺨﻧ ﻻﺇ ﻪﻠﻟﺍ ﻻﺃﻭ ﺩﻮﻌﻧ ﺍﺪﺑﺃ ﻰﻟﺇ ﺀﺍﺭﻮﻟﺍ ﻥﺃﻭ ﻢﺼﺘﻌﻧ ﻪﺑ ﻪﻧﺎﺤﺒﺳ ﻥﺃﻭ ﻝﻮﻘﻧ ﺩﺩﺮﻧﻭ :ﺎﻤﺋﺍﺩﺎَﻨُﺒْﺴَﺣ ُﻪَّﻠﻟﺍ َﻢْﻌِﻧَﻭ ُﻞﻴِﻛَﻮْﻟﺍﺍﺬﻫ .ﺎﻨﻴﻔﻜﻳ ﻪﻠﻟﺍ .ﺎﻨﻴﻓﺎﻛ ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻧﺎﺤﺒﺳ ﻰﻟﺎﻌﺗﻭ ﺐﺤﻳ ﺍﺫﺇ ﺮﻈﻧ ﻰﻟﺇ ﻩﺩﺎﺒﻋ ﻥﺃ ﻢﻫﺍﺮﻳ ﻪﻟ ﻦﻴﻋﺍﺩ ﻪﺘﻨﺴﺑﻭ ﻦﻴﻜﺴﻤﺘﻣ ﻪﻨﻳﺪﺑﻭ ﻪﻠﺒﺤﺑﻭ ﻦﻴﺘﻤﻟﺍ .ﻦﻴﻤﺼﺘﻌﻣﺍﻮُﻤِﺼَﺘْﻋﺍَﻭ ِﻞْﺒَﺤِﺑ ِﻪَّﻠﻟﺍ ﺎًﻌﻴِﻤَﺟ ﺎَﻟَﻭ ﺍﻮُﻗَّﺮَﻔَﺗﺎﻨﺌﺟ ﺔﻟﺎﺳﺮﺑ ﻡﻼﺳ ﻰﻟﺇ ﺍﺬﻫ ﻢﻟﺎﻌﻟﺍ ﻻ ﺪﻳﺮﻧ ﺎﺑﺮﺣ ﻻﻭ .ﺎﻧﺍﻭﺪﻋ ﺎﻤﻧﺇﻭ ﺪﻳﺮﻧ ﺱﺎﻨﻠﻟ ﺍﺮﻴﺧ .Maksudnya:"Inilah seruan Allah kepada kita semua, supaya kita tidak takut melainka kepada Allah shj. Supaya kita tidak berpaling ke belakang. Dan supaya kita senyaasa berpegang teguh dengan agama Allah serta berkata dan kita ulang2kan firman Allah: [Cukuplah ALLAH buat kami, Dialah sebaik2 wakil]."Ini sudah cukup untuk kita. Allahlah yg mencukupkan (pertolonganNya) untuk kita. Allah sangat suka apabila melihat kepada hambaNya, mereka ketika itu sedang menyeru kepada agama Allah, beramal dengan sunnah (nabi)Nya, berpegang teguh dengan agama dan taliNya. Firman Allah: [Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah memisahkan diri (dari tali Allah)...]"Kami datang dengan membawa misi damai ke dunia ini. Kami tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan untuk sekalian manusia...."

Posted by Ayob Hussin on Thursday, May 21, 2015

https://www.facebook.com/video.php?v=10204346121673781

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej