Apakah Layanan Islam Terhadap Orang-Orang Bukan Islam? Rasulullah SAW tidak selalu memerangi orang-orang kafir.
Apabila orang-orang kafir sebagai sebuah komuniti menolak untuk bergabung ke dalam sistem negara Islam yang beliau dirikan, maka beliau perangi sehingga mereka dapat ditakluki. Kalau mereka telah menerima untuk hidup dibawah sistem Islam maka status mereka menjadi warganegara negara yang dilindungi, tidak akan di perangi.
Mereka disebut kafir dzimmi atau Ahlu dzimmah. Allah swt berfirman : "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan rasulnya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah) , iatu orang-orang yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk"(QS. At Taubah 29) Persamaan hak sosial ekonomi dan perlindungan hukum warganegara negara non muslim(kafir dhzimmi) dengan warganegara negara muslim.
Orang-orang kafir dhzimmi yang tunduk dengan sistem Islam akan menikmati hak yang sama seperti ummat Islam yang lain. Apa saja kemudahan yang disediakan oleh negara kepada orang Islam, juga di berikan kepada kafir dhzimmi. Baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Negara wajib menjaga kebajikan mereka sebagai mana warganegara muslim.
Tidak ada kuota dalam memberi kemudahan bagi setiap warganegara negara Islam. Tidak ada kuota dalam pendidikan, kesihatan maupun ekonomi . Semua warganegara negara akan dilayan samarata tanpa mengira warna kulit, kaum ataupun bangsa kerana warganegara khilafah(negara Islam) hanyalah dikelaskan kepada yang memeluk Aqidah Islam dan orang yang tunduk dengan sistem Islam (Kafir dhzimmi). Hal ini ditegaskan lagi oleh sabda Rasulullah SAW "sesiapa yang menyakiti seorang dzimmi (nonmuslim yang tunduk kepada sistem pemerintahan Islam) pada hakikatnya sama dengan menyakitiku".
Jadi dengan tegasnya Islam amat menjaga kebajikan non-muslim yang berada di bawah kekuasaannya. Harta, kehormatan serta nyawa mereka akan di pelihara dan dijaga oleh penguasa Islam. Mereka juga dibenarkan mengamalkan amalan agama mereka baik didalam hal perkahwinan, kematian ataupun peribadatan mereka. Dalam sebuah negara Islam, kafir dhzimmi hanya tidak diberi hak untuk menubuhkan parti politik.
Sebab parti politik dalam sistem negara Islam hanya boleh berasaskan Islam dan mengadopsi idea-idea dan hukum-hukum Islam. Adalah diharamkan sama sekali parti-parti politik yang berasaskan kaum (Assobiyah), sosialis mahupun sekular. Orang-orang non muslim dhzimmi juga tidak diberi hak untuk menjadi penguasa, seperti khalifah atau wali. Sebab Allah swt berfirman : "Dan sekali kali Allah tidak mengizinkan orang-orang kafir mendapat jalan untuk menguasai orang mukmin" (QS An Nisa : 41). Bukti dari sejarah : bagaimana Islam melayan pihak minoriti. Sejarah telah membuktikan bahwa Islam telah memerintah ¾ dunia selama lebih 1300 tahun lamanya.
Dan bagi pihak minoriti yang lemah maka tempat mengadu mereka adalah kepada daulah Islamiyah pada ketika itu. Negara Islam yang mula ditegakkan oleh Rasulullah SAW di Madinah mempunyai penduduk yang terdiri dari puak Yahudi, Kristian dan Pagan, munafik dan orang-orang Islam.
Nyawa serta kebebasan untuk mengamalkan agama bagi pihak minoriti ini dijamin. Tidak ada seorang pun yang dipaksa untuk menukarkan agamanya. Seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam AlQuran "tidak ada paksaan di dalam deen" (Al Baqarah : 256), yakni Islam tidak memaksa manusia untuk memeluk Aqidah Islam. Non-muslim hidup aman damai dibawah naungan Islam selama lebih kurang 13 kurun lamanya.
Contoh yang lain, dalam tahun 1492M, kaum yahudi yang ditindas oleh orang-orang kristian semasa penjajahan sepanyol meminta pertolongan dari pihak Islam yang memberi kepada mereka perlindungan di dalam negara Islam. Orang-orang yahudi hidup aman bahagia di bawah undang-undang negara Islam dan makmur juga dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka. Hingga ke hari ini, kita boleh lihat kesan yang dinikmati oleh orang-orang yahudi ini di Istanbul dan di bahagian-bahagian lain di turki.
Walaupun orang-orang yahudi ini amat sekali membenci Islam tetapi mereka diberi perlindungan dan keselamatan oleh daulah khilafah pada masa itu. Semua itu dilakukan oleh negara Islam hanya untuk mentaati perintah Allah supaya menjaga kebajikan kafir dzhimmi. Palestine suatu ketika pernah berada di bawah kekuasaan Islam selama bebarapa abad, orang-orang yahudi, kristian, Islam hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawah pemerintahan negara Islam. Hingga sampai masa perang salib yang dilancarkan oleh orang kristian Sepanyol ke atas Palestine, hingga membunuh orang-orang Islam, yahudi dan malahan membunuh orang-orang kristian Palestine sendiri.
Kesan dari pemerintahan Islam, kekal hingga ke hari ini, jika kita ke timur tengah terutamanya di Palestine kita akan dapati gereja-gereja lama kristian dan yahudi tinggalan zaman pemerintahan Islam dulu masih utuh hingga ke hari ini.
Apa yang kita lihat hari ini akan menjadi cerita yang berlainan sekiranya selain dari ideologi Islam yang memerintah. Sikap agama atau ideologi selain Islam terhadap golongan minoriti boleh dilihat dengan mudah melalui peristiwa yang dirakamkan oleh sejarah. Siapa yang melakukan penaklukan dalam tahun 1942, menghapuskan kehadiran kaum muslimin di Sepanyol ? Siapa yang bertanggung jawab dengan pembunuhan di Eropah? Siapa yang membunuh orang-orang Asli di bumi Amerika? Siapa yang membunuh penduduk asal Australia? Siapa yang menindas rakyat Afrika selatan? Siapa yang bertanggungjawab menindas umat Islam Palestine, yang mana masih tak selamat bagi mereka walaupun berada di dalam masjid untuk bersolat? Siapakah orang yang bertanggungjawab membunuh umat Islam di India dan meruntuhkan masjid orang Islam? Siapa yang bertanggungjawab membunuh muslim di Bosnia berada di kalangan orang-orang Eropah yang mendakwa diri mereka bertamadun ?
Siapa? Siapa?
Maka, jelas bagi kita, realiti senario dunia hari ini telah menunjukkan kepada kita siapa yang bertanggungjawab terhadap kesengsaraan penduduk dunia. Penyelesaian mutlak bagi masalah perkauman. Hanya ideologi Islam yang dapat menyatukan ummat manusia di muka bumi Allah ini. Islam adalah satu ideologi yang akan menjaga hak dan kebajikan untuk semua ummat manusia dan bukan sekadar untuk orang-orang Islam.
Seperti firman Allah: "Dan tidaklah kami mengutuskan Seperti firman Allah " Dan tidaklah kami mengutuskan kamu (Muhamad ) melainkan untuk rahmat bagi seluruh umat manusia." ( Al-Anbiya : 107). Islam amatlah melarang dalam mengunakan kekerasan untuk mengajak non muslim memegang Aqidah Islam. Jika polisi Islam adalah kekerasan, maka tidak akan kita dapati seorang kristian pun di Balkan, tidak akan ada seorang yahudi dan kristian pun di timur tengah, dan tidak akan ada pengganut hindu di India. Sama seperti pupusnya orang-orang Islam di Sepanyol. Semudah pihak kristian mengusir dan membunuh kaum muslimin di Sepanyol(Andalusia) seperti itu juga mudahnya pihak Islam boleh mengusir pengganut hindu dari India, yahudi dan kristian dari Timur Tengah.
Jika kaum muslimin melanggar perintah Allah, maka di saat ini hanya ummat Islam sahaja yang menjadi penghuni di sebahagian Eropah bermula di Viena, sebahagian besar Afrika dan India dan seluruh Timur tengah.
Tetapi ummat Islam di perintahkan oleh Allah supaya berlaku baik terhadap orang kafir dan perkara yang disebut tadi tidak mungkin berlaku. Tidak ada tempat yang lebih selamat bagi kaum minoriti di dalam dunia ini melainkan dalam negara Islam (khilafah), yang hanya diperintah dengan sistem dan peraturannya dari pencipta manusia Allah swt.
Hanya dengan peraturan Allah sahaja yang dapat menjaga keamanan dan kesejahteraan ummat manusia, samada yang Islam atau pun bukan Islam. Maka, kepada ummat Islam yang masih mabuk dengan candu kapitalisme, nasionalisme, patriotisme mahupun sosialisme, marilah sama-sama kita berusaha menegakkan kembali hukum Allah di muka bumi ini dengan mendirikan daulah Islamiyah atau khilafah.
InsyaAllah Cahayanya telah hampir tiba.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej