Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, September 6, 2015

ISTERI MANA YANG TIDAK KECEWA DALAM PERJUANGAN

Norani AbgMarzuki BangiKuchingUMNO PARTI HARAMJADAH~TOLOL SEPANJANG MASA....HAKKK PUIHHH !!!!
ISTERI MANA YANG TIDAK KECEWA DALAM PERJUANGAN
Apabila kami berumahtangga, kami mahu suami yang soleh dan menjadi pejuang dan penegak agama Allah. Ada kalangan kami sanggup tidak bekerja kerana mahu menguruskan anak-anak di rumah dan menggalakan suami kami ke medan ilmu dan dakwah termasuk dakwah melalui politik. Kami memilih PAS kerana PAS adalah pelopor perjuangan Islam di bumi Malaysia. PAS bukan lahir dari perut UMNO. PAS lahir dari kesedaran para alim ulamak dan pecinta Islam samada yg ada dalam UMNO dan luar UMNO ketika tahun 40an untuk meneggakan yang maaruf dan mencegah kemungakaran. Kami yakin dengan perjuangan PAS sejak kami di universiti lagi.
Apabila suami kami keluar hadir mesyuarat PAS, membuat kebajikan di luar rumah atas nama Islam dan PAS, menghidupkan jamaah PAS di sana sini, menghadiri kuliah ilmu (yg kadangkala kami turut sama) dalam program PAS, yang bermusafir beribu batu setahun menyemarakkan syiar Islam dalam wadah PAS, serta berdemonstrasi menyampaikan mesej Islam, kami merasa bersyukur kerana setiap kebaikan yang suami kami lakukan, kami isteri ahli PAS turut sama mendapat ganjaran kebajikan dari Allah s.w.t. Malah, ada kalangan suami kepada mulismat PAS yang memegang jawatan penting, selain berkuliah menyampai ilmu di sana sini. Jarang kami jumpa suami kami di rumah. Jarang suami kami dapat bemesra dengan anak-anak. Kami para isteri ahli reda. Kami faham akan tanggungjawab kami dalam keluarga dan dalam Islam.
Ada kalangan suami yg menjadi wakil rakyat. Sebelum mereka bersetuju menjadi calon ADUN/AP, kami suam isteri berbincang dahulu, Kami faham apa itu baiah dalam PAS. Sudah bertahun kami berjuang dalam PAS. Kami faham risiko baiah di Kelantan yang boleh menyebabkan kami isteri tertalak tiga dan haram makan gaji ADUN/AP atau apa sahaja duit yang masuk kerana menjadi ADUN/AP sekiranya suami kami lompat parti. Alhamdulillah keyakinan kami tinggi pada PAS. Kalau kami tidak yakin lagi pada PAS kerana PAS melakukan dosa besar dan kemungkaran serta maksiat terhadap Allah dan Rasul, maka kami bersedia tinggalkan PAS dan lepaskan jawatan ADUN/AP.
Kalau suami kami tidak lepaskan jawatan, suami kami akan kehilangan suami kami, 'auzubillahiminzalik, sedangkan kami telah banyak berkorban untuk suami kami untuk suami berjuang dan berbakti dalam Islam dan PAS. Kalau suami kami tidak letak jawatan, duit yang masuk dalam poket suami kami atas nama ADUN/AP adalah duit haram. Kami tak mahu duit haram kerana setiap duit haram akan menghasilkan daging yang haram dalam tubuh kami dan anak-anak kami, dan daging haram ini akan menjadi bahan api neraka. Kami tak mahu. Kami lebih rela kalau suami kami letak jawatan.
Tapi kalau suami kami degil tidak mahu letak jawatan, kami pilih Allah dan Rasul. Kami rela tercerai dari menjadi isteri kepada suami yang melanggar baiah atas nama Allah dan Rasul, kami lebih rela tidak makan duit haram dari suami kami, dan kami lebih rela tidak terkena laknat Allah.
Di dalam Perang Uhud, kami membaca seerah Nabi s.a,w, di mana isteri-isteri kepada tentera Islam turut sama ke medan perang. Isteri-isteri menjadi pembantu menyediakan makan minum tentera Islam, menjadi jururawat kepada tentera yang luka. Dan apabila ada suami-suami yang lari dari medan tempur kerana termakan fitnah Abdullah Ubay, kepala bapak munafik yang turut sama dalam Perang Uhud, maka isteri-isteri membaling batu-batu kepada suami-suami yang meninggalkan medan tempur. Isteri-isteri mahukan suami terus berjihad dan mati syahid. Besarnya pahala syahid ke atas suami memberi makna besar dalam perjuangan dan pengorbanan kami sebagai isteri dan menjadi inspirasi kepada anak-anak.
Kalau dalam PAS suami kami lompat parti setelah berbaiah dan bersetuju menjadi calon ADUN/AP PAS dan telah tandatangan borang baiah, maka KAMI AMAT KECEWA. Kami kecewa kerana segala pengorbanan kami sebagai isteri terhadap suami langsai dan hancur begitu sahaja. Kami tahu Allah akan berikan ganjaran pahala kebajikan kami sebagai isteri yang telah jalankan tanggungjawab kami, tetapi kami akam kehilangan suami kami kalau mereka tidak letak jawatan. Anak-anak kami akan kehilangan kemesraan seorang ayah dalam keluarga kami. Tapi kami para isteri dan anak-anak tetap memilih Allah dan Rasul. Allah dan Rasul tidak ada ganti. Kami boleh berumahtangga lagi, mencari suami baru, tapi Allah dan Rasul kami tidak boleh cari ganti. Suami kami juga boleh kahwin lain dan terus memegang jawatan dan makan duit haram, kalau itulah pilihan mereka.
Kami teringat firman Allah yang dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS semasa kami muda-muda dulu mengikuti kuliah beliau:
[At-Taubah 9:24] Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Sebagai isteri kami lebih rela memilih Allah dan Rasuk serta perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS ini daripada kami bersuamikan manusia yang tidak tetap pendirian hati terhadap perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di bumi Malaysia ini. Kami tetap berdoa agar suami kami bersama kami, hidup dan mati dalam iman dan perjuangan ini. Tapi kalau mereka memilih untuk lari dari rahmat Allah, kami isteri tiada upaya melawan takdir. Ya Allah, tunjukkanlah kami suami isteri yang benar itu dan yang batil itu batil. Amin Ya Rabbal 'Alamin
Noraini, isteri kepada Abang Marzuki
Kuching Sarawak 6 Sept 2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej